Anda di halaman 1dari 12

teras gemunggal (banyak khasiat)

16

OCT

Maharnya rm160 sahaja 1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman 2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit 3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah 4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin 5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya 6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam amata 7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tido 8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari 9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama sudu kapur makan, dibuat gosok 10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil 11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur 12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel 13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari 14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah 15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan 16. Bengkak: 17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan 18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala 19. Busung (Odeem):akarnya dan kulit sertaakarpepaya dilumat dicomor 20. Beri-beri:akarnya direbusdan diminum 21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali 22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur Kelor: Gemunggai, Remunggai, Merunggai Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil: 1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum 2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum

3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu 4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul 5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis 6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum 7. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.

KUALA LUMPUR: Percayalah mendapat sambutan hangat sekali sebaik saja berita mengenai khasiat teras gemunggal keluar dalam Mingguan Misteri pada dua bulan lepas. Pun begitu, ada sesetengah pihak mengetahui rahsia sebenar teras berkenaan malah ada juga yang ingin mendapatkan kayu itu sebagai penawar diri. Sebelum ini Mingguan Misteri (MM) keluaran lepas mendedahkan kisah seorang Wartawan Politik terkenal tanah air sanggup mencelupkan kelima lima jarinya ke dalam asid sebagai menguji keaslian teras gemunggal yang dianggap mustajab sebagai pendinding diri serta gangguan binatang buas. Sekadar menguji saja bukan apa apa ujarnya dengan ringkas. Sebelum ini saudara Zulkifli Haji Omar, 35, menerima panggilan telefon daripada peminatpeminat benda benda pelik, purba serta para pengamal perubatan tradisional untuk mengetahui kisah sebenar berkaitan dengan teras berkenaan. Saya sudah jelaskan perkara sebenar mengenai teras itu. Saya bukannya hendak cari publisiti murahan sebaliknya sekadar menguji saja. Mungkin benda itu berlaku secara kebetulan saja. Saya bukanlah seorang pengamal perubatan sebaliknya sekadar menguji saja. Ada juga sesetengah pihak mendakwa saya sebagai tok bomoh. Itu tidak betul! Saya uji saja, jelasnya lagi. Katanya lagi, bayangkan jika seseorang itu terkena asid boleh mengundang padah pada diri sendiri bahkan boleh mencacatkan anggota tubuh badan seseorang itu jika terkena cecair berkenaan. Ngeri dibuatnya! Tapi apakan daya terpaksa lakukan jua demi hendak buktikan sesuatu benda asli atau sebalik terpaksa melakukan biarpun menggadaikan nyawa sendiri. Mahu tidak mahu terpaksa lakukan jua demi bukti. Celup dulu jari ke dalam asid kemudian barulah, katanya. Sambungnya lagi, bayangkan kalau anda terkena asid boleh mengakibat cacat seumur hidup atau sebaliknya. Namun jika berlainan pula jika anda memakai cincin teras gemunggal lain pula jadinya. Dengan syarat izin daripada Maha pencipta-Nya. Saya bukan hendak bercakap takabur tetapi manusia hanya boleh merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan Nya. Kalau hebat mana seseorang itu sekali pun jika tidak mendapat keizinan daripada Allah S.W.T tidak akan menjadi jugak. Jadi, apa yang saya lakukan hanya tawakal kepada Allah S.W.T, ulangnya berkali kali. Betul bang! Saya sendiri celup kelima lima jari saya ke dalam bekas berisi asid. Tiada apa-apa pada jari saya, akuinya lagi. Zulkifli menerangkan, kayu teras berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi kerana manusia arif saja dapat menemui pohon itu. Bukan senang hendak jumpa kayu teras jika tidak arif dalam bidang itu, jelasnya lagi. Akuinya lagi, kayu teras itu dijadikan cincin untuk mudah dipakai kepada sesiapa berhajat dan selamat untuk dibawa ke mana mana saja. Saya dapat tahu khisiat cincin teras daripada tuan punya iaitu Pak Harun yang menetap di Kemaman, Terengganu.

