Anda di halaman 1dari 7

A) Definisi Kelupaan Secara amnya, Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang

telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

B) Jenis-jenis Lupaan Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu seperti yang berikut ; i. Lupaan keusangan. Lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula. ii. Lupaan kegagalan. Individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja. iii. Lupaan penggantian. Berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan.

iv.

Lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku daripada pembelajaran baru atau pembelajaran lama. Dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif - gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. Gangguan proaktif - pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru.

v.

Lupaan terdesak. Berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri.

vi.

Lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai mental block

vii.

Lupaaan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting.

viii.

Lupaan kegagalan untuk menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.

C) Faktor-faktor yang menyebabkan Lupaan Lupaan melupakan unsur yang bertentangan dengan ingatan. Mengikut teori awal yang diamjukan oleh Thorndike dan ahli psikologi Gestalt, lupaan diertikan sebagai pelemahan surihan ingatan secara beransur-ansur. Koffka (1935), menerangkan proses penghapusