Anda di halaman 1dari 7

KUMPULAN 3: TULISAN MEKANIS DAN CONTOH LATIHAN YANG DAPAT DI APLIKASIKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

Pembentang: Azrul Fahmi Bin Azizi -Nur Syahirah Bte Abd Rahman

1) Peringkat Perkembangan Menulis


- Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. - Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. - Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataanperkataan yang ditulis - Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. - Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.

2) Jenis Kemahiran Menulis

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis. - Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. - Melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan - Diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).

- Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. - Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. - Diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis - Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

3) Tujuan Pengajaran Kemahiran Menulis Mekanis


- Kemahiran mengawal dan memegang pensel - Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. - Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

4) Penyampaian Kemahiran
Semasa menyampaikan kemahiran menulis, guru haruslah memberi perhatian pada beberapa perkara : - Kanak-kanak haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar - Sebelum dilatih menulis, adalah lebih baik jika kanak-kanak diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging - Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebutnama-nama huruf - Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. - Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS 1) Latihan menulis bentuk yang bermirip kepada huruf mengikut teknik penulisan 2) Latihan menulis huruf daripada gambar yang mirip kepada huruf 3) Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang 4) Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus 5)Menulis huruf-huruf yang dicontohkan berulang-ulang 6)Menyalin urutan-urutan huruf yang bergabung menjadi suku kata terbuka dan tertutup 7) Menyalin perkataan-perkataan yang terhasil dari cantuman suku kata-suku kata diatas 8) Latihan menamakan gambar-gambar secara terkawal 9) Menyalin rangkai kata atau ayat 10) Menyalin rangkaian ayat dari buku

Anda mungkin juga menyukai