Sebelum ini seorang kenalan bernama Omar Abdullah sering datang ke Kuala Lumpur membawa cincin teras dan menjual kepada sesiapa berhajat memakai cincin itu. Menurut cakap cakap Adik Omar, Pak Harun amanah kepadanya untuk menjual cincin itu. Lantas dia membawa cincin itu bersama sama dengan sebotol asid sebagai bahan uji. Secara kebetulan juga saya hendak menguji cincin terpaksa celup kelima lima jari ke dalam asid itu. Memanglah kata kata cerdik pandai uji dulu baru boleh beli, akuinya lagi. Namun pada mulanya timbul perasaan takut, bimbang dan gementar namun tetap beranikan diri. Pesanan saya jika takut jangan celup nanti bawa padah. Syaratnya anda mestilah yakin kepada Allah S.W.T barulah boleh percaya. Sekadar melepaskan batuk ditangga jangan buat nanti nahas pada diri sendiri. Saya tidak bertanggungjawab, jelasnya dengan panjang lebar. Menurut kepercayaan orang tua dahulu mengatakan Teras pokok Gemunggal atau nama sebenarnya pokok Kilo adalah sejenis pohon yang menyimpan pelbagai seribu misteri. Namun disebalik misteri akan terjawab nanti. Difahamkan pokok itu menjadi penawar kepada segala racun.Selain itu juga tahan gigitan serangga berbisa dan juga ular. Selain itu juga ada sesetengah pihak mendakwa teras itu mampu menghalang pemiliknya terkena gangguan sihir atau ilmu hitam. Sebenarnya akar gemunggal memang sukar untuk diperolehi, ujarnya dengan tenang. Namun dia menjelaskan lagi, teras berkenaan ada pada Omar dianggap hadiah pemberian daripada seorang rakan kenalan akrab yang berasal dari Gua Musang, Kelantan. Menurut pemilik teras gemunggal yang dikenali dengan panggilan Pak Harun menjelaskan, pada zaman tahun dulu ( tahun awal 70an dan 80an) kebanyakkan askar askar Melayu gunakan teras itu sebagai pelindung diri . Dakwanya lagi, teras itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh. Apa yang saya ceritakan berdasarkan daripada cerita lisan daripada kawan kawan rapat yang mengetahui khasiat teras gemunggal. Selain itu juga pengalaman si pemakai mengenai rahsia teras pelik itu. Iyalah manusia hanya boleh merancang tetapi semua dengan izin Allah S.W.T , akuinya lagi. Dia juga menjelaskan, selain itu juga teras berkenaan boleh disimpan didalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri atau sesiapa saja bertujuan niat jahat. Apa yang diperjelaskan oleh Pak Harun menyatakan, pohon teras hanya boleh didapati di kawasan tanah berpasir serta lembut.

Pokoknya lembut dan rending , berdaun kecil manakala batangnya lembut. Jarang pohon itu ada teras kecuali pohon tertentu saja. Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan-Nya. Begitu juga dengan teras gemunggal. Bukanlah kita hendak percaya bulat bulat kepada kayu berkenaan nanti boleh membawa kepada syirik.

Tetapi pada saya setiap tumbuhan , pokok herba ada khasiat tersendiri. Semuanya anugerah kejadian daripada Ilahi

Contoh Teras Gemunggal Yang tenggelam dalam Air

Lihatlah akan perbezaannya, walaupun hanya serpihan kecil teras gemunggal yang mempunyai kepadatan tinggi dan berkualiti, ia akan tenggelam didalam Air.

Kelor dan Gemunggal

Di sebelah kanan adalah Teras Akar Gemunggal Kampung dan sebelah kiri adalah Teras Akar Kelor Hutan. Kalau sesiapa yang mengatakan sebelah kanan tu Teras Semeru..Sememangnya dia tak kenal kayu. Ini kerana, saya sendiri yang mendapatkannya dari Pokok Gemunggal.(Area Sg. Siput Perak). Memang Teras Semeru dikatakan Hampir 90% Menyamai dengan Teras Gemunggal Kampung. Warna yang sebenarnya adalah Coklat Kemerahan hitam. Gemunggal Kampung memiliki Urat seperti Cap Jari dan Beza antara Kelor dan Gemunggal adalah sebegini. Yang boleh dikatakan sama, adalah Keluarga Spesis Kayu yang sejenis...jenis Morringga Oleifera juga. Untuk mengenali Teras Semeru yang sebenarnya adalah dengan mengunyah teras tersebut..Jika bibir terasa kebas-kebas..tu baru la dari jenis Semeru. Teras Semeru yang Terbaik.."pernah saya dengar"..ianya Kebal Umum...wallahu

Perbezaan Teras Gemunggal (Kelor)

Ini adalah perbezaan Teras Gemunggal atau Teras Kelor yang mengikut gred ketumpatan dan Kepadatan Tinggi dan Rendah. Dimana Teras gemunggal yang berwarna coklat kebiasaanya tidak cukup masak akan timbul didalam air, manakala Teras gemunggal yang berwarna hitam memiliki kepadatan yang tinggi serta tenggelam didalam air.

TERAS GEMUNGGAL (TK01)

Teras Gemunggal Asli


Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui...setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri...namun begitu harus diingat apapun jua ianya datang dari Allah....

Gemunggal / Kelor Kampung : Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air.

Gemunggal / Kelor Bukit : Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.

Gemunggal / Kelor Pulau : Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya

Serba Sedikit Kegunaannya:

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri. Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat. Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya. Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. Menakutkan ular-ular dan binatangbinatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu

Bisul: Terasnya diasah, disapu pada mata bisul...insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat

Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.

Digigit ular,lipan atau apa jua binatang berbisa: Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.

Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan Ketajaman gerak hati(Indera Keenam),kewibawaan dll . Mengelak dari dipukau,digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari tangan Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.