Anda di halaman 1dari 7

DISEDIAKAN OLEH : NOR ARZILA BINTI ABDULLAH RBT KUMPULAN 2 PPG AMBILAN JUN 2011

1. Perdagangan elektronik sebagai medium mampu mengurangkan bebanan sesuatu kerja. Huraikan peranan perdagangan elektronik yang banyak membantu dalam perniagaan

Perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang ditakrifkan sebagai aktiviti perdagangan melalui rangkaian elektronik dengan menggunakan peranti

komputer untuk memudahkan semua operasi komputer. Edagang melibatkan lebih daripada satu syarikat, dan boleh diaplikasikan hampir di setiap jenis hubungan

perniagaan. adalah

E-dagang membenarkan pengeluar untuk menjual produk-produk dan Antara peranan E-dagang dalam perniagaan

perkhidmatan secara dalam talian.

Pemasaran yang luas Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan. Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat

walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online. Cepat dan mudah Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan. Mengurangkan kos Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

Keuntungan yang optimum Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya. Modal yang rendah Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah. Waktu bekerja yang flaksibel Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa. Bekerja dimana-mana Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan. Perniagaan Automatik Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan. Menceburi lebih dari satu perniagaan Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

2.

Keusahawanan (entrepreneurship) dikaitkan dengan kejayaan perniagaan baru. Huraikan ciri-ciri keusahawanan yang boleh digunakan oleh pendidik untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Ciri

usahawan ini juga perlu jika kita seorang pendidik dimana kita perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang perguruan kerana ingin mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berilmu disamping membentuk mereka menjadi seorang insan yang seimbang dari segi JERIS. Kita juga perlulah meminati bidang perguruan dengan sepenuh hati dan bukannya kerana mengikut-ikut sahaja. Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sikap ini juga perlu diterapkan dalam jiwa pendidik dimana kita perlulah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya walaupun pelbagai rintangan yang kita hadapi. Seorang pendidik hendaklah sentiasa bersabar dan berani dalam membuat keputusan dalam mendidik murid di zaman yang lebih mencabar. Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari. Jika seorang guru kreatif dan inovatif kita akan sentiasa menggunakan

kaedah penyampaian yang berbeza mengikut kreativiti guru dan menggunakan sumber yang ada. Jika guru kreatif pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan murid akan berminat dan lebih memahami. Ini akan melahirkan murid kreatif dan inovatif juga. Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Begitu juga seorang guru haruslah membuat perancangan sebelum memulakan PdP pada setiap hari. Selain itu guru akan merancang segala rancangan tahunan, mingguan dan harian bagi memastikan segala yang akan dilaksanakan lebih teratur. Kesimpulannya banyak ciri-ciri seorang usahawan yang boleh digunakan oleh seorang pendidik untuk berjaya dalam menerajui progam-program di sekolah. Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif.

Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan.

3. Pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Terangkan peranan guru dalam pembelajaran masteri untuk menjayakan

pengajaran dan pembelajaran keusahawanan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

Penentuan Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Selain itu, merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar. Ia juga dapat membantu guru untuk membina ujian formatif dan sumatif. Hasil pembelajaran dinyatakan berdasarkan Sukatan Pelajaran dalam, bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Dinyatakan secara eksplisit, jelas dan terperinci. Selain itu, di dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

Pengajaran dan Pembelajaran Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti mengambil kira perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar.Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah penerangan, penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota, syarahan dan demonstrasi. Pendekatan berpusatkan

murid pula boleh menggunakan kaedah bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif dan amali.

Penilaian Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian murid, mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai, mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran, menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan, menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan pembelajaran, selepas sesuatu unit pembelajaran atau selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

Tindakan Susulan Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran

seterusnya. Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

Aktiviti Pemulihan Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan

pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan

mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh,

membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti Pengukuhan Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web.

Aktiviti Pengembangan Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian.

Kesimpulannya, Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.