Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Saya Nanthini A/P Kanapathy dari 6 PISMP MT/PJ/BT.

Pada semester kali ini, WAJ 3113 telah menjadi salah satu subjek wajib bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kami telah menjalani pelbagai aktiviti dalam Persatuan Matematik ini. Pada mulanya, seperti biasa kami memilih ahli jawatan kuasa bagi Persatuan Matematik. Parthiban menjadi pengerusi dan saya menjadi naib pengerusi bagi persatuan ini. Saya berasa tanggungjawab saya penting dalam persatuan ini dan menjalankan tugas yang diberi kepada saya dengan penuh tanggungjawab. Pada interaksi kedua pula, kami mencipta lagu bagi persatuan mengikut kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 6 orang dan kami dapat mencipta sebuah lagu yang dapat menarik minat ahli persatuan yang lain. Setiap kumpulan diberi peluang untuk menyanyi di hadapan kelas. Aktiviti ini memang menyeronokkan. Seterusnya, kami juga mencipta logo bagi persatuan mengikut kumpulan dan pensyarah memilih logo yang paling sesuai bagi persatuan Matematik ini. Selain itu, kami juga mencipta baju persatuan. Ahli persatuan yang mengendalikan aktiviti tersebut mengedarkan kertas yang dicetak bentuk t-shirt. Kami hanya mewarna dan mencipta corak baju tersebut. Baju yang cantik diambil sebagai baju persatuan. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran bagi subjek ini, kami dikehendaki untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar. Oleh itu, kami mengadakan satu perjumpaan yang melibatkan opsyen saya iaitu 6 PISMP MT/PJ/BT dan 6 PISMP MT/PJ/BC bersama pensyarah untuk memilih jawatan kuasa untuk lawatan sambil belajar. Kami berbincang tentang tempat yang ingin dilawati dan tarikh yang sesuai untuk lawatan. Dengan ini kami menerima beberapa cadangan dan pandangan ahli persatuan. Kami juga dapat mengenal pasti beberapa kelemahan. Dengan perbincangan bersama pensyarah, kami dapat mengatasi kelemahan tersebut. Selain itu, kami juga membina blog mengikut pasangan. Arivalagan A/L Rajamanickam telah mengetuai aktiviti ini. Saya dapat mempelajari beberapa ilmu mencipta blog dan dapat mencipta blog mengenai persatuan Matematik. Seterusnya, permainan Sudoku diadakan dalam kalangan ahli persatuan. Sesiapa

yang tidak tahu cara bermain Sudoku dapat mempelajarinya. Pemenang ditentukan oleh Mohanah yang mengetuai aktiviti ini. Dengan kurniaan Tuhan, akhirnya dapat juga kami melaksanakan lawatan ke Pusat Sains Negara, Muzium Negara, Pewter Museum (Royal Selangor Visitor Center) dan National Planetarium pada 5 Julai 2013 hingga 7 Julai 2013 yang lalu. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan Jacinta Johnny dan En. Afian Akhbar Bin Mustam yang terlibat dalam menjayakan program ini yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua sepanjang lawatan ini dijalankan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas dan rakan kelas 6 PISMP MT/PJ/BC yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya. Sepanjang lawatan ini berlangsung, saya memperoleh banyak pengalaman dan manfaat yang berguna kerana saya pertama kali menjejakkan kaki di Pusat Sains Negara. Melalui lawatan ke Pusat Sains Negara, saya dapat melihat penggunaan teknologi serta idea yang menarik diaplikasikan dalam matematik. Antara aktiviti matematik yang menarik terdapat di Pusat Sains Negara ialah aktiviti tangram dan bongkah ajaib. Melalui idea daripada aktiviti ini, saya boleh mengaplikasikanya di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk bentuk dan ruang semasa fasa praktikum kelak. Selain itu, saya juga boleh mengaplikasikan aktiviti-aktiviti menarik ini sebagai aktiviti semasa minggu persatuan matematik di sekolah kelak. Di samping itu, lawatan ini juga banyak membantu kami dari segi kemahiran menjalankan menguruskan program dan mengendalikan saya dapat sesuatu program. bahasa Ketika sikap

tersebut,

merasakan

bekerjasama amatlah penting dalam persatuan untuk menjayakan sesuatu program atau lawatan. Kami mempunyai tugas masing-masing yang perlu diurus. Oleh itu, kami pelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang telah diberi bagi melancarkan sesuatu program.

Melalui lawatan ini juga, saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang berlaku sepanjang lawatan ini berlangsung. Antara kelemahan yang saya kenal pasti ialah kami gagal untuk menguruskan masa. Selain itu, kami mengadakan gotong royong selama dua hari di Taman Matematik. Kami membersihkan kawasan taman tersebut dengan penuh semangat. Kerjasama dalam membuat sesutau kerja amat penting dan ia akan mengurangkan beban kerja dan menjimatkan masa. Kami sekelas menyedari perkara tersebut semasa aktiviti gotong-royong ini. Seterusnya, kami juga memilih jawatan kuasa bagi Majlis Makan Malam 2013 Jabatan Matematik. Saya dipilih sebagai ajk bagi surat menyurat dan saya melaksanakan tugas saya dengan baik. Sebagai ahli persatuan

Matematik, ingin mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam pengurusan persatuan Matematik. Antaranya ialah, aktiviti yang dijalankan perlu lebih kreatif dan memberi peluang kepada ahli persatuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru akan menambahkan rasa ingin tahu ahli persatuan untuk mempelajarinya. Aktiviti seperti mencipta blog memang sesuai dan diharap aktiviti sebegini dapat diadakan dalam persatuan. Akhir kata daripada saya, sebagai guru aktiviti yang diadakan dapat membina identiti diri saya sebagai seorang guru Matematik yang berwibawa. Semoga segala ilmu dan pengetahuan yang baru yang kami perolehi semasa subjek ini diharap dapat memberi faedah kepada kami bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang bakal pendidik di masa hadapan kelak. Guru pembina bangsa dan Negara Disediakan oleh,

__________________ NANTHINI A/P KANAPATHY (910818-05-5386)