Anda di halaman 1dari 35

ADAT RESAM

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

BAHASA JANTINA

ADAT RESAM
INDIA

MELAYU

CINA

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU

Pepatah Melayu mengatakanBiar mati anak, jangan mati adat, menunjukkan betapa pentingnya adat resam melayu. Dipengaruhi adat yang diwarisi dari budaya hindup tetapi disesuaikan dengan agama Islam. Adat Melayu dapat dilihat dengan jelas pada 3 aspek utama: Kelahiran Perkahwinan Kematian

Adat Resam Kelahiran

Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Semasa mengandung, masyarakat Melayu mengamalkan adat melenggang perut bertujuan menjauhi kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

ADAT RESAM

Adat (Arab: )ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera. Kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Berpantang Selepas bersalin, tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari. Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan.
Contoh: memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung

Selepas kelahiran: Cukur Rambut/Potong Jambul - Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Adat Resam Perkahwinan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti:
Merisik

Meminang Bertunang Akad Nikah Berinai Perkahwinan

Majlis Perkahwinan - Dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. - Kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. - Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan.

Adat Resam Kematian

Dalam masyarakat Melayu yang rataratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA

Kehidupan seharian masyarakat cina dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina. Antara adat resam yang akan dibincangkan adalah:

Kelahiran Perkahwinan Kematian

Adat resam kelahiran

Semasa Mengandung - Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. - Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki berbanding perempuan. - Pantang larang: a. tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. b. tidak boleh beri nama kepada bayi sebelum lahir. c. tidak boleh kerap gosok perut. d. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya jika perut tajam.

Anak dilahirkan akan diberi nama. Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama generasi di kalangan adikberadik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

Adat Perkahwinan

Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Langkah-langkah yang terdapat dalam masyarakat Cina adalah hampir sama dengan masyarakat Melayu iaitu:
Merisik Meminang Bertunang

Majlis Perkahwinan

- Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Adat resam kematian

Semasa Kematian - Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. - Lazimnya pakaian si mati adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan - Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. - Seterusnya mayat akan dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai sedikit persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Antara adat resam yang akan dibincangkan adalah:

Kelahiran Perkahwinan Kematian

Adat Kelahiran

Sewaktu mengandung. Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan Suulkaappu. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal).

Setelah itu, VWanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru. Seterusnya upacara aalatti dijalankan. Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

Perkahwinan

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.

Adat Kematian

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan.

BAHASA
BAHASA MALAYSIA BAHASA CINA BAHASA TAMIL

BAHASA MaLAysia
SEJARAH:

Bahasa Melayu telah digunakan di kepulauan Melayu sejak 1,000 tahun dahulu. Berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang Dituturkan di selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan Bahasa perantaraan ketika zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka berabad-abad sebelum Masihi.

Penggunaan di Malaysia

Bahasa rasmi di Malaysia pada 1968 Perubahan nama beberapa kali 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik Ditukarkan kepada bahasa Melayu 2007, dinamakan kembali sebagai Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.

Sebagai saluran untuk menyatakan fikiran dan perasaan Guna dalam urusan rasmi seperti suratmenyurat, notis dan dokumen Guna meluas di sekolah,maktab dan institut pengajian tinggi. Bahasa lain tidak dipinggirkan Campuran bahasa menjadi bahasa rojak Ikut peredaran zaman (SMS)

BAHASA CINA

Di bawa ke Tanah Melayu sejak kurun ke -19 kerana faktor ekonomi. Dialek bahasa Cina Kantonis Mandarin Wu Min Ziang Hakka Gan

Bahasa Mandarin, melambangkan identiti kaum Cina Dapat menyatu padukan masyarakat Cina Mewarisi dan mengembangkan budaya Cina Bangsa lain bebas untuk mempelajari Dapat elak salah faham bangsa lain Memudahkan komunikasi Tambah peluang pekerjaan

BAHASA TAMIL

Asal-usul bahasa Tamil tidaklah berapa jelas Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil Kesusasteraan dan bahasa Tamil dibahagikan kepada zaman-zaman berikut: Sangam (100 SM300 M Zaman pasca-Sangam (300600 M) Zaman Bhakthi (6001200 M) Zaman Pertengahan (12001800 M) Zaman Moden (1800kini)

mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf Berkembang di Malaysia sejak kaum India di bawa ke Tanah Melayu Menyatupadukan masyarakat India Perkembangannya tidak dihalang walaupun bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi

JANTINA

Negara mempunyai struktur umur dan jantina yang bersifat progresif Keadaan ini menyebabkan kepadatan isi rumah dan nisbah tanggungan tinggi serta timbul permintaan tinggi terhadap kemudahan sosial. Permintaan peluang-peluang pekerjaan juga meningkat dengan cepat

JANTINA VS PENDIDIKAN

Di dalam bidang pendidikan, perempuan dan lelaki mempunyai hak pendidikan yang serupa. Peringkat pendidikan rendah, perempuan lebih cenderung unuk cemerlang disebabkan faktor kematangan. Peringkat menengah dan tinggi, lelaki dan perempuan seimbang. Guru perempan pula lebih ramai berbanding lelaki disebabkan budaya Malaysia. Di zaman ini, wanita dan lelaki mempunyai persaingan yang seimbang dalam sektor pekerjaan.

Jurutera Peniaga Guru

Guru Kerani Doktor

TERIMA KASH.

Anda mungkin juga menyukai