Anda di halaman 1dari 10

Komunikasi

Perisian komunikasi membenarkan pengguna menghantar data dan menerima data

daripada komputer yang lain. Program komunikasi memberi komputer micro ciri yang

paling berkuasa, iaitu keterhubungan (connectivity).

Di antara keperluan-keperluan komunikasi asas adalah:

1. Mencapai utiliti-utiliti maklumat seperti The Source atau CompuServe.

2. Menghubungkan komputer ke servis-servis mel elektronik.

3. Mencapai buletin komputer dan/atau membenarkan capaian jarak jauh ke

komputer peribadi oleh komputer-komputer lain.

4. Menukar fail-fail di antara PC (Personal Computer) dan komputer-komputer lain.

5. Menukar PC kepada terminal untuk sambungan secara terus dengan komputer-

komputer kerangka utama jarak jauh. Emulasi adalah proses satu peranti, katakan

PC dijadikan sebagai terminal.

1
Contoh Perisian Komunikasi:

E-Mail:

- Microsoft Outlook Express

Untuk menghantar dan menerima e-mail. Di datangkan secara percuma bersama

Internet Explorer. Ia juga digunakan untuk membaca newsgroup.

2
- Eudora Pro

Untuk menghantar e-mail berformat. Ianya juga dapat meng-encrypted e-mail-e-mail

supaya ianya tidak dapat dibaca oleh orang lain tanpa kebenaran.

Instant Messenger:

- ICQ

ICQ adalah suatu program instant messenger yang sangat cerdik. Program ini dapat

dengan mudah menemukan lawan bicara anda di Internet (pengguna ICQ lain) dan

menunjukkan kepada anda apakah mereka dalam posisi online/tidak. Jika mereka

sedang tidak online, maka anda masih dapat menulis pesan singkat kepada mereka

yang akan disampaikan oleh server ICQ kepada mereka ketika mereka menjalankan

ICQ mereka. ICQ dapat pula dikonfigurasi sedemikian rupa, sehingga seseorang

memerlukan izin (authorization) anda sebelum mereka dapat memasukkan anda

dalam Contact List mereka . Anda dapat pula memprotect profile ICQ anda dengan

3
password, sehingga bila orang lain memakai PC anda, mereka akan harus

memasukkan password anda sebelum memakai ICQ tersebut.

- Yahoo Messenger

Ianya di keluarkan oleh Yahoo! Kegunaan utamanya adalah hampir sama dengan

Instant Messenger yang lain, anda perlu mendaftar dengan Yahoo!.

- MSN Messenger

Ianya dikeluarkan oleh Microsoft. Kegunaannya adalah sama, anda perlu mendaftar

dengan Microsoft (Microsoft Passport).

4
IRC:

- mIRC

IRC (Internet Relay Chat) adalah satu tempat pertemuan alam maya dimana semua orang

dari seluruh pelosok dunia boleh bertemu dan berbual dengan baik (taip). Sebagai

pengguna anda menggunakan mIRC; satu perisian yang kecil dimana ianya

disambungkan kepada salah satu server di Jaringan IRC (IRC network). Semua server

adalah sambungan antara dan pertukaran khabar (berita) dari satu pengguna kepada satu

pengguna di Jaringan IRC (IRC network). Anda boleh menyertai kumpulan diskusi

(group discussions) di salah satu daripada beribu-ribu saluran IRC (IRC channels), di

salah satu daripada beratus-ratus Jaringan IRC (IRC networks), atau cuma berbual secara

peribadi dengan keluarga atau kawan, di serata dunia. Anda akan mendapati perbagai

ragam manusia, hobi, idea-idea, dan isu-isu di IRC. Contoh perisian-perisian IRC adalah

mIRC.

5
Fax:

- Win Fax Pro

WinFax dapat menjadikan komputer anda sebagai mesin fax, ia dapat menghantar dan

menerima fax. Dengan menggunakan WinFax, anda dapat mengfax dokumen anda ke

mana-mana nombor fax di dunia, dan di mana saja. WinFax mudah digunakan, ianya

hampir serupa dengan mesin fax tradisional. Ia juga mempunya senarai nombor fax

bagi memudahkan anda.

6
- eFax

eFax digunakan untuk menghantar fax menggunakan internet.

Lain-lain:

- PcAnywhere32

Perisian komunikasi jarak jauh ini memberikan kemudahan untuk pengguna

menghubungi PC di pejabatnya walaupun ia berada di luar pejabat termasuk berada di

rumah. Versi terbaru menawarkan ciri-ciri unik seperti akses jarak jauh melalui fungsi

satu klik sahaja untuk pelbagai pengguna, `Live Up date’ untuk meningkat upaya

selari melalui Internet dan perkhidmatan enkripsi diperluaskan untuk memberikan

pengguna kepantasan dan penyelesaian mudah untuk persekitaran Windows 32-bit.

Perisian PcAnywhere32 ini merupakan produk akses jarak jauh pertama yang

menawarkan akses penuh untuk data, aplikasi dan pengguna. Dengan satu klik,

7
pengguna kini boleh bersidang dengan rakan-rakan sekerja, memindah fail dan

mengakses apa yang diperlukan dari komputer untuk digunakan dari jarak jauh.

Ciri-ciri baru di dalam perisian ini termasuk memperluaskan sokongan Windows

NT4.0 dengan ciri-ciri keselamatan tambahan dan teknologi persidangan `Host Multi-

Connect’ ysng baru. Penyelesaian ideal untuk persidangan dengan pelbagai lokasi

dengan beberapa pengguna ini mampu menampung sehingga 256 pengguna secara

serentak untuk menyaksikan persembahan selari atau demontrasi. Perisian ini juga

menyokong hampir kesemua pelantar sistem operasi (OS) utama termasuk Windows

95/NT, Windows 3.1x dan komputer berasaskan Intel DOS. PcAnywhere32 versi 8.0

menyepadukan ciri-ciri keselamatan pemanggil ke dalam NT User Manager.

8
Ciri-Ciri Sepunya

Ciri-ciri sepunya yang di miliki oleh ICQ dan Yahoo Messenger:

- Friend Alert

‘Friend Alert’ ini akan memberitahu sama ada rakan anda online atau tidak. Sekiranya

rakan anda online, anda dapat berkomunikasi dengannya secara langsung, jika tidak,

mesej anda akan disimpan ke dalam server.

- E-mail

Kedua-dua perisian ini mempunyai e-mail bina dalaman, dimana Yahoo Messenger

menggunakan Yahoo Mail, manakala ICQ menggunakan ICQ mail.

- Pertukaran maklumat

Kedua-dua perisian ini membolehkan pengguna meninggalkan dan menerima mesej,

serta bertukar-tukar (send and receive) fail di antara satu sama lain.

9
Kekurangan dan Kelebihan Perisian
Sepunya

Kekurangan ICQ:

- Memerlukan RAM yang banyak

- Mengambil ruang storan yang agak besar

- Tidak mempunyai kebolehan untuk melakukan tele sidang (videoconferencing)

- Tidak dapat digunakan bersama-sama (interoperable) AOL Instant Messenger.

- Agak susah digunakan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Instant

Messenger.

- Terdapat banyak iklan (banner).

Kelebihan ICQ:

- Fungsi ‘fail-sharing’ yang stabil.

- Senarai rakan dapat di akses daripada laman web.

- Mempunyai kebolehan untuk sms ke telefon bimbit

Kekurangan Yahoo Messenger:

- Antaramuka yang kurang menarik.

- Komunikasi suara untuk tele sidang hanyak boleh dilakukan secara ‘half-duplex’.

Kelebihan Yahoo Messenger:

- Mempunyai fungsi tele sidang terbina dalaman (built-in)

- Menggunakan nickname sebagai identiti berbanding ICQ iaitu menggunakan

nombor.

10

Anda mungkin juga menyukai