Anda di halaman 1dari 13

7.

2 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya

PENGENALAN

Dalam membincangkan kepelbagaian budaya, impak yang paling ketara terhadap guru termasuklah : 1. prestasi murid yang rendah, 2. Tekanan globalisasi,

3.

Ketidakpadanan antara latar belakang guru,


4. Kumpulan murid pelbagai budaya.

Satu cara menangani cabaran-cabaran ini supaya guru dapat memahami secara

mendalam cara-cara murid dalam kumpulan ini dapat melibatkan diri dengan
berkesan dalam pembelajaran adalah dengan membina makna terhadap pengetahuan baharu tanpa mengetepikan pengetahuan budaya mereka.

Pihak

sekolah

dan

guru

perlu

mempunyai

kesedaran

tentang

kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita.

Adalah

penting

bagi

guru

untuk

merancang

dan

melaksanakan

pendekatan dan kaedah yang dapat menyokong pembelajaran murid dalam persekitaran yang mesra budaya.

Usaha guru berfokus kepada usaha-usaha dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya di sekolah.

Pendidik perlu sentiasa peka dan menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid serta mesra budaya setempat.

MEMAHAMI BUDAYA MASYARAKAT SETEMPAT

Dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan untuk kumpulan orang asli, peribumi dan pedalaman, langkah pertama yang perlu diambil oleh guru ialah memahami maksud sebenar budaya.

Dinamik dan Berubah-ubah

guru mengenalpasti dan memahami pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai setiap kumpulan kecil dalam komuniti tersebut. menemubual murid atau rakan sejawat untuk membantu betapa pentingnya memahami budaya yang berlainan di dalam kelas. Contohnya ; jantina, ras, kebolehan, etnik dan ideologi.

Bahagian-bahagian yang perlu diterokai oleh guru dalam memahami budaya yang pelbagai

Latar belakang keluarga tradisi Gaya hubungan interpersonal

Kesihatan

agama

Tahap pendidikan

pemakanan

Hal ini penting kerana guru sebagai rol model di dalam bilik darjah. Cara guru memberi respon kepada murid juga perlu dititikberatkan. Sikap diri guru dan cara guru mendekatkan diri kepada murid dengan mengambil berat terhadap hak murid untuk dilayan sebagai individu perlu dilaksanakan.

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menggalakkan penglibatan semua murid dalam pendidikan tanpa mengira kepelbagaian budaya. Sebagai contoh, guru wajar menguasai bahasa asas murid-murid orang asli, peribumi atau komuniti setempat supaya dapat berkomunikasi dengan mereka dan memudahkan pemahaman adat resam tempatan. Selain itu, guru juga dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Ini merupakan langkah awal guru dalam mewujudkan suasana belajar yang mesra budaya.

MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR DAN LATIHAN-LATIHAN YANG SESUAI

Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Bahagian Perancangan dan Penyelaran, serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Bertujuan untuk menyediakan program / aktiviti khusus dan keperluan peruntukkan di kawasan pinggir. Dengan adanya pelan pembangunan, diharapkan persekitaran fizikal akan kondusif untuk murid-murid orang asli belajar dengan lebih berkesan.

Kumpulan sasaran

Peringkat Prasekolah ( 5-6 tahun )

Prasekolah dirancang untuk menyediakan asas kukuh sebelum ke pendidikan formal.

Peringkat Rendah ( 7-12 tahun )

Menyediakan murid dengan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Peringkat Menengah ( 13-18 tahun )

Murid dibimbing menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Peringkat Tertiari

Membangun minda murid-murid orang asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global.

Peringkat Tercicir

Peringkat tercicir termasuklah murid-murid yang tercicir dalam sistem persekolahan dan ibu-bapa yang tidak pernah bersekolah untuk memberikan kesedaran pentingnya pendidikan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai