Anda di halaman 1dari 27

Kaedah Pengayaan 1.0.

Pengenalan
Definisi program pengayaan menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzullis Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor.SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yang diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslah sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-masing. Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan

yang mendalam dan pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah. Manakala pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus pelajaran mereka. Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatan alternatif bagi model pendidikan luar biasa. Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan menggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar. Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilai-nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak merasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian 2.0. Konsep dan Aktiviti Pengayaan

Kaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas. Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi kanak-kanak, ruang untuk

mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang paling maksimum. Aktiviti pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama ada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai Kaedah pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat dengan menawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui kurikulum yang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. Sebagai contoh pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur lapan tahun. Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk umur yang lebih tinggi tetapi kanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih kompleks yang memerlukan kemahiran kanakkanak tersebut. Selain itu, aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yang tidak disediakan dalam bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya.Kaedah ini mengambil kira bahawa kanakkanak yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanakkanak. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

Tujuan

bagi

kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan

kanak-kanak

menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti. 3.0. Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan pada keseluruhannya boleh dikelolakan berdasarkan perkaraperkara berikut: a. Objektif Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada mereka daripada kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Bagaimanapun, oleh kerana setiap murid atau setiap kumpulan mempunyai peringkat kebolehan serta taraf pencapaian yang berlainan, maka objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan haruslah berlainan. Objektif-objektif kumpulan hendaklah dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif kelas. Aktiviti-aktiviti pengayaan yang diuruskan bagi ketiga-tiga kumpulan hendaklah berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang sama. Selain itu, peringkat kesukaran untuk objektif kumpulan hendaklah berbeza dan bersesuaian dengan kebolehan dan taraf pencapaian kumpulan masing-masing. b. Bidang Oleh kerana murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat mempunyai peringkat kebolehan dan taraf pencapaian yang berlainan, maka isi dan bentuk aktiviti pengayaan haruslah berlainan. Secara umumnya, murid-murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks dan mencabar, manakala murid-murid dalam kumpulan lambat diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah tetapi menarik.

c. Masa Selepas murid-murid telah menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran. Biasanya murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana boleh menguasai satu atau beberapa kemahiran dalam jangka masa lebih awal daripada masa yang diberikan. Dalam hubungan ini, murid-murid dalam kedua-dua kumpulan tersebut akan diberikan aktiviti pengayaan. Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat yang biasanya belum menguasai kemahiran itu diberikan aktiviti pemulihan. Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit

pembelajaran. Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada kumpulan murid yang telah menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran, manakala aktiviti pemulihan pula diberikan serentak bagi kumpulan murid yang masih belum mencapai taraf pencapaian yang diharapkan. Terdahalu dari itu, guru harus menjalankan aktiviti penilaian untuk menentukan taraf pencapaian murid secara menyeluruh. Melalui aktiviti penilaian ini, guru akan boleh mengasingkan kumpulan-kumpulan murid yang perlu diberikan aktiviti pengayaan atau pemulihan. d. Aktiviti Pengurusan aktiviti harusalah dijalankan secara tidak formal. Tugas guru hanya merancangkan aktiviti pengayaan dan memberi arahan yang jelas sahaja. Segala aktiviti pengayaan haruslah dijalankan oleh murid secara bersendirian atau secara kumpulan. Semasa murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, guru juga boleh memberi sedikit tunjuk ajar kepada murid-murid dalam kumpulan lambat sekiranya dianggap perlu. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-murid mengenai hasil aktiviti mereka serta memberi penghargaannya sebagai galakan. e. Bahan Bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan terdiri daripada kadkad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat bantu mengajar.

Oleh kerana aktiviti pengayaan merupakan aktiviti bercorak belajar sendiri atau kumpulan, bahan-bahan ini haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru. Selain itu, isi dan corak aktiviti haruslah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid-murid daripada kumpulan masing-masing. Kemahiran-kemahiran yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pengayaan ini haruslah berkait rapat dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. Sebelum aktiviti pengayaan dimulakan, guru harus memberi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid-murid boleh menjalankannya tanoa banyak keraguan. Bahan-bahan aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada murid-murid oleh ketua kumpulan masing-masing. Semasa murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, guru bolehlan beredar dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk memberi sedikit tunjuk ajar jika perlu. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, bahan-bahan aktiviti pengayaan harus dikutip balik dan disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. f. Ruang/Tempat Penyusunan meja dan kerusi adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan. Sesebuah kelas boleh dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Biasanya, bilangan murid dalam setiap kumpulan adalah berbeza. Secara am, bilangan murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan murid dalam kumpulan sederhana biasanya mengandungi kira-kira separuh, atau sedikit lebih daripada separuh bilangan murid daripada seluruh kelas.

4.0.

Strategi Pelaksanaan Aktivti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: i. Aktiviti pengayaan melalui kumpulan mengikut kebolehan

ii.

Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan.

iii.

Aktiviti pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Penutup Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka

PENDIDIKAN PEMULIHAN

1.0.

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, pendidikan pemulihan perlu dilaksanakan dengan mengutamakan Prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Oleh itu, melalui pendidikan pemulihan, keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi

Langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk program pemulihan merupakan membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

2.0.

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN

Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seprti biasa, sembuh, atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan daalm pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan

sesuatu yang tidak betul. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan. Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran pada tahap yang sepatutnya dicapai. Sampson (1975) pula mentafsirkan pendidikan pemulihan merupakan tindakantindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingakn daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

3.0.

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN

1- Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boelh emnjadi punca masaalh yang utaam kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. 2- Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langakh untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah : a) Kenaikan darjah secara automatic seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan. b) Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas babkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.

c) Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan. d) Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG. e) Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.

4.0.

MATLAMAT PENDIDIKAN PEMULIHAN

Antara matlamat utama program pemulihan ialah : 1- membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk

menguasai kemahiran tertentu 2- membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran 3- memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

5.0.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid : 1- menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid 2- mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental individu 3- mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa) 4- mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju 5- memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat 6- mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah

7- meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing

6.0.

KUMPULAN SASARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pendidikan pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecaactan akal atau terencat akal : 1) Masalah pembelajaran akibat : a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru b) sering tidak ahdir ke sekolah c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran d) leka dan lambat 2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran : a) masalah peribadi b) masalah psikologi c) kurang kecerdasan iaitu almbat berfikir, bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan

7.0.

PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan. Antaranya ialah :

Menentukan objektif pendidikan pemulihan Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan, pengdengaran dan pertuturan.

Menyusun strategi pendidikan pemulihan 1) Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang dibuat dengan ibu bapa 2) Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis 3) Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran 4) Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya 5) Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan 6) Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya

Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan deria Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya : Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif Pendekatan Elektif Kaedah Komunikatif Pendekatan Main Sambil Belajar Matlumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera

Teknik Bercerita Teknik Latih Tubi Teknik Bersoal Jawab

8.0. CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN A Pemerhatian

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masingmasing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.

Pentafsiran rekod prestasi

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas. C Rekod profil

Rekod profil ialah rekod yang member maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.

Ujian kertas dan pensel

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.

Temu bual dengan guru darjah

Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamtmaklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh pembelajaran murid.

Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

9..0 PERANAN DAN TUGAS GURU PEMULIHAN Menurut Koh Boh Boon (1981), guru mestilah mempunayi kemahiran dan ini bergantung kepada : 1- Kebolehan dan kecekapan guru dalam menjalankan pendidikan pemulihan 2- Kemahuan guru untuk mempelajari and mencuba aktiviti-aktiviti pemulihan

3- Bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan guru besar dalam mencuba sesetengah aktiviti pemuliahan yang dipelajari Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling bertarikh 17 Mac 1986, Jilid v/ (29) telah menyenaraikan beberapa peranan dan tugas guru pemulihan. Antaranya : 1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan 2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal : Mengenal pasti murid-murid lemah Merancang dan menyediakan aktiviti Mengatur jadual waktu pengajaran Mengajar bersama-sama guru asas

3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, doctor atau pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat tentang kelakuan, tabiat, kesihatan murid dan lain-lain 4) Membuat penilaian dan merekodkannya. Isi rekod mengandungi perkara seperti kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan dan hasil-hasil temubual dan rujukan 5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah 6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah dan daerah 7) Tugas-tugas lain

10.0.Pemulihan Dalam Kelas Biasa Guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Aktiviti pemulihan ini diadakan sebagai satu usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Murid-murid ini memerlukan pemulihan agar dapat didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul.

Pendidikan dalam kelas biasa ini dapat membantu murid-murid yang lemah dan mereka akan merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Memahami masalah murid-murid pemulihan ini, guru akan merasa empati terhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza ini, atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta dapat menghayati emosi dan keperluan orang lain.

11.0.Proses Pengajaran Pemulihan Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkatperingkat yang disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung antara satu sama lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah JARLIN ini ialah akronim bagi JA ialah jejak, R ialah rancang, LI ialah laksana dan N ialah nilai. a. Jejak Ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Guru dikehendaki mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut.

b. Rancang Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. c. Laksana Menggunakan teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan pengajaran hendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. Selepas sesuatu pengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat

d. Nilai Guru haruslah menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

12.0.Pelaksanaan Pengajaran Pemulihan Di Dalam Kelas Biasa Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti tambahan yang lebih kompleks, menarik dan mencabar bertujuan untuk kemahiran yang telah dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid bagi menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa. Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan, di dalam sebuah kelas. Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan pada waktu-waktu tertentu iaitu 20-30 minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna muridmurid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat latihan mereka. Ada masa-masanya dalam pengajaran pemulihan, boleh dijalankan dengan cepat apabila satu-satu masalah itu telah dikenalpasti. Guru boleh menggunakan pengelolaan secara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan muridmurid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.

13.0.Langkah-Langkah Aktiviti Pemulihan dalam Kelas Biasa a. Program pemulihan ini dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja selepas pembelajaran berlangsung. b. Murid-murid ini diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan. c. Masa khas tidak ditentukan. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain membuat aktiviti normal mereka. d. Guru mewujudkan pengajaran berkumpulan.

e. Murid-murid

yang

berkebolehan

digalakkan

menolong

rakannya

yang

bermasalah dengan membimbing rakan mereka membuat aktiviti pengukuhan. f. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila dia memerlukannya.

14.0.Kelebihan Pemulihan dalam Kelas Terdapat empat kelebihan pemulihan dalam kelas. Kelebihan pertama ialah menjimatkan masa. Hal ini kerana, penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. Kelebihan kedua ialah dari segi naluri kanak-kanak. Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara pengajaran yang berkesan. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan murid akan meningkat. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang pengetahuan mereka. Seterusnya ialah dari segi semangat kerjasama. Melalui aktiviti, murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat dan idea. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan. Kelebihan yang terakhir ialah dari segi kesempatan bertanding. Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain. Apabila seorang murid mendapat pujian daripada guru mereka, maka murid yang lain akan berusaha untuk mendapatkannya. Ini akan membawa kepada perkembangan kemahiran murid-murid

15.0.Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas Dalam pendidikan pemulihan khas, kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik darjah yang disediakan khas pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian, dalam

menentukan kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri keperluan berikut perlu diambil kira. a. Tujuan Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaikbaiknya untuk mencapai objektif pengajaran. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

b. Cara Untuk Mengadakan Kelas Pemulihan Terdapat tiga cara Sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya tiga atau empat orang sahaja. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi hendaklah tidak melebihi 15 orang. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, muridmurid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi enam orang.

c. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: Masa mengajar ialah 90 minit Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit dan ini dimasukkan ke dalam Jaduak Waktu. Masa luang atau free period adalah sama seperti guru-guru lain.

16.0.Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa Guru ada asas latihan keguruan Dijalankan semasa proses p&p kelas biasa Pemulihan Khas ada asas perguruan dan kursus khas Dijalankan pada waktu tertentu

Perlu pada setiap mata pelajaran yang Hanya melibatkan mata-mata pelajaran diajar Bahasa Melayu dan Matematik

Murid kekal di dalam kelas semasa sesi Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan Ujian bulanan atau penggal Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik Tidak memerlukan rekod yang terperinci pemulihan Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran Perlu ujian saringan dan diagnostik Penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya mengusai kemahiran Pemulihan dilakukan secara khusus

Kekal dalam kelas Pemulihan dilakukan secara umum

Murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai Keutamaan murid tahap1 yang dicalonkan kemahiran Pemulihan berdasarkan oleh guru kelas kelemahan Perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah Bilangan murid maksimum 15 orang ditentukan sendiri oleh guru

tertentu yang dikesan oleh guru Bilangan murid tidak dihadkan

Jadual berdasarkan mata pelajaran yang Jadual diajar Terlibat dengan setiap panitia

pemulihan mata Perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

pelajaran yang diajar

. 17.0.Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan: Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan a. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya

b. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas. c. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah

REFLEKSI

Setelah menerima tugasan Kerja Kursus saya pun mula menghalusi

tersebut agar

pemahaman yang jitu terhadap kehendak KKB dapat saya kuasai. Melalui dapatan maklumat yang saya perolehi dalam tugasan ini, saya dapati terdapat tiga tugasan penting yang harus kami selesaikan iaitu mengumpul, membaca serta menghasilkan nota dan grafik tentang tajuk kemahiran membuat refleksi, konsep pemulihan dan pengayaan serta kriteria pemilihan dan penghasilan bahan bantu mengajar (BBM). Selain itu, tugas seterusnya ialah melakukan penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan RPH dan membuat pemilihan tiga aspek kekuatan dan kelemahan berserta refleksi pemilihannya. Tugas yang ketiga tertumpu pada perancangan strategi yang mantap dalam menangani kelemahan RPH dan sesi pengajaran dan pengajaran yang saya jalankan. Tugas keempat dan kelima agak mudah kerana tugas dilaksanakan secara berpasangan. Justeru itu, beban penyiapannya pun berkurangan. Untuk tugasan keempat dan kelima iaitu pengenalpastian kelemahan berbahasa di kalangan murid serta penghasilan aktiviti pemulihan berorientasikan perisian multimedia, saya berpasangan dengan Pn. Rosnah bt. Md Noh

Jika diperincikan, tugasan KKB kali ini agak mencabar. Justeru itu langkah yang sistematik harus diambil agar misi penyiapannya berjalan lancar. Metode yang saya gunakan dalam melancarkan penyiapan tugasan kerja kursus ini ialah merangka pelan tindakan yang teratur dan menyediakan senarai semak aktiviti agar segala perjalanan penyiapannya berjalan lancar dan tidak melencong daripada kehendak kerja kursus. Aktiviti pengumpulan tertumpu kepada pencarian dapatan data yang relevan bersangkutan dengan kemahiran membuat refleksi, program pengayaan, program pemulihan dan kriteria penghasilan BBM. Setelah segala maklumat saya peroleh, tindakan susulan yang saya lakukan ialah melakukan pemurnian terhadap segala maklumat tersebut agar dapat dijelmakan dalam bentuk nota dan grafik yang mudah difahami. Setelah pemurnian secara manual saya jalankan, proses memasukkan segala nota mahupun grafik yang dihasilkan dalam perisian pemprosesan perkataan dilakukan.

Semasa melakukan tindakan ini, saya sering melakukan kolaborasi dengan rakan-rakan pelatih agar hasil yang saya manifestasikan mantap dan jitu.

Proses

merujuk

beberapa

RPH

semasa

bermotifkan

pengenalpastian

dan

penyenaraian sebanyak mungkin kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam RPH agar pemilihan tiga aspek kekuatan dan kelemahan yang ketara dapat dilakukan. Pemilihan yang dibuat hendaklah bersandarkan kepada hujah serta cetusan minda daripada pelbagai tokoh yang relevan dalam ilmu pedagogi khasnya yang bersangkutan dengan pedagogi bahasa.

Melalui pemikiran reflektif secara terperinci dengan pengaplikasian KBKK melalui penggunaan borang membuat keputusan, saya telah memilih aspek penulisan objektif yang spesifik , penyebatian nilai dan kelancaran komunikasi sebagai kekuatan yang saya miliki. Manakala aspek penyebatian tugasan kerja kursus pemilihan aktiviti

beraras tinggi, serta kecelaruan penggabungjalinan kemahiran sebagai kelemahan ketara yang saya miliki. Pemilihan ini bukan sahaja bersandarkan kepada cernaan minda tokoh semata-mata bahkan saya juga mengambil kira sejauh mana kekerapan kekuatan dan kelemahan ini saya ulangi. Hal ini saya telah bicarakan dengan terperinci dalam refleksi pemilihan yang saya hasilkan.

Aktiviti susulan daripada penyenaraian kelemahan yang saya kenal pasti ialah merangka strategi yang berkesan dalam mengatasi kelemahan yang terdapat dalam RPH yang telah saya hasilkan.

Saya berpendapat, aktiviti ini amat berguna kepada saya kerana aktiviti itu secara tidak langsung dapat menyedarkan saya bahawa untuk menghasilkan suatu RPH yang mantap serta pelaksanaan sesi P&P yang berkesan, kita sebagai guru seharusnya bijak menggabungjalinkan segala kemahiran yang kita miliki. Murid-murid di sesebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan. Mereka mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berlainan. Bahkan, kehidupan sosial , budaya ikutan serta kehidupan seharian juga turut berbeza. Akibat penglahiran perbezaan tersebut, tidak hairanlah dalam sesebuah sekolah wujud pelbagai masalah pembelajaran yang sering menghantui para guru dan tidak terkecuali dalam

pembelajaran

dan

penguasaan

berbahasa

di

kalangan

murid.

Menerusi penyelidikan yang saya lakukan bersama-sama dengan Puan Rosnah Md Noh , jelas menunjukkan wujudnya kelemahan berbahasa di kalangan murid melalui penyenaraian 19 kelemahan yang mencakupi bidang lisan, tulisan dan bacaan. Namun kelemahan berbahasa paling ketara adalah tertumpu pada masalah dalam aspek tulisan. Setelah pengenalpastian aspek tulisan sebagai masalah berbahasa yang paling ketara , saya dan Puan Rosnah Md Noh telah merangka satu aktiviti pemulihan yang berorientasikan perisian multimedia sebagai media perantaraan penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada misi mengatasi masalah kelemahan menulis (tulisan) di kalangan murid.

Pengaplikasian perisian multimedia sebagai media pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat memudahkan tugas guru dalam usaha memulihkan kelemahan menulis di kalangan murid bahkan langkah ini merupakan satu pendedahan awal kepada guru mahupun murid dalam menempuhi alaf baru yang serba berteknologi tinggi. Di samping itu pengenalan Komputer sebagai sumber BBM dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Ini seterusnya dapat membantu memotivasikan dan mengekalkan minat murid untuk mengikuti keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam merealisasikan objektif pemulihan yang ingin dicapai. Secara rumusannya, dengan adanya perancangan yang teliti dan disulami dengan ketekunan dan kesabaran serta dihiasi dengan kecemerlangan pelaksanaan sudah pasti hasil tugasan yang kita lahirkan mantap dan mampu menjadi cermin ke arah penghasilan guru yang berketerampilan. Kolaborasi yang pelbagai sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan tugasankerja kursus yang terbaik. Aspek ini bukan sahaja dapat meleraikan sebarang permasalahan yang timbul tetapi juga mampu mewujudkan hubungan interaksi yang positif dengan pihak-pihak yang tertentu. Di samping itu dengan adanya kolaborasi yang aktif, kita akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan yang tersembunyi dalam diri kita. Hal ini berkaitan dengan penilaian kendiri yang terbaik datangnya

daripada penilaian orang lain. Justeru itu, saya telah menjalankan beberapa kolaborasi terutamanya dengan rakan sepelatih dan juga pensyarah terlibat Encik Ramli b. Abu. Melalui kolaborasi saya dengan pensyarah, pelbagai input berguna telah saya peroleh. Input tersebut seterusnya saya aplikasikan untuk menghasilkan hasil tugasan yang memberangsangkan serta menepati kehendak JPT. Misalannya, pada mulanya saya menghadapi masalah dalam menghasilkan refleksi pemilihan tiga aspek kekuatan dan kelemahan. Hal ini demikian kerana saya tidak mengandungi garis panduan yang khas dalam memandu saya menghasilkan refleksi tersebut. Namun setelah berkolaborasi ini akhirnya permasalahan ini dapat saya pecahkan. Menurut beliau, untuk menghasilkan refleksi pemilihan yang berkesan dan mantap, kita seharusnya bersandarkan kepada nukilan minda tokoh-tokoh bahasa dan bukannya terlalu bergantung pada cetusan pemikiran kita semata-mata.

Ringkasnya aktiviti kolaborasi amat penting agar kualiti tugasan yang kita manifestasikan mantap dan berkesan. Selain itu, ia juga dapat membina satu nilai kendiri yang positif melalui tindakan susulan yang kita lakukan bagi menyelesaikan setiap permasalahan dan kelemahan diri. Pemerolehan ilmu pengetahuan daripada aktiviti pemprosesan maklumat mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Antara kebaikan yang saya peroleh ialah input berkenaan konsep pemulihan, pengayaan, kemahiran membuat refleksi serta kriteria pemilihan dan penghasilan bahan dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berketerampilan dan mampu menjadi mangkin perubahan kepada anak didik kelak. Misalannya, melalui pemahaman saya terhadap konsep serta rasional pemulihan dan pengayaan, saya dapati kewujudannya disebabkan timbulnya rasa keprihatinan guru-guru dalam mengatasi jurang pemikiran di kalangan murid disebabkan adanya perbezaan dari segi kebolehan, minat dan bakat. Jurang pemikiran inilah yang menghasilkan murid cerdas, sederhana dan lembam. Justeru itulah, untuk menjadi seorang guru yang berkaliber, kita harus mempunyai ilmu yang secukupnya dalam bidang ini (pemulihan dan pengayaan) supaya kita dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang memberikan impak yang memuaskan dan berpanjangan. Kekurangan ilmu terhadap bidang tersebut akan mendorong kepada penglahiran murid yang serba kekurangan.

. Melalui renungan ini, sedikit sebanyak membantu menyedarkan saya agar sentiasa prihatin dengan kelemahan diri dan seharusnya sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui pelbagai strategi-strategi yang bernas dan memberangsangkan. Di samping itu, kekuatan yang ada sepatutnya dikekalkan dan dimantapkan. Di samping itu, menerusi tugasan ini, pelbagai kesedaran timbul dalam diri saya antaranya, untuk menjadi seorang guru yang baik dan berkesan, kita seharusnya sentiasa prihatin dengan tahap pemikiran yang dipunyai oleh murid kita. Dengan cara ini segala aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan mampu memberi pulangan ilmu yang menggalakkan buat mereka. Hal ini demikian, sekiranya, kita merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tahap kognitif murid sudah pasti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan sia-sia ataupun seperti sekadar "mencurahkan air di daun keladi". Bahkan ada kalanya pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kurang mantap akan memburukkan lagi tahap kognitif dan mentaliti murid tersebut. Di samping itu melalui aktiviti penghasilan BBM yang bersandarkan penggunaan perisian multimedia telah mendorong kami untuk menyedari bahawa sebagai seorang guru yang berketerampilan kita seharusnya peka dengan ledakan dunia sains dan teknologi. Kedaifan kita dalam mengikuti arus kemodenan akan menyebabkan kita akan menjadi seorang guru yang tidak berkualiti pada alaf baru ini. Justeru itu sebagai seorang guru bermutu tinggi, segala ilmu terkini seharusnya menjadi "makan minum seharian yang harus diambil setiap hari. Jika tidak kita akan mati kebuluran." Akhir sekali tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran dan rasa iltizam yang menggunung tinggi. Melalui kesabaran, hasil tugasan yang ingin kita siapkan akan mencapai objektif penyiapannya. Sekiranya perasaan sabar tersebut menjelma menjadi sifat malas dan kurang sabar sudah pasti mengganggu dalam menyiapkan hasil tugasan. Di samping itu dengan adanya kesabaran dan iltizam yang tinggi, sudah pasti senario murid yang lemah dalam penguasaan pembelajaran tidak akan wujud. Hal ini demikian kerana kita sentiasa sabar dan rajin berusaha bagi mencari penawar untuk mengubati masalah murid yang lemah dan lembam.

Kesimpulannya, tugasan kali ini banyak memberikan anjakan paradigma kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dalam profesion perguruan.

RUMUSAN Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan aktiviti yang telah dirancang hendaklah diterapkan ke dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi baru kelak. Tanpa semangat dan minat yang mendalam, sesuatu kerja ataupun aktiviti yang ingin kita jalankan akan terbengkalai dan tidak bermutu tinggi dari segi nilai estetikanya. Justeru itu, penggabungjalinan kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi akan menghasilkan tugasan yang efesien dan berkualiti tinggi.

Dalam hal ini, saya telah mencuba sehabis baik untuk diri saya. Sebarang permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan Kerja kursus ini telah saya jadikan iktibar dan pengalaman agar kelak pengalaman itu akan menjadi aset penguat kepada diri saya melalui tindakan susulan yang bersesuaian

Akhir sekali, sesungguhnya segala kekurangan dan kepincangan yang terdapat dalam hasil tugasan ini adalah datangnya daripada kelemahan dan kedaifan diri saya sendiri dan segala kebaikan dan kesempurnaan hasil ini datangnya dari keagungan Allah S.W.T. jua Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai