Anda di halaman 1dari 25

7

PENGENALAN Kanak-kanak sememangnya gemar bermain. Main adalah salah satu cara untuk kanak-kanak memgalami proses pembelajaran saa ada secara langsung atau tidak langsung. Kanak-kanak amat memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Main adalah sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan ( Choong, 2008) . Manakala menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah (2009), definisi yang dikemukakan oleh Fromberg (1987) pula, menyatakan main adalah sesuatu yang simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. Melalui bermain, kanak-kanak dapat mencipta kreativiti dan imaginasi mereka, contohnya ketika bermain susunan blok. Main juga dikonsepkan sebagai senaman yang dapat memperkembangkan aspek psikomotor kanak-kanak. Contohnya bermain ting-ting, konda-kondi,congkak dan sebagainya. Ia mencipta keseronokan atau gurauan seperti permainan sorok-sorok, permainan lari ikat kaki, dan sebagainya.Bermain juga mempunyai tiga konsep iaitu main bebas, main terkawal, dan main terarah (Azizi Jaafar, 2009). Pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman. Hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan (Ormrod, 1995). Dalam pembelajaran, kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah.ini dapat diperkembangakan melalui teori pembelajaran. Melalui teori pembelajaran kanakkanak boleh belajar membuat pilihan bagaimana cara untuk penyelesaikan

masalah. Melalui permainan batu seremban yang merupakan salah satu permainan tradisional, kanak-kanak boleh memperkembangan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) . Permainan tradisional merupakan suatu khazanah bangsa yang amat bernilai sekali. Dengan adanya permainan tradisional, telah memperlihatkan tahap daya cipta, kreativiti dan imaginasi yang tinggi dalam diri manusia. Agak sukar untuk menentukan asal-asul sesuatu permainan tradisional kerana faktor penyampaiannya secara lisan oleh orang zaman dahulu. Ini menyebabkan berlakunya tokok tambah dan pengurangan pada permainan tradisional tersebut.

.Tugasan ini akan menghuraikan tentang salah satu permainan tradisional iaitu permainan batu seremban yang ada hubung kait dengan tiga aspek yang akan diperhatikan, iaitu perkembangan intelek,sosioemosi dan fizikal kanak-

kanak.Tugasan ini juga akan mengaitkan teori-teori daripada tokoh-tokoh ilmu pendidikan yang masyhur dan kaitannya dengan permainan batu seremban

Batu Seremban Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulanketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

10

Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

11

Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. Untuk mengaitkan permainan tardisional ini dengan teori-teori pembelajaran, kita perlu mengetahui apakah teori-teori yang sesuai yang dapat diaplikasikan didalam permainan batu seremban. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori pembelajaran Thorndike, Teori pembelajaran Jean Piaget dan teori pembelajaran Bruner.

A) TEORI PEMBELAJARAN THORNDIKE 1.0 Pengenalan E.L thorndike (1874-1949)telah mengemukakan teori pelaziman operan.beliau telah membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Beliau yang merupakan pengajar psikologi di Teachers College Univercity Columbia, banyak memberi sumbangan dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental. Thorndike telah mengemukakan tiga prinsip iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan dan hukum kesan yang menjadi asas kepada teori pelaziman operan Skinner. Berdasarkan teori pembelajaran Thorndike ini,kita dapat mengaplikasikannya dalam permainan batu seremban. 2.0 Aplikasi Teori Pembelajaran Thorndike dalam permainan seremban Teori pembelajaran Thorndike dapat diaplikasikan dalam permainan batu seremban melalui pengalaman sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya. Kaedah cuba jaya ini dilaksanakan apabila pelajar bermain batu seremban dengan melakukan pelbagai tindakan rawak untuk menyambut batu. Dalam usaha rawak tersebut, pelajar tersebut telah berjaya menyambut batu seremban. Seterusnya, pelajar tersebut telah dapat menguasai permainan dan akan berjaya mengumpul mata yang banyak untuk memenangi permainan batu seremban.
12

Teknik tersebut dapat merangsang pelajar supaya berusaha untuk merancang strategi baharu seperti cara untuk membaling biji batu yang sesuai untuk memudahkan permain menyambut dan menimbang batu. Thorndike menyatakan pembelajaran merupakan proses cuba ralat melalui hukum latihan. Contohnya pelajar semasa bermain batu seremban secara tidak langsung akan menghubung kaitkan antara rangsangan dan gerak balas ( R G ) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara rangsangan dengan gerak balas ( R-G) akan menjadi lemah jika ia tidak digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Untuk menjamin kelangsungan kemahiran dalam permainan batu seremban, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Latihan dan penggunaan pengetahuan serta kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan pelajar tersebut dalam permainan batu seremban. Proses ini akan bertambah kukuh lagi jika latihan dan pengukuhan diaplikasikan sekerap yang mungkin. Melalui permainan batu seremban ini juga , pelajar dapat mengembangkan lagi daya kreatif dan mamberi peluang daya cipta. Pelajar itu akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan banyak mata sekaligus mengaktifkan sel-sel neuron dalam otak mereka. Proses ini akan menggalakkan lagi perkembangan jasmani dan perkembangan motor seseorang pelajar itu.

Prinsip yang ketiga pembelajaran anjuran Thorndike ialah hukum kesan. Prinsip ini dapat diaplikasikan dalam permainan batu seremban apabila setiap pemain akan berusaha mengumpul paling banyak mata supaya boleh memenangi permaianan. Mereka akan mengikuti kaedah-kaedah orang lain yang lebih mahir untuk memenangi dalam permainan tersebut. Sesuatu gerak balas yang ditiru sekiranya ia dapat memberi kemenangan kepada mereka ini akan memberi kesan yang menyeronokkan dan memuaskan. Pemain mungkin akan akan mengulangi gerak balas yang sama seperti cara melambung buah ibu dan kaedah mengutip buah satu hingga tujuh. Apabila situasi berulang, hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan . Kejayaan pelajar dalam sesi permainan batu
13

seremban akan dapat menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya. Sekiranya pelajar dapat menguasai permainan atau pembelajaran dan dapat pujian, pelajar akan merasa puas hati dan gembira. Keadaan ini akan meningkatkan motivasi pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih untuk terus memenangi permainan batu seremban. Perrmainan ini juga turut membantu perkembangan emosi pelajar tersebut. Mereka akan sentiasa mengawal emosi mereka semasa mereka bermain. Tekanan yang dihadapi dapat mereka lepaskan setelah mencapai kepuasan semasa bermain. Permainan batu seremban dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang santai. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka , dan memberi dorongan dan motivasi kepada diri mereka untuk terus belajar. Aspek pembelajaran ini dapat diaplikasikan dengan hukum kesediaan oleh Thorndike. Beliau berpendapat apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya akan menghasilkan kepuasan. Selain itu, melalui bermain batu seremban pelajar dapat menghasilkan

emosi negatif dan positif. Emosi positif akan terhasil apabila perasaan gembira dan terhibur mereka tercipta sewaktu proses bermain berlaku. Apabila mereka bertemu dengan rakan-rakan sepermainan mereka, komunikasi dan pergaulan merupakan penyumbang kepada penghasilan emosi tersebut. Kesan yang berlaku dalam proses belajar sambil bermain ini juga turut mendatangkan perasaan sedih kepada mereka. Hal tersebut terjadi apabila mereka dikalahkan oleh pihak lawan semasa perlawanan atau semasa permainan mereka sedang berlangsung. Perasaan kecewa akibat tewas kepada pihak lawan akan

mencetuskan emosi negatif. Dalam kedua-dua situasi ini, kesan yang diberikan adalah sama iaitu mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara mengawal segala tekanan yang dihadapi mereka dalam memupuk keyakinan diri. Hal ini amatlah berkait dengan teori pelaziman Thorndike iaitu ikatan rangsangan dengan gerakbalas akan bertambah kukuh sekiranya individu tersebut memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balas yang telah dihasilkan. Sebaliknya, gerakbalas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya gerakbalas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok.

14

15

(B) Teori pembelajaran Jean Piaget 1.Pengenalan Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama ArthurPiaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva.Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Falsafah (biologi) pada umur 25 tahun , tetapi selepas itu, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Adalah ditegaskan bahawa perkembangan kognif ini adalah dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari aspek lain, misalnya fizikal, intelek, dan sosioemosi. Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh.Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. 2.Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya.Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan

16

Di dalam TeoriPembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif individu. Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubasuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu.Maka, skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya.Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya dari kasar kepada halus, dan daripada mudah kepadakompleks. Contohnya,dalam permainan batu seremban murid-murid memegang buah dan melambung buah adalah skema pegangangnya. Ini menyebabkan teknik memegang dan melambung serta menyambut buah semakin beransur-ansur maju apabila perubahan skema murid Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan seperti teori
17

rangsangan.Dalam permainan batu seremban murid akan bersaing antara satu sama lain. Murid yang mempunyai kemahiran yang tinggi menyambut buah dan mnimbang buah mempunyai peluang yang tinggi memenangi permainan batu seremban. Masing-masing akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi permainan batu seremban.Sekiranya mereka kalah akan memberi motivasi kepada mereka yang kalah untuk menang dalam permainan seterusnya. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Proses ini membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baharu dipelajari.

seorang kanak-kanak yang baru pertama kali bermain batu seremban akan menghadapi kesukaran melambung dan menimbang buah kerana tidak pernah bermain sebelum ini.Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan belajar melului pemerhatian . dengan ini, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baharu bagaimana untuk bermain permainan batu seremban. Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan yang berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanah-kanak.Jean piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.Dalam permainan batu seremban, kanak-kanak ditunjukkan buah yang digunakan dan cara

bagaimana permainan batu seremban dimainkan.Murid tidak pernah bermain , tidak dapat menyesuaikan diri dengan permainan ini.

18

. Nama sebenarnya ialah Jerome Bruner.Beliau yang mendapat gelaran sebagai Bapa Teori Psikologi Kognitif telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Namun begitu, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Duke dalam jurusan Psikologi. Pada tahun 1937, beliau mendapat gelaran A.B. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Harvard dalam bidang Kajian Pascasarjana. Pada tahun 1939, beliau menerima M.A dan Ijazah Kedoktoran pada tahun 1941. Semasa berlakunya Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau juga berperanan penting dalam perancangan Projek Medison yang berkaitan dengan Kurikulum Matematik Moden di Amerika Syarikat. Teori pembelajaran yang dipelopori oleh Bruner adalah berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan berbentuk induktif. Ini bermakna teori Bruner ini adalah bertentangan dengan teori Ausubel yang berbentuk deduktif. Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif iaitu pelajar diberikan contohcontoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep. Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh positif dan contoh negatif serta ciri-cirinya diteliti. Murid-murid akan dibimbing oleh guru untuk membuat

perbandingan contoh positif dan negatif. Pengelompokkan atau kategori akan dibuat berdasarkan ciri-ciri persamaan. Murid perlu membuat rumusan mengikut kategori yang dibentuk dan seterusnya definisi konsep dibina. 3 Peringkat Pembelajaran Menurut Bruner, pembelajaran konsep melibatkan proses pengkategorian. Konsep tersebut telah dibahagikannya kepada tiga kategori iaitu enaktif yang berasaskan perlakuan, ikonik yang berasaskan imejan dan simbolik yang berasaskan bahasa. Mengikut susunan daripada enaktif kepada ikonik dan akhir sekali imejan adalah perkara yang penting dalam mempelajari sesuatu konsep kerana ketiga-tiga kategori ini sangat berkait rapat antara satu sama lain.
19

Pembelajaran Teori Bruner Dalam Permainan batu seremban .

pembelajaran melalui konsepbermain merupakan jalan alternatif kepa da pendekatanpengajaran di peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan kanak-kanak banyak menekankan konsep bermain.ini bersesuaian dengan naluri kanak-kanak yang suka bermain. Bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan

seseorang murid itu terutamanya dalam aspek perkembangan jasmani, memupuk daya k re a t if , b a h a s a , so s io e m o s i d a n m o ra l. Ini bertepatan dengan konsep JERI iaitu perkembangan berkaitan Jasmani,Emosi, rohani dan Intelek seseorang kanak-kanak itu. Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus dilupakan. Aspek intelek dapat diaplikasikan melalui permainan batu seremban ini dengan melibatkan proses pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan mengira mata yang akan dikumpulkan ketika menimbang buah. Hal ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan murid dalam subjek matematik semasa mereka bermain. Sebelum memulakan permainan, pemain akan mengenal pasti bilangan buah . proses mengira mata ini berlaku secara tidak langsung ketika pelajar menimbang buah dalam permainan batu seremban. Ini dengan sendirinya akan mengembangkan lagi pemikiran logikal matematik seseorang kanak-kanak itu. Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimba pengalaman secara memegang dan memanipulasi objek maujud seperti biji batu. Kanakkanak juga berkebolehan mengunakan bahan secara grafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbukti

bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak-kanak itu.

20

PERBANDINGAN TIGA TEORI PEMBELAJARAN

EDWARD LEE THORNDIKE

-Teori R-G menjadi asas Tiga Hukum Thorndike.

HUKUM KESEDIAAN

(HK) (HC & K) HUKUM LATIHAN & HUKUM KESAN

R-G
HUKUM ANEKA GERAK BALAS (HAGB)

21

JEAN PIAGET

Perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut :

SENSASI MOTOR

OPERASI

OPERASI YANG KONKRIT

OPERASI FORMAL

22

JEROMI BRUNER

Mengkaji perkembangan kebolehan mental manusia Bagaimana pemikiran boleh berlaku semasa proses pembelajaran Pengajian harus merangkumi ciri-ciri berikut :

persekitaran untuk belajar

struktur pengetahuan

CIRI-CIRI PENGAJARAN BRUNER

urutan

peneguhan

23

Peringkat Pembelajaran Berubah Dalam Tiga Turutan

24

PERKARA/ TEORI

TEORI BEHAVIORIS

TEORI KOGNITIF

TEORI SOSIAL

TOKOH DAN SEJARAH

-John Broadus Watson(9 Jan 1878 - 25 Sept1958)- ahli psikologi Amerika -mengendalikan satu eksperimen yang di panggil kotak ajaib Thomdike. -Ivan Pavlov (14 Sept1849 27 Feb 1936)- ahli fisiologi, psikologidan fizik Rusia. Pemenang HadiahNobel pada tahun1904. Terkenal dengan pelaziman klasik. -Burhuss FredericSkinner (20 Mac 1904 -18 Ogos 1990) - ahli psikologi Amerikaterkenal denganpelaziman operan.

-Wolgang Kohler (21 Jan 1887 11Jun 1967)- ahli psikologiJerman dan pengasas PsikologiGestalt.terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal

Albert Bandura (4Dis 1925 - kini)dilahirkan diKanada-eksperiman yang terkenal ialah kajian patung Bobo iaitu pembelajaran pemerhatian.

Jerome Seymour Bruner (1 Okt 1915- kini)- ahli psikologi Amerikaterkenal dengan pembelajaran penemuan

PRINSIP/ Sumber motivasi KONSEP TEORI ialahEkstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran,insentif dan dendaan. - Rangsangan, Gerakbalas, Peneguhan dan Hukuman

Sumber motivasi intrinsik. - Sumber motivasi intrinsik. Mementingkan kepercayaan,atribut Mementingkan penglibatan dalam kejayaan dan kegagalan, jangkaan.- komuniti pembelajaran,identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan.Pelajar Teori Pembelajaran sosial adalah menerima,memproses,menyimpan, gabungan peneguhan behavioris mencari maklumatdalam memori. dengan psikologi kognitif dalam

25

PERKARA/ TEORI

TEORI BEHAVIORIS

TEORI KOGNITIF

TEORI SOSIAL

TOKOH DAN SEJARAH

-John Broadus Watson(9 Jan 1878 - 25 Sept1958)- ahli psikologi Amerika -mengendalikan satu eksperimen yang di panggil kotak ajaib Thomdike. -Ivan Pavlov (14 Sept1849 27 Feb 1936)- ahli fisiologi, psikologidan fizik Rusia. Pemenang HadiahNobel pada tahun1904. Terkenal dengan pelaziman klasik. -Burhuss FredericSkinner (20 Mac 1904 -18 Ogos 1990) - ahli psikologi Amerikaterkenal denganpelaziman operan.

-Wolgang Kohler (21 Jan 1887 11Jun 1967)- ahli psikologiJerman dan pengasas PsikologiGestalt.terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal

Albert Bandura (4Dis 1925 - kini)dilahirkan diKanada-eksperiman yang terkenal ialah kajian patung Bobo iaitu pembelajaran pemerhatian.

Jerome Seymour Bruner (1 Okt 1915- kini)- ahli psikologi Amerikaterkenal dengan pembelajaran penemuan

PRINSIP/ Sumber motivasi KONSEP TEORI ialahEkstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran,insentif dan dendaan. - Rangsangan, Gerakbalas, Peneguhan dan Hukuman

Sumber motivasi intrinsik. - Sumber motivasi intrinsik. Mementingkan kepercayaan,atribut Mementingkan penglibatan dalam kejayaan dan kegagalan, jangkaan.- komuniti pembelajaran,identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan.Pelajar Teori Pembelajaran sosial adalah menerima,memproses,menyimpan, gabungan peneguhan behavioris mencari maklumatdalam memori. dengan psikologi kognitif dalam

26

27

REFLEKSI

Perbagai implikasi yang boleh diperolehi seperti mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Seterusnya ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan. Seterusnya pula ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid. Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid. Guru perlu memastikan setiap orang murid berpeluang untuk memerhati dan mencontohi diingini. pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang

Oleh itu, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh

menunjukkan tingkahlaku yang boleh dicontohi serta memaklumkan kepada anak murid tentang kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral. Guru juga mestilah mempunyai kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas, murid dapat mendengar penerangan kita dengan jelas, dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar dapat diikuti oleh murid secara mudah. Suasana bilik darjah yang kondusif perlu disediakan supaya murid dapat belajar dengan selamat dan tenang. Guru juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid berasa seronok ketika berada di dalam bilik darjah tanpa sebarang tekanan ketika belajar. Oleh itu, guru perlu memastikan murid berasa selesa dengan persekitaran yang disediakan.

28

Guru perlu memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan ini dapat disediakan dengan adanya masa rehat supaya murid dapat makan juga berehat untuk seketika dan menyediakan bilik darjah yang mempunyai pengudaraan yang baik. Memenuhi keperluan fisiologi dapat membantu murid berasa selesa dan bersemangat untuk belajar. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan positif seperti pujian, senyuman atau hadiah kepada muridnya apabila mereka menunjukkan tingkahlaku positif. Murid akan terasa disayangi dan dihargai. Dengan ini aras motivasi dalam diri mereka dapat dipertingkatkan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran. Guru perlulah mempunyai asas bimbingan kaunseling untuk berhadapan dengan murid kerana murid terdiri daripada individu yang berbeza-beza. Teknik nasihat yang diberikan juga perlulah berbeza-beza bagi memenuhi keperluan semua murid yang berada di dalam peringkat perkembangan yang pelbagai. Murid hanya mempercayai guru yang dirasakan memahami dan melayaninya dengan baik. Guru sebegitulah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Guru perlulah bersikap penyayang, bertolak ansur dan bersabar dengan murid-murid supaya dapat memahami perasaan dan emosi mereka. Sikap suka mengarah dan berleter perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan murid berasa bosan. Sebaliknya guru perlu membimbing dan menunjukkan simpati kepada murid kerana sikap orang dewasa boleh mempengaruhi perkembangan personaliti mereka. Guru juga boleh memberi peneguhan positif dan negatif kepada murid di dalam bilik darjah. Guru boleh memberi kata pujian, hadiah, sentuhan atau senyuman kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif. Sebaliknya, guru boleh menggunakan peneguhan negatif seperti denda dan teguran sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang negatif. Guru juga boleh menggalakkan murid yang sudah mahir membantu rakan mereka yang lain. Mereka boleh berkongsi pendapat atau memberi tunjuk ajar kepada rakan mereka bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik. Kanakkanak sebenarnya adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila

dibimbing oleh rakan sebaya mereka kerana berasa lebih selesa. Contohnya, guru
29

boleh menggunakan kaedah koperatif di mana murid dalam kumpulan saling berkongsi dan bantu - membantu antara satu sama lain semasa tugasan diberikan. Guru haruslah menyediakan lebih banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunakan supaya murid dapat menghubungkaitkan bahan tersebut dengan isi pelajaran yang dipelajari. Dengan ini, murid-murid tersebut dapat membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka. Melalui tajuk ini, guru-guru dapat mengenali tokoh-tokoh pembelajaran dan faedah - faedah penggunaan setiap teori pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran sangat penting kepada guru kerana ia dapat membantu guru memilih strategi pengajaran dan pembelajaran serta membantu murid secara optimum. Kesemua teori pembelajaran dapat digunakan atau dimanfaatkan pada semua peringkat pembelajaran.

Teori - teori tersebut juga dapat membantu guru memahami diri sendiri dan anak murid supaya mereka dapat melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya. Guru mesti bercakap di hadapan dengan suara yang jelas dan lantang, menjalin hubungan yang mesra dengan murid dan mengawal bilik darjah. Pada keseluruhannya, kesemua teori tersebut dapat membantu guru mengajar dengan lebih berkesan.

30

RUJUKAN

1. Faizul Idham. (2011). Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura. Dicapai pada 30 Ogos 2012, daripada http://kaunselingelie.blogspot.com/2011/02/teori-

pembelajaran-sosial- albert.html

2. Siti Bakhis. (2011). Tahap-tahap Perkembangan Psikososial Erikson. Dicapai pada 27 Ogos 2012, daripada http://anakilhamku.blogspot.com/2011/01/tahaptahapperkembangan-psikososial.html

3. Teori Pembelajaran Bruner (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/topik4.pdf

4. Noriati A, Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor. Oxford Fajar. (m.s:63-91).

5. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor. Oxford Fajar.

6. Lee S. M. (1997). Psikologi Pendidikan:Teori dan Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

31