Anda di halaman 1dari 228

Latar Belakang Masyarakat Melayu di Malaysia

Bila disebut perkataan Melayu, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam.

Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya The Real Malay yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.

Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg. Wikipedia".

Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu berlari atau mengembara. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.

Mengikut catatan seorang rahib Buddha bernama ITsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.

Istilah Melayu atau Mo-lo-yu juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan Mo-lo-yo yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Menurut Darus Ahmad dalam bukunya Pancharan Melayu, perkataan Melayu diambil daripada nama sejenis pohon yang harum baunya, iaitu pohon gaharu Menurut sarjana lain, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Melaju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.

Kesimpulan
Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Perayaan Masyarakat Melayu di Malaysia

Menyambut Puasa

Takrif puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum dengan sengaja.
Menurut hukum syarak, puasa bermaksud menahan diri daripada segala sesuatu yang membatalkannya dari terbit fajar sidik hinggalah matahari terbenam dan disertai dengan niat puasa.

Puasa Ramadam adalah puasa wajib atau puasa fardu.


Ia adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang cukup syaratnya pada Bulan Ramadan, iaitu selama sebulan. Umat Islam yang pergi ke negara lain dalam bulan puasa, maka dia hendaklah berpuasa pada bulan itu.

Bagi mereka yang sakit atau dalam perjalanan lalu berbuka, maka wajiblah mereka berpuasa sebanyak bilangan hari-hari puasa yang tinggalkan itu. Islam ditegakkan atas lima dasar.

Dasar Islam
- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad (s.a.w) adalah utusan-Nya. - Mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam. - Berpuasa sebulan pada bulan Ramadan. - Mengeluarkan zakat. - Mengerjakan Haji di tanah suci.

Hikmah Berpuasa
Sebagai tanda terima kasih kepada Allah (s.w.t). Memberi didikan perasaan belas kasihan terhadap fakir miskin. Menjaga kesihatan. Memberi ketenangan jiwa dan memperkukuh iman seseorang.

Digalakkan memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa. Memperbanyakkan sedekah dan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Rukun Puasa
Berniat pada waktu malam bagi puasa wajib seperti puasa dalam bulam Ramadan atau puasa nazar. Tetapi, puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari sebelum masuk zuhur dan sebelum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

Menahan diri daripada makan dan minum serta perkaraperkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sidik hinggalah matahari terbenam kecuali terlupa.

Mengumpat, menyebut keaifan orang lain.


Bercakap dusta atau berbohong Perkara yang membatalkan puasa Menghabiskan masa dengan perkerjaan yang sia-sia. Menghasut atau membuka rahsia orang lain.

Melihat perempuan dengan syahwat atau berahi

Pada siang hari Semasa berpuasa Pada waktu malam

Umat Islam mencari rezeki untuk menyara keluarga masingmasing.

Umat Islam digalakkan bersembahyang terawih, sembahyang witir, berzikir, bertadarus dan memperbanyakkan doa ke hadrat Ilahi.

Adat semasa puasa


Ramai orang Islam berbuka puasa secara beramai-ramai di surau-surau atau di masjidmasjid berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Mereka mengadakan giliran bagi menyediakan makanan dan kuih-muih untuk majlis berbuka puasa.

Selepas berbuka puasa, mereka akan sembahyang maghrib dan seterusnya bersembahyang isyak.
Selepas sembahyang isyak, mereka akan bersembahyang terawih yang akan tamat kirakira pada pukul 10.00malam.

Selepas itu ada yang bertadarus (membaca ayat-ayat suci al-Quran secara beramai-ramai.

Malam Lailatulkadar
Merupakan malam yang terbaik daripada seribu malam dan dinanti-nantikan oleh umat Islam.

Pahala ibadat pada malam tersebut digandakan oleh Allah (s.w.t). Umat Islam percaya bahawa Lailatulkadar adalah nama seorang malaikat.

Lailatulkadar turun ke dunia dengan menyerupai manusia dengan memakai jubah putih atau hitam, berjanggut dan bermisai. Sesiapa yang sanggup berjaga malam kemungkinan besar dapat bertemu dengannya dan mintalah apa sahaja daripadanya nescaya diberikannya.

Sesetengah orang melakukan sembahyang sunat pada malam yang dijangkakan sebagai malam Lailatulkadar. Mereka berdoa kepada Ilahi meminta ditetapkan iman, dimurahkan rezeki yang halal, disihatkan badan, diselamatkan seluruh ahli keluarga dan sebagainya.

Menjelang hari raya


Umat Islam mula membayar fitrah. Fitrah adalah sedekah berupa beras atau wang yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam dan menyumbangnya dalam bulan puasa, iaitu sebelum menjelangnya 1 Syawal. Fitrah merupakan zakat diri yang mesti ditunaikan oleh setiap umat Islam setahun sekali.

Hasil daripada kutipan fitrah ini akan dibahagi-bahagikan sama rata kepada mereka yang memerlukannya seperti fakir miskin, anak yatim atau mereka yang baru memeluk agama Islam. Ia bertujuan agar mereka dapat menyambut dan merayakan hari yang mulia ini bersamasama umat Islam yang lain.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Nasyid Semasa Maulidur Rasul

Pearakan Semasa Maulidur Rasul

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Hari Raya Aidiladha

Dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia pada 10 hingga 13 Zulhijah.


Hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan perintah Tuhan.

Pada pagi 10 Zulhijah, umat Islam akan menunaikan sembahyang sunat Aidiladha.

Pada bulan ini juga, umat Islam yang berkemampuan pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadat Haji yang menjadi salah satu Rukun Islam yang perlu dilaksanakan. Penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kambing, unta dan seumpamanya dilakukan ketika sambutan perayaan ini. Daging tersebut akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.

Gambar-gambar semasa Sambutan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidilfitri

Disambut pada 1 Syawal oleh umat Islam di seluruh dunia. Merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan berpuasa.
Umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah sebelum 1 Syawal. Umat Islam disunatkan memakai pakaian baru dan bersih.

Pada pagi Hari Raya, umat Islam berkunjung ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar khutbah (syarahan agama).
Mereka bermaaf-maafan antara satu sama lain. Amalan ziarah-menziarahi dilakukan sama ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau kenalan. Juadah yang dering dihidangkan termasuklah ketupat, lemang, dan rendang.

Umat Islam saling bermaaf-maafan.

Makanan semasa Hari Raya Aidilfitri

Lemang
Rendang

Ketupat
Ayam Merah

Amalan menziarahi kubur di tanah perkuburan turut dilaksanakan. Biasanya kerja-kerja pembersihan kubur dilakukan sebelum Hari Raya Puasa.

Orang Islam selalunya mengamalkan konsep Rumah Terbuka iaitu menerima sesiapa sahaja yang datang beraya ke rumah mereka. Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah mereka akan diberikan duit raya. Pada hari tersebut, ucapan Selamat Hari Raya dan Salam Aidilfitri akan kedengaran apabila mereka berjumpa antara satu sama lain. Selalunya diucapkan semasa berjabat tangan.

Rumah Terbuka di rumah Puan. Fatimah


Semasa tiba di rumah Puan Fatimah.

Makanan yang telah disediakan.

Sebelum balik ke IPTHO.

Adat Kelahiran Kaum Melayu

Adat Kelahiran Kaum Melayu


Sunat memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak. Sunat Berkhitan(khatan/bersunat)

Sunat azan dan iqamat.

Sunat Aqiqah anak yang baru lahir.

Sunat tahnik selepas anak dilahirkan.

Sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang baik.

Sunat menggunting rambut anak baru dilahirkan.

Sunat memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak. Tujuan: memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak adalah untuk mengeratkan perhubungan, kemesraan dan ikatan kasih sayang sesama mereka.

Sunat azan dan iqamat

Sunat diazan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Salah satu hikmat melakukannya adalah supaya kalimat seruan tentang kebesaran Tuhan menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Sunat tahnik selepas anak dilahirkan


Taknik ialah mengunyah buah kurma (selalunya dilakukan oleh orang salih dan takwa) dan diletakkan ke lidah anak yang baru dilahirkan.

Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapat ganjaran benda manis.
Pelaziman ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan sedap/manis dan bukan kesan tidak menyelesakan.

Sunat menggunting rambut anak baru dilahirkan.

Menggunting rambut anak pada hari yang ke-7 adalah sunat.

Sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang baik.


Menamakan anak boleh dibuat pada hari pertama dilahirkan atau pada masa lain. Nama-nama yang buruk atau yang menjatuhkan maruah hendaklah dielakkan.

Sunat Aqiqah anak yang baru lahir

Aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu dan kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Korban ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan banyak faedah lain. Aqiqah meninggalkan kesan psikologi pada anak yang merasakan dirinya dihargai, diterima, disayangi oleh kaum keluarga, sanak saudara dan ahli masyarakatnya. Ahli masyarakat yang saling bertemu dan bersama-sama mengerjakan upacara ini dapat mengeratkan hubungan serta dapat membantu golongan yang susah melalui sedekah makanan.

Sunat Berkhitan (khatan/bersunat)


Bagi Mazhab Iman Shafie, berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Bagaimanapun, ada ulama yang menyatakan berkhatan, hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.

Hukum bersunat bagi perempuan pula adalah harus. Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu disunatkan oleh Tok Mudim. Sekarang amalan berkhatan dijalankan secara moden di klinik/hospital.

Upacara bersunat

Perkara-perkara yang melibatkan amalan agama termasuklah dari segi pinangmeminang, batasan pergaulan antara kaum lelaki dan perempuan, rukun-rukun nikah, mahar (Mas kahwin), wali, saksi dan penceraian (Talak).

Merisik
Dilakukan oleh pihak lelaki. Untuk memastikan gadis yang ingin dikahwini belum berpunya. Untuk mendapatkan maklumat latar belakang gadis, pengetahuan agamanya, paras rupa, tingkah laku, kemahiran rumahtangga, adab sopan dan lain-lain.

Meminang
Pihak lelaki yang mewakili oleh mereka yang dekat seperti ibu dan bapa saudara sekali lagi ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan persetujuan secara rasmi. Kedua-dua pihak berbincang tentang tarikh dan masa sesuai untuk pertunangan.

Bertunang
Rombongan lelaki yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat berkunjung ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran.

Akad Nikah
Akad nikah adalah berlandaskan agama Islam dan bukannya adat. Merupakan upacara terpenting sebelum disahkan sebagai suami isteri. Berlangsung di rumah pengantin perempuan, masjid, atau pejabat kadi.

Majlis Akad Nikah

Dijalankan oleh orang yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing seperti kadi, imam dan jurunikah. Bagaimanapun wakil pihak pengantin perempuan boleh melakukan upacara akad nikah dengan kebenaran pihak yang ditauliahkan tadi. Upacara akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan.

Adat Berinai
Pasangan ditepung tawar. Wakil kedua-dua pihak mencalitkan sedikit inai dan air tawar ke tapak tangan pengantin serta menaburkan beras kunyit dan bertih di hadapan pengantin dan hadirin.

Majlis Perkahwinan
Juga dikenali sebagai Hari Bersanding atau Hari Langsung. Pengantin adalah orang yang diraikan dan menjadi Raja Sehari. Banyak persiapan yang perlu dibuat seperti membina khemah, menyiapkan pelamin, membuat bunga telur, memasak, mendirikan bangsal penanggah dan lain-lain.

Sebelum majlis bermula, Mak Andam menyolek pengantin perempuan. Apabila tiba masanya, pengantin lelaki dan rombongannya diiringi oleh paluan kompang bergerak dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan. Beras kunyit ditabur untuk menyambut rombongan lelaki.

Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki dan selepas itu kedua-duanya duduk di tempat khas di halaman rumah. Persembahan seperti pencak silat diadakan di hadapan pengantin. Pengantin diiringi ke dalam rumah untuk upacara bersanding.

Semasa bersanding di pelamin, menepung tawar dijalankan oleh sanak-saudara dan para jemputan. Mereka yang menepung tawar diberikan bunga telur. Hadirin lain juga diberi bunga telur. Selepas bersanding, majlis makan beradab atau dipanggil majils makan berdamai diadakan.

Kematian

Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi kewajipan orang Islam untuk menguruskan mayat saudara sesama Islam. Mayat perlu dihormati daripada jasad yang hidup.

Semasa kematian
Kedua-dua tangan kiri jenazah arwah dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan ke atas tangan kiri hingga ke dada, lalu ditutup dengan sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah dengan kepalanya dihadapkan ke kiblat. Mereka yang menziarahi arwah akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya ayat Yaasin) sebagai sedekah. Jamuan tidak diadakan semasa jenazah masih berada di rumah.

Jenazah dimandikan oleh tukang mandi atau kalangan ahli keluarga dengan hormat, tertib dan cermat. Setelah dimandikan jenazah akan dikapankan. Sebelum ditutup bahagian muka, ahli keluarga dan muhrim boleh mengucup mayat buat kali terakhir tetapi dilarang menitiskan air mata pada tubuh jenazah.

Seorang wakil atau waris arwah akan bercakap bagi pihak keluarga arwah kepada hadirin. Antara perkara yang disentuh adalah mengucapkan terima kasih di atas pertolongan semua, memohon ampun dan maaf bagi pihak arwah.

Semasa pengebumian
Apabila keranda sudah dimasukkan ke dalam liang lahad, siak akan turun membuka papan tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala jenazah akan disendal dengan tanah dan diazankan di telinganya. Barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus.

Setelah Tok Imam membaca talkin, ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai boleh menyiram air di atas kubur arwah dari bahagian kepala hingga ke kaki dan menabur bunga rampai. Batu nisan akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.

Pengebumian jenazah bermakna memasukkan jenazah yang sudah dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke dalam tanah yang sudah digali(kuburan) mengikut kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan oleh syariat islam. Hukum mengebumikan jenazah adalah fardu kifayah.

Gambar menunjukkan tempat perkuburan kaum Melayu.

Selepas kematian:
Bacaan doa selamat dan kenduri arwah untuk mendoakan arwah kesejahteraan di alam barzakh diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh dan pada hari ke-100.

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli. Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum.

Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949. Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Perayaan Kaum Cina

Perayaan Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama kalendar orang Cina. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan kedatangan tahun baru. Sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot ditukar kepada yang baru. Sehari sebelum Tahun Baru Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramairamai untuk makan bersama-sama. Jamuan berkumpul ini diadakan untuk menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga setelah tidak bertemu agak lama.

Menjelangnya waktu tengah malam kedatangan Tahun Baru Cina pula, diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kedatangan hari yang berbahagia.

Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan bergembira dengan membakar mercun.

Pada hari pertama tahun baru, setiap orang akan menggayakan pakaian baru dengan warna yang cerah terutamanya warna merah.
Mereka yang sudah berkahwin dikehendaki memberi angpau kepada saudara-mara dan sahabat handai yang belum berumah tangga.

Angpau ialah sejenis sampul merah yang diisi sejumlah wang dan membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan. Buah limau mandarin dan kuih bakul menjadi lambing perayaan Tahun Baru Cina.

Ungkapan yang paling popular diucapkan apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud salam sejahtera dan murah rezeki.
Setiap orang akan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Semasa berziarah ke rumah saudara-mara, mereka akan menghabiskan masa menghiburkan hati dengan berkumpul dan bersembang.

Kunjung mengunjung yang lebih meriah dilakukan pada hari kedua dan ketiga. Apabila berziarah ke rumah jiran ataupun sahabat, orang cina akan membawa sedikit makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada tuan rumah.
Proses saling bertukar bungkusan telah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina.

Bagi suku Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang


paling besar sepanjang perayaan Tahun Baru Cina berlangsung.

Hari kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan


tamatnya perayaan Tahun Baru Cina dan mereka melakukan pemujaan terhadap dewa langit.

Selain itu, tarian naga juga dimainkan sekiranya terdapat


permintaan. Kedua-dua bentuk tarian ini dikatakan dapat memberikan tuah dan kehidupan yang sejahtera kepada tuan rumah yang bermurah hati memberikan angpau kepada singa dan naga.

Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala tuah. Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang itu tidak boleh berkelahi, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berpergian jauh daripada rumah dan menjahit sepanjang perayaan itu berlangsung. Salah satu cara untuk menghalang nasib sial ialah dengan membakar mercun. Bunyi dan cahaya percikan mercun dipercayai dapat menghalau semangat-semangat jahat dan hantu-hantu lapar daripada mengganggu kehidupan manusia dan anggota keluarganya.

Pesta Chap Goh Mei

Pesta Chap Goh Meh juga dikenali sebagai pesta Yuan Siau. Pesta ini disambut menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada hari yang kelima belas. Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang iaitu sejak dua ribu tahun lalu dan mula disambut oleh Kerajaan Han.

Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewadewi untuk meminta perlindungan supaya kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka.
Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam. Sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu. Mercun dibakar habishabisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

Keramaian pesta ini dimeriahkan lagi dengan tarian singa dan naga. Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah-buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda-pemudi yang berhasrat untuk mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai.

Gambar menunjukkan pemuda-pemudi yang berhasrat mendapat jodoh yang baik.

Dalam upacara yang terakhir ini, orang lain juga boleh


berusaha mendapatkan sesuatu yang dia ingini. Setiap barang yang dilemparkan membawa maksud

keiniginan yang berlainan.


Contoh: Wanita yang membuang bawang ialah ingin mendapat suami yang baik, seseorang yang ingin mendapat menantu lelaki yang jujur akan membuang sayur-sayuran, melempar buah kurma akan mendapat kebahagiaan yang berpanjangan, seseorang yang ingin panjang umur harus membuang kacang tanah.

