Anda di halaman 1dari 29

disampaikan oleh:

KANDUNGAN PENGENALAN TOKOH-TOKOH PERANAN

PROSES PENDEKATAN DAN TEKNIK


LANGKAH-LANGKAH CONTOH TAMAT

PANDANGAN KONSEP
INDIVIDU BERMASALAH MATLAMAT

Pengenalan
Suatu jenis terapi berorentasikan tingkah laku. Membasmi tingkah laku yang tidak betul & membantu klien kuasai kemahiran-kemahiran atau tingkah laku baru. Pentingkan tingkah laku luaran (gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi) yang boleh diperhatikan. Tingkah laku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-matlamat yang dibentuk diri sendiri atau kadang-kadang oleh masyarakat.

Pandangan terhadap manusia


Sikap, kebiasaan, tabiat ditentukan oleh tingkah laku sesuatu individu. Perkembangan personaliti ditentukan oleh pengalaman dan interaksi individu dengan persekitarannya. Individu berbeza disebabkan oleh perbezaan pengalaman. Semua tingkah laku dipengaruhi oleh rangsangan persekitaran.

Personaliti individu terbentuk disebabkan oleh peneguhan-peneguhan yang diterima sama ada secara positif atau negatif. Jika peneguhan diberi secara melampau dan berterusan, tingkah laku juga tidak akan kekal lama kerana ada unsur kebosanan.

Sesuatu tingkah laku boleh diubah dengan cara melemahkan atau menahan peneguhan atau proses pelupusan. Sesuatu tingkah laku boleh ditiru dengan cara pemerhatian dan peneguhan. Sesuatu tingkah laku akan kekal jika diberi peneguhan secara berkala.

Tokoh-Tokoh Behavioral
Teori ini berkembang dari tiga tahap. Tahap Pertama Ivan Pavlov (1960) & Hull (1943) Pelaziman klasik Pemerhatian amali. Watson & Reyner (1920) Prinsip behaviorisme Gerak balas tak lazim.

Tahap Kedua Skinner (1953) Pelaziman operan Peneguhan, hukuman, pelupusan. Digunakan sebagai teknik mengubah tingkah laku (modifikasi) Tahap Ketiga Terapi tingkah laku kognitif, yang menggabungkan aliran ketingkahlakuan dan aliran kognitif.

Konsep-konsep utama
Peneguhan Tumpuan kepada sesuatu tingkah laku agar tingkah laku tersebut berkemungkinan berulang.

Hukuman Rangsangan diberi yang menyakitkan dan kurang selesa untuk mengubah tingkah laku.
Salah suai (maladaptive) Tingkah laku yang menyeleweng dan tidak sesuai serta tidak membantu kepada adaptasi yang sesuai dengan masyarakat.

Individu melakukan tingkah laku menyeleweng (maladaptive behaviour) dalam masyarakat. Teori tingkah laku berpendapat bahawa tingkah laku yang dikira menyeleweng atau tidak, adalah dipelajari oleh individu (pengalaman). Tempat dan masa juga menentukan sama ada sesuatu tingkah laku tersebut menyeleweng atau tidak. Setiap kelas sosial mempunyai interpretasi terhadap tingkah laku menyeleweng ataupun tidak.

Bagaimana individu bermasalah

1. Menyediakan keadaan dan persekitaran sesuai untuk menghapuskan tingkah laku menyeleweng (maladaptive). 2. Mengajar klien menguasai tingkah laku baru yang sesuai bagi menggantikan tingkah laku menyeleweng. 3. Membantu klien membuat penyesuaian baik (matlamat yang diingini klien yang dapat dijelaskan secara tingkah laku baru). 4. Membuat modifikasi kepada tingkah laku positif.

Matlamat terapi tingkah laku

Peranan kaunselor
1. Pakar, guru yang aktif bagi mengatasi masalah klien. 2. Model, contoh teladan klien. 3. Mahir dengan teknik-teknik dalam terapi yang pelbagai. 4. Orentasi baik ke arah penyelidikan dan statistik agar dapat melaksanakan penilaian dengan objektif. 5. Penilai terhadap kemahiran klien sepanjang intervensi. 6. Menyediakan tindakan susulan selepas sesi.

Peranan klien
1. Memahami permasalahan dihadapi. 2. Melibatkan secara aktif dalam sesi kaunseling. 3. Bersedia berubah kepada tingkah laku baru. 4. Mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. 5. Menetapkan matlamat yang boleh diukur.

Proses kaunseling
1. Kaunselor perlu bina hubungan positif dengan klien. 2. Kaunselor perlu beri motivasi kepada klien semasa sesi. 3. Kaunselor perlu ada ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.

4. Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkah laku diri. 5. Kaunselor perlu cuba melupus bermacammacam tingkah laku salah suai. 6. Klien diajar mempelajari tingkah laku adaptif yang akan berterusan sebagaimana dirancang. 7. Kaunselor perlu beri galakkan dan bantu klien membuat perubahan.

Pendekatan-pendekatan
Pembelajaran tiruan (modeling) yang mengajar tingkah laku baharu dengan menggunakan model. Pembelajaran kognitif yang mengajar tingkah laku baharu dengan main peranan atau kontrak antara kaunselor dan klien yang memberitahu jenis ganjaran yang boleh diterima hasil daripada tingkah laku baharu itu.

Kaunselor perlu tunjukkan kemahiran melayan, mendengar, menghargai, menerima dan memahami di samping perlu menganalisis, merancang, memproses dan membantu klien melupus tingkah laku salah suai.

Teknik perancangan persekitaran 1. Prosedur melibatkan mengubah keadaan


sekeliling klien untuk mengehadkan beberapa tingkah laku. 2. Contoh: klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut. 3. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya, menggalakkan keinginan berinteraksi. 4. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan yang selesa.

Latihan Relaxation
1. Latihan digunakan untuk menenangkan otot dan mental. 2. Selepas klien belajar asas relaksasi, mereka akan membuat latihan ini setiap hari yang memerlukan masa dari 4 jam 8 jam. 3. Klien diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka melalui mengurus pernafasan. 4. Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokuskan kepada perasaan dan imej. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress kerisauan (asma, pening, insomnia, serangan panik)

Systematic desensitization Teknik penghapusan deria secara bersistem


bermatlamatkan untuk melemahkan hubungan antara rangsangan tertentu dalam persekitaran (gerak balas lisan dan takut). Ini dilakukan dengan mendedahkan klien kepada rangsangan yang menimbulkan rasa takut dalam keadaan, di mana rasa takut itu disekat daripada muncul melalui tindakan relaksasi dan tingkah laku asertif.

Latihan asertif
Latihan asertif atau tegas diri umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang dibangkitkan dalam perhubungan antara perseorangan. Melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi.

Klien cuba melatih tegas diri dalam temu bual kaunseling dengan menyatakan perasaanperasaannya kepada kaunselor.
Kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerak balas tegas diri.

Setelah segalanya disempurnakan, klien dikehendaki cuba melakukan gerak balas yang sama di luar daripada sesi kaunseling.

Token ekonomi
Prosedur teratur di mana token/hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkah laku sesuai. Kaunselor boleh melaksanakan strategi ini sebagai peneguhan kepada klien/murid yang telah melakukan tingkah laku positif. Persoalannya: Adakah tingkah laku ini akan berterusan ?

Berkesan tetapi perlukan beberapa penstrukturan (penyesuaian). Minta bantuan rakan-rakan, ibu bapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat ekonomi token. Memilih tingkah laku yang mudah mendapat peneguhan. Mematuhi prinsip modifikasi tingkah laku: pengagihan, adil, konsisten.

Langkah-langkah yang boleh diambil kaunselor 1. Kaunselor bekerjasama dengan klien


tentang matlamat. 2. Klien menentukan perubahan diingini. 3. Kaunselor-klien menilai kesesuaian matlamat, mengenal pasti dan menilai risiko-risiko, berbincang aspek positif. 4. Pelaksanaan tindakan

Contoh terapi tingkah laku Strategi: Pelupusan Secara Sistematik


Masalah: Murid terlalu geli dengan katak Matlamat: Menghilangkan rasa geli terhadap katak.

Teknik: Peringkat 1: 1. Kaunselor-klien analisis rasa fobia dialami oleh klien. 2. Kaunselor-klien senaraikan situasi-situasi yang menakutkan itu. Senarai disusun ikut urutan paling fobia kepada paling tidak fobia. Situasi paling fobia akan diletakkan paling atas.

Peringkat 2: 1. Klien diajar latihan untuk menenangkan fikiran atau latihan relaxation.

Peringkat 3: 1. Kaunselor-klien melaksanakan amali. 2. Kaunselor menenangkan fikiran klien dan dalam ketenangan itu, senarai tadi diuji terhadap klien. 3. Bermula dari situasi paling tidak menakutkan kepada situasi paling menakutkan. 4. Klien diminta beri isyarat jika klien masih lagi belum bersedia untuk sampai kepada amali paling menimbulkan fobia dalam senarai itu. 5. Latihan akan diulang beberapa kali hingga klien dapat melaksanakan amali situasi paling fobia tersebut.

TAMAT