Pesta Ching Ming

Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam


bulan tiga kalender Cina. Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang Cina pergi

ke kubur-kubur untuk menziarahi nenek moyang dan


saudara-mara yang telah meninggal dunia. Pada hari tersebut, pemujaan dan upacara menjamu roh nenek moyang diadakan dengan pembakaran kayu setanggi, ilin berwarna merah, kertas sembahyang dan peyembahan bahan makanan seperti daging khinzir, ayam, buah-buahan, kuih-muih, teh dan arak.

Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur ibu bapa atau nenek moyang mereka beramairamai untuk memeriahkan suasana. Selain itu, mereka akan bekerjasama membersihkan kubur yang dipenuhi semaksamun setelah terbiar hampir setahun. Selalunya, orang Cina menziarahi kubur pada pagi hari untuk mengelakkan panahan terik matahari.

Pelbagai kertas warna menghiasi tanah kuburan.

Mereka yang mati muda dan tidak mempunyai saudara-mara akan ditempatkan di dalam tokong. Orang yang mati muda tidak boleh diletakkan papannya di rumah. Menurut tradisi, pemujaan hanya dilakukan oleh golongan muda ke atas orang yang tua. Jadi, orang yang mati muda ini akan disembah pada hari Ching Ming oleh anak-anak buahnya atau adikberadiknya. Ibu bapa hanya berperanan memberikan panduan bagaimana upacara pemujaan dan sembahyang seharusnya dilakukan.

Pesta Ching Ming merupakan perayaan penting bagi semua orang Cina. Pada hari tersebut, anggota keluarga berkumpul beramai-ramai untuk mengenang atau

mengingati nenek moyang dan keturunan mereka.

Sesetengah orang Cina mula mengadakan pemujaan di kuburan sehari sebelum pesta Ching Ming atau selepas pesta Ching Ming kerana tuntutan kerja dan mencari

nafkah serta mengelakkan kesesakan yang berlaku pada


hari bermulanya pesta Ching Ming.

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan ini lebih dikenali sebagai pesta Tanglung. Ia disambut pada hari kelima belas dalam bulan lapan kalender orang Cina.
Perayaan ini dinamakan pesta bulan kerana diadakan sewaktu bulan mengambang dan mencapai peringkat purnama.

Antara benda-benda yang dianggap istimewa dan dimestikan ialah kuih bulan. Kuih bulan berbentuk bulat, berinitkan kacang bercampur kuaci dan telur masin. Kuih bulan juga boleh didapati dalam bentuk ikan, ayam dan sebagainya. Semasa berlangsungnya perayaan kuih bulan, kanak-kanak akan merayaurayau pada waktu malam dengan membawa tanglung-tanglung yang dibuat dan digubah dengan pelbagai bentuk dan warna.

Kuih Bulan

Tanglung

Perayaan Tung Chih

Perayaan Tung Chih disambut di Negara China untuk menyambut kedatangan musim baru.
Perayaan ini menandakan berlakunya titik peralihan musim. Orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang dan persembahan kepada roh nenek moyang di rumah atau di tokong-tokong. Pada hari itu, roh nenek moyang dijamu dengan sejenis makanan yang diperbuat daripada beras dan dibentuk bulat seperti guli. Kuih itu dikenali sebagai Tung Yuan.

Tung Yuan boleh didapati dalam berbagai-bagai warna seperti merah dan kuning. Tung Yuan dimasak menggunakan air yang telah dicampurkan dengan gula putih dan gula Melaka.
Kemudian ia dituangkan ke dalam mangkukmangkuk dan dihidangkan kepada roh nenek moyang.

Pesta Tuan Wu
Ketupat Cina

Perahu Naga

Adat Kelahiran Kaum Cina

Sebelum kelahiran
Ibu yang mengandung dinasihatkan mengawal tingkah laku dan tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Mereka juga dilarang mendera, memukul atau menyembelih binatang. Mereka digalakkan bekerja seperti biasa untuk memudahkan kelahiran.

Mereka disarankan makan makanan yang berkhasiat seperti pati ayam, sup daging dan air akar-akar kayu untuk menguatkan badan, melancarkan peredaran darah dan seterusnya memudahkan kelahiran.

Selepas Kelahiran
(Bagi Ibu) Ibu-ibu yang baru melahirkan anak tidak dibenarkan makan makanan yang sejuk. Biasanya mereka perlu berpantang sekurangkurangnya 30 hari selepas bersalin. Mereka disarankan tidak mandi dengan air sejuk kerana takut dimasuki angin.

Mereka digalakkan mengelap badan dengan air panas, memakai pakaian yang tebal dan berstokin. Biasanya, mereka akan makan makanan berkhasiat seperti pati ayam dan makanan yang panas seperti halia dan pati herba. Sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam biasanya digunakan dalam masakan.

(Bagi anak) Perut bayi yang baru lahir dililit dan diikat dengan sehelai kain agar pusatnya kering dan perutnya tidak dimasuki angin.
Kenduri diadakan selepas sebulan bayi dilahirkan. Kuih khas berbentuk bulat berwarna merah atau kuning yang berintikan kacang serta telur yang diwarnakan merah juga diberikan kepada saudara-mara dan jiran-jiran.

Kuih khas dan telur merah disediakan selepas sebulan bayi dilahirkan.

Masyarakat Cina juga mencukur rambut bayi.


Diadakan sehari selepas kenduri kelahiran sebulan bayi.

Ubun-ubun kepala bayi tidak boleh ditekan kerana bahagian ini sangat lembut. Memberi nama yang baik penting bagi orang Cina.

Merisik
Untuk mengetahui latar belakang keluarga perempuan (Orang Cina mementingkan nama, maruah dan keturunan yang baik). Biasanya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan rakan-rakan yang mengenali keluarga pihak perempuan. Jika kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain, perbincangan akan diadakan. Keluarga lelaki akan mengunjungi rumah pihak perempuan.

Meminang
Ibu bapa akan menghantar wakil untuk meminang. Wakil pihak lelaki adalah emak saudara atau saudara mara perempuan tua yang rapat. Ibu perempuan memainkan peranan penting dalam perbincangan dengan wakil pihak lelaki. Perbincangan adalah tentang mas kahwin, peruntukan meja untuk jamuan makan dan pemilihan tarikh perkahwinan.

Wakil pihak lelaki diminta untuk datang bagi kali kedua untuk mendapatkan keputusan yang muktamad. Mas kahwin yang diminta oleh pihak perempuan akan dipersetujui oleh pihak lelaki walaupun tinggi demi menjaga maruah keluarga mereka. Pihak lelaki perlu mengetahui tarikh lahir calon perempuan untuk menentukan hari perkahwinan yang sesuai.

Pertunangan
Pertunangan adalah tanda pasangan itu telah dimiliki. Kenduri atau jamuan makan secara sederhana diadakan dalam kalangan saudara mara terdekat. Pasangan pengantin bertukar-tukar cincin.

Majlis Perkahwinan
Baju pengantin sebaiknya berwarna putih, merah dan kuning. Baju berwarna hitam, biru atau kelabu dilarang kerana melambangkan kematian dan kesedihan.

Di Rumah Pengantin Perempuan


Hari yang sesuai dipilih berpandukan kiraan kalendar Cina. Sehari sebelum perkahwinan, pihak pengantin perempuan mengadakan jamuan makan untuk meraikan saudara-maranya. Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan ke rumah pengantin perempuan. Angpau akan diberi kepada anak buah pengantin perempuan yang membuka pintu kereta.

Upacara pemujaan nenek moyang dijalankan di bawah pimpinan orang tengah iaitu Sam Poh yang menunjukkan cara-cara yang betul. Pengantin akan mempersembahkan teh kepada ibu dan bapa pengantin perempuan. Ibu bapa pengantin perempuan akan memberi Angpau kepada pengantin. Upacara menjamu teh diteruskan untuk abang, kakak, dan saudara tua terdekat.

Upacara Menjamu Teh

Di Rumah Pengantin Lelaki


Jamuan makan diadakan. Rumah pengantin lelaki dihias dengan warna merah. Pasangan pengantin menyembah teh kepada ibu dan bapa pengantin. Upacara menjamu teh diteruskan untuk abang, kakak, dan saudara tua terdekat mengikut kedudukan dalam keluarga.

Jamuan Makan

Adat Kematian Kaum Cina

Semasa kematian:
Upacara sembahyang mayat adalah bergantung kepada kepercayaan agama si mati. Khidmat sami Buddha, bomoh Tao atau pawing lain akan digunakan bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

Mayat dimandikan dan dikenakan pakaian yang lengkap dan cantik. Bagi mayat wanita, aksesori juga dipakaikan. Keranda diletakkan di dalam rumah jika dia meninggal di dalam rumah.

Ahli keluarga tidak dibenarkan memakai barang kemas atau pakaian berwarna merah kerana warna merah melambangkan kegembiraan. Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat menangis dengan kuat atau meratapi pemergiannya sebagai tanda kesetiaan dan penghormatan jika si mati ialah orang tua. Adalah dilarang mengungkit keburukan orang yang mati supaya rohnya tenteram dan tidak diseksa.

Kain rentang berwarna putih diletakkan di pintu rumah untuk menandakan berlaku kematian.

Pakaian ahli keluarga pada hari kematian hendaklah berwarna hitam, berupa jubbah dan memakai topi. Di luar baju hitam dikenakan baju jejaring yang diperbuat daripada sabut atau jut. Colok dan kertas sembahyang dibakar secara berterusan.

Tempoh masa menyimpan mayat adalah bergantung kepada hari yang sesuai untuk mengebumikan mayat. Sesetengah upacara kematian diiringi oleh doa dengan paluan gendang serta tiupan trompet dan seruling yang kuat. Kertas yang disalut logam dibuang di sepanjang jalan semasa membawa keranda supaya roh boleh berpandukan kertas-kertas itu untuk pulang ke rumah.

Upacara kematian diiringi oleh doa dengan paluan gendang serta tiupan trompet dan seruling yang kuat.

Semasa pengebumian:
Mayat biasanya dikebumikan di tanah perkuburan atau dibakar di rumah mayat. Ada yang membawa bersama kereta, patung, televisyen yang diperbuat daripada kertas untuk melambangkan kekayaan keluarga si mati.

Lokasi kubur kebanyakannya di atas bukit. Kubur yang terletak di atas bukit dikatakan lebih baik daripada yang terletak di kaki bukit.
Kubur yang berukiran cantik, bentuk menarik yang cantik dan saiz besar adalah lambing kekayaan dan kemewahan ketika si mati hidup. Ini membawa erti orang yang mati layak mendapat dan menikmati kemewahan juga selepas mati.

Gambar-gambar menunjukkan jenis-jenis kubur yang sedia ada bagi kaum Cina.

Selepas kematian:
Biasanya ahli keluarga berkabung untuk suatu tempoh masa bergantung kepada status si mati dalam keluarga itu. Misalnya, jika anak yang meninggal, ibu bapa tidak digalakkan bersedih tetapi jika nenek atau datuk yang meninggal, generasi muda perlu berkabung untuk menghormati mereka.

Semasa berkabung, mereka tidak dibenarkan berpakaian merah. Upacara pemujaan dan sembahyang akan diadakan di papan nenek moyang di dalam rumah. Gambar si mati akan diletakkan di situ.

Latar Belakang Masyarakat India di Malaysia

Pada zaman penjajahan British, sistem tanaman ladang seperti tebu, kopi dan getah diperkenalkan di Tanah Melayu.
Pengusahaan pertanian ladang ini memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Oleh itu, pihak British terpaksa mencari tenaga buruh di tanah-tanah jajahan mereka yang lain. Tanah jajahan India menjadi pilihan utama kerana buruh-buruh India mudah diperolehi lagi murah.

Lebih kurang 85 peratus orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah berketurunan Tamil dan beragama Hindu. Selainnya adalah orang-orang Telugu, Malayalam dan orang India Utara.
Kini masyarakat India di Malaysia boleh dikatakan kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka. Amalan agama dan sambutan perayaan turut mendapat perhatian ramai. Beberapa perayaan orang India kini lebih bersifat sosial di mana orang-orang bukan penganut agama Hindu juga turut menyertai sambutan tersebut.

Perayaan Kaum India

Hari Deepavali ialah perayaan orang India yang paling popular dan disambut pada bulan ketujuh mengikut kalendar Tamil. Kerajaan Malaysia mengiktirafkan perayaan ini dengan mengumumkan cuti am pada hari tersebut. Perayaan ini bukan sahaja dirayakan oleh orang Tamil yang beragama Hindu, tetapi turut dirayakan oleh orang Malayalam, Telugu, punjabi, Bengali, Sindhi dan lain-lain.

Deepavali bermaksud sebaris pelita. Penganut Hindu percaya bahawa dengan memasang pelita, kecerahan dapat menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula dikukuhkan di hati. Ini akan membawa ketenangan serta keterangan, iaitu cahaya pada manusia. Sebenarnya, perayaan ini menandakan sambutan hari kejayaan, iaitu kuasa baik mengatasi kuasa jahat.

Rumah dibersihkan dan dihias dengan kolam, lampu-lampu moden dan pelita tradisional. Kolam Rangoli ialah lukisan yang dibuat daripada tepung beras yang berwarna. Penganut Hindu akan mandi minyak pada pagi Deepavali yang melambangkan penyucian diri. Mereka mengunjungi kuil untuk bersembahyang.

Disambut pada bulan Thai, iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Disambut bagi menghormati Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam. Mereka akan membawa kavadi sebagai tanda membayar nazar. Perayaan ini menguji kepercayaan penganutnya kepada Dewa Murugan menyebabkan mereka tidak merasa sakit dan berdarah apabila badan mereka dicucuk dengan besi semasa menyambutnya.

Pembawaan kavadi pada hari

Thaipusam

Perarakan membawa kavadi merupakan kemuncak perayaan Thaipusam. Perarakan ini berakhir dengan membawa persembahan ke kuil, iaitu untuk Dewa Murugan. Susu, madu dan kelapa akan dipersembahkan kepada Dewa Murugan.

Di Malaysia, Gua Batu Caves di Selangor menjadi tumpuan penganut agama Hindu meraikan perayaan Thaipusam. Setelah membersihkan diri, penganut Hindu akan menaiki 272 anak tangga. Ramai yang tidak makan daging selama 40 hari serta mengetepikan sebarang bentuk keseronokan dan keselesaan.

Penganut Hindu melemparkan kelapa untuk menghapuskan kejahilan.

Kuil Dewa Murugan di Batu Caves

Menurut kalendar Hindu, bulan Januari hingga Februari adalah perayaan Thai Ponggal, seperti pesta menuai.

Adat Kelahiran Kaum India

Sebelum kelahiran
Ibu yang mengandung digalakkan mendengar lagu-lagu suci, bersedekah dan menjaga pertuturan dan tingkah laku. Satu upacara diadakan di rumah ketika kandungan berusia 7 atau 9 bulan. Ibu yang mengandung dipakaikan gelang tangan baru oleh sanak saudara yang hadir.

Ada juga upacara yang dikendalikan oleh sami Hindu di rumah.


Doa dibaca untuk mendapat perlindungan daripada Tuhan.

Selepas kelahiran
Waktu kelahiran akan dicatat untuk menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bayi yang dibawa pulang perlu melalui satu upacara di luar rumah sebelum masuk ke rumah. Seperti orang Cina juga, ibu yang baru bersalin digalakkan mandi dengan air suam. Ada yang mencampurkan air mandian dengan herba. Badan bayi yang dimandikan biasanya diurut untuk menjaga kecantikan. Pada hari ke-16, upacara pemberian nama diadakan.

Merisik
Pihak lelaki mengunjungi rumah calon perempuan dengan bilang ahli yang ganjil dengan membawa buah tangan seperti kelapa, sirih, buah pinang, cendana, bauhabuahan, dan serbuk Kumkuma(berwarna merah). Jika pihak perempuan bersetuju, mereka akan menerima hantaran tersebut.

Apabila dipersetujui, pihak perempuan akan ke rumah calon lelaki untuk berbincang tentang persiapan seterusnya. Pihak perempuan akan memberi mas kahwin iaitu dowri kepada pihak lelaki. Dowri boleh terdiri daripada wang tunai, barang-barang keperluan, perabot, barangbarang perak dan sebagainya.

Pemberian Hadiah (Parisam)


Dijalankan lebih awak dari hari perkahwinan. Pihak lelaki menghantar hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini mesti disediakan oleh wanita (saudara mara lelaki) yang sudah bersuami sahaja. Ini dinamakan Cumanggal. Pengantin lelaki akan mengetuai rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk membawa Parisam.

Parisam terdiri daripada sari perkahwinan, sari Parisam untuk dipakai pada hari tersebut, barang-barang kemas, buah-buahan, sirih pinang, kelapa dan sebagainya dibawa ke rumah pengantin perempuan. Pihak perempuan akan meletakkan buyung atau Puurana Kumbum di ruang tamu. Lampu minyak atau Kuttu Vilakku akan diletakkan di sebelah buyung sebagai tanda kurniaan Tuhan.

Sebuah pondok yang diperbuat daripada daun kelapa dan dihias dengan daun mangga serta daun kelapa muda dibina di hadapan rumah pengantin perempuan. Apabila pengantin lelaki tiba, hadiah akan diletakkan di hadapan buyung di ruang tamu. Upacara sembahyang akan dijalankan.

Bapa pengantin perempuan akan mengambil sari dan memberikannya kepada pengantin perempuan. Pengantin perempuan memakai sari Parisam dipimpin oleh seorang wanita dan keluar ke ruang tamu. Pengantin perempuan dikalungkan buang oleh saudara-mara. Ini dikenali sebagai kalungan tunggal atau Orrai Maalai.

Majlis Perkahwinan
Biasanya dilangsungkan di kuil Hindu arau di dewan. Pengapit pengantin lelaki akan memimpin pengantin lelaki (Maappilai) ke pelamin dan mengelilinginya mengikut arah jam dan duduk di hadapan Manavarai. Pengantin lelaki dipakaikan cincin yang diperbuat daripada rumput (Pavitram). Tali berwarna kuning atau Kaapu diikat pada pergelangan tangan pengantin lelaki.

Pakaian pengantin yang akan dipakai oleh pengantin dibawa oleh pengapit kepada hadirin sebagai tanda meminta restu. Pengapit (biasanya adik perempuan) akan membawa pengatin perempuan (Ponnu) masuk. Pengantin perempuan akan mengambil dan memakai pakaian yang direstui oleh hadirin tadi dengan lengkap berserta kalungan bunga.

Di pintu masuk, pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin kepada kedua-dua belah jari kaki pengantin perempuan. Pengantin perempuan perlu membasuh kakinya dengan air susu dan disapu dengan Kumkuma, cendana serta ditabur dengan bunga. Pengantin lelaki duduk di hadapan Manavarai dan diikuti oleh pengantin perempuan.

Pengantin perempuan perlu membasuh kakinya dengan air susu

Ibu bapa kedua-dua pasangan duduk berhadapan pengantin dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Pengantin menukar dulang berisi pinang dan buah-buahan. Ibu bapa pengantin lelaki menyerahkan sebiji kelapa yang telah dikupas dan dilubangkan pada bahagian atas.

Ini disambut oleh pengantin perempuan dengan sokongan tangan pengantin lelaki dan seterusnya ibu bapa pengantin lelaki menyokong tangan anak mereka. Sebagai tanda penyerahan anak kepada pengantin lelaki, ibu bapa pengantin perempuan menuangkan susu ke dalam kelapa itu. Ibu bapa pengantin lelaki memberi sirih kepada besan mereka.

Pasangan pengantin membersihkan kaki ibu bapa mereka dengan susu, menyapukan cendara dan menaburkan bunga. Pengantin lelaki menghadiahkan Dhoti kepada bapa mertuanya, sari kepada ibu mertuanya dan memberikan sedikit wang. Pengantin lelaki mengikat Thaali pada leher pengantin perempuan.
- Thaali merupakan lambang suci perkahwinan dan akan ditukar kepada kalung emas beberapa hari selepas perkahwinan.

Pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali. Pasangan pengantin akan masuk ke rumah dengan langkah kaki kanan dahulu dan diberi minum susu yang bercampur pisang.

Kematian

Masyarakat India membakar mayat atau mengebumikannya. Banyak adat yang diamalkan dalam menguruskan kematian.Contoh:
Apabila seseorang india meninggal dunia, mayat tersebut akan dibersihkan dengan air yang bukan dari pair air. Mayat akan dipakaikan pakaian baru selepas dimandi. Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Semasa kematian:
Semua barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu dan gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan bagi menunjukkan kesedihan. Lagu-lagu suci dimainkan supaya roh mendiang tenang dan aman.

Bagi upacara memandikan mayat, air diambil daripada pelbagai sumber seperti sungai, perigi dan lain-lain kecuali air paip.

Upacara menanggalkan Thaali (Thaali Vaangutai) dilakukan oleh isteri yang kematian suami. Thaali ialah tali/rantai suci perkahwinan.

Seterusnya dijalankan Upacara Vaaikkarisi iaitu sedikit makanan dimasukkan ke dalam mulut mendiang sebagai pemberian terakhir.
Semasa pengebumian, mengikut kepercayaan, ada upacara dilakukan iaitu keranda akan digerakkan berkali-kali sebelum dimasukkan ke dalam liang, ibarat bayi yang bergerak di dalam kandungan kerana dipercayai orang yang mati berada di dalam perut Dewi Bumi.

Tanah liat yang mengandungi api (Kollic Catti)

dibawa oleh ahli keluarga (anak atau bapa) sambil


mengiringi mayat ke tanah perkuburan atau tempat pembakaran. Selalunya anak bongsu membawa untuk ibu, manakala anak sulung membawa untuk bapa. Pembawa Kollic Catti hendaklah mencukur

rambut iaitu simbol mereka akan hidup lebih


bahagia ibarat rambut yang baru tumbuh.

Pembawa Kollic catti akan mengelilingi mayat sebanyak kali mengikut arah jam.

Upacara pengebumian kaum India dengan membakar.

Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa keluar. Sekiranya mayat dibakar, abu mayat akan dikumpulkan dari tempat pembakaran keesokan harinya.

Masyarakat India akan memilih sama ada menanam abu mayat itu atau melepaskannya ke laut.
Upacara sembahyang dilakukan dan lagu-lagu suci dimainkan sepanjang tempoh berkabung sama ada 8 atau 16 hari.

Latar Belakang Orang Kadazan

Orang Kadazan terbahagi kepada beberapa puak kecil seperti Tuaran Dusun dan Ranau Dusun. Orang Kadazan mempunyai kepercayaan, kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Mereka berpegang kuat kepada undangundang adat sebagai undang-undang yang utama dan dikendalikan oleh Mahkamah Anak Negeri.

Pesta Kaamatan merupakan pesta yang popular yang diadakan di Sabah oleh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut. Pesta ini diadakan pada setiap 1 Mei sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada semangat padi (Bambarayon) kerana mendatangkan hasil yang lumayan.

Adat Kelahiran Kaum Kadazan

Pelbagai pantang larang diamalkan oleh ibu bapa semasa bayi dalam kandungan. Semasa kelahiran, seorang bidan memainkan peranan penting. Bidan yang mahir dalam perubatan tradisional amat dihormati dan tinggi kedudukannya. Bidan bertanggungjawab terhadap ibu dan bayi yang dilahirkan selama 7 hari.

Pada bari ke-7, diadakan upacara memotong rambut (memugar) oleh bidan itu.
Keluarga sebelah ibu akan memberi 3 jenis pemberian kepada bidan seperti rantai pinggang (tembaga atau perak), kain hitam yang belum djjahit dan wang tunai. Jumlah hari berpantang berbeza mengikut keupayaan iaitu 7 hari (orang kebanyakan), 21 hari (golongan berdarjat) dan 44 hari (golongan lebih tinggi darjatnya).

Semasa berpantang, ibu dan bayi dibacakan mantera supaya tidak diganggu oleh roh-roh jahat.
Bayi akan diberi nama sementara oleh bidan yang menyambut kelahiran. Pada hari ke-8, semua keluarga, jiran dan orang kenamaan di kampung akan dijemput untuk berbincang dan menentukan nama bayi.

Setelah berumur sebulan, adat turun tanah (Mintuhun atau Minuhun) diadakan. Si Ibu akan membawa anaknya memijak tanah sambil membaca mantera, menandakan anak itu tidak terikat dengan pantang lagi.

Bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh orang Kadazan ialah perkahwinan Poligini.
- Seseorang lelaki tidak boleh mempunyai lebih daripada 2 orang isteri pada satu masa.

Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri.

Ambuyat

Hinava

Bosou / jeruk

Latar belakang kaum iban di malaysia

Orang Iban

Pada awalnya dikenali sebagai Dayak Laut.

Bentuk fizikal orang Iban agak rendah, mempunyai ketinggian anggaran 155cm, berambut lurus dan ikal, serta berkulit coklat pucat.
Berasal dari Lembah Kumpang (Kalimantan Barat, Wilayah Republik Indonesia) Masyarakat Iban adalah masyarakat egalitariat dan setiap keluarga bilik sentiasa berusaha untuk memelihara nama baik mereka.

Orang Iban tinggal di rumah panjang. Mereka diketuai oleh seorang ketua dikenali Penghulu (dipilih melalui undian setiap lima tahun sekali) Penghulu diberi gaji dan merupakan hakim yang akan mengadili kesalahan terhadap pelanggaran undang-undang adat.

Rumah Panjang

Perayaan Orang Iban

Gawai Antu
Merupakan salah satu daripada perayaan yang terbesar dan yang paling meriah di kalangan orang Iban. Diraikan bagi memperingati roh-roh mereka yang telah mati pada setiap 15 tahun sekali. Sebelum upacara Gawai Antu diadakan, dua upacara kecil diadakan, iaitu Gawai Beban Ramu Sungkup dan Ngeretok.

Kedua-dua upacara ini adalah berkenaan dengan pembinaan pondok sungkup di kubur-kubur saudara mara mereka yang telah mati.
Acara ini merupakan satu kemestian kepada masyarakat Iban khususnya di Saribas, Kalaka dan Skrang. Mereka akan bersalah sekiranya sungkup tidak dapat dibina. Kedua-dua upacara ini diadakan secara bekerjasama di antara saudara mara sama ada yang dekat atau jauh.

Hari Gawai Antu

Tarian Sumazau semasa Hari Gawai Antu

Hari Mantar
Disambut sebelum Gawai Antu diadakan. Diketuai oleh Tuai Gawai dan diikuti oleh Tuai Rumah dan beberapa orang lelaki dan wanita. Para pahlawan akan ditanya adakah mereka mendengar bunyi-bunyi yang membawa petanda-petanda buruk semasa dalam perjalanan ke pesta berkenaan.

Sekiranya ada, mereka akan dijamu tuak. Sekiranya mereka terserempak dengan ular tedung melintasi jalan, satu penyembahan akan diadakan di rumah panjang.

Sejenis arak yang dibuat daripada beras.

Pembinaan Sungkup Sempena Gawai


Pada awal pagi esoknya, orang-orang lelaki, wanita dan anak-anak muda membawa peralatan membuat sungkup, makanan dan minuman ke kubur dengan menaiki bot atau berjalan kaki bergantung kepada kedudukan kubur. Bahan-bahan membuat sungkup berkenaan terlebih dahulu disemah dengan darah ayam sebelum dicacakkan.

Adat Kelahiran Kaum Iban

Bakal ibu dan bapa masyarakat Iban juga mengamalkan pelbagai pantang larang semasa bayi dalam kandungan. Semasa bayi dilahirkan, saudara-mara akan membuat bunyi bising dengan menggunakan sesuatu supaya bayi itu menangis. Kini, cara tembakan ke udara digunakan. Seorang bidan menjaga ibu yang baru bersalin.

Ibu akan berpantang selama 30 hingga 40 hari. Datuk dan nenek bayi akan membawa bayi untuk menghadap ke langit dan menyaksikan cahaya matahari (Upacara Engkadah Hari Enggau Ngetup Garam)
Secubit garam dimasukkan ke dalam mulut bayi itu. Tali pusat juga akan dipotong.

Si datuk akan membacakan doa.


Untuk menamakan bayi (Upacara Nganga Nama Anak), ibu bapa akan menjemput semua saudara mara untuk membantu memberikan nama yang sesuai.

Selepas mendapat nama bayi, ibu bapa bayi akan menentukan satu hari yang sesuai untuk upacara memandikan anak di sungai. (Upacara Meri Anak Mandi)
Seorang lelaki tua yang dihormati akan mengetuai upacara ini.

Perkahwinan Orang Iban


Upacara membersih makhluk (Gadis-gadis yang berpakaian kebangsaan diarak di sepanjang bilik tamu dan diikuti oleh beberapa orang yang bergendang dan pencak silat) akan meninggalkan kesan yang manis pada anak-anak muda. Mungkin ada antara mereka yang bertemu jodoh dan membawa kepada perkahwinan.

Perkahwinan orang Iban

Makanan Tradisional Orang Iban

Pekasam ensabi / jeruk

Manok Pansoh

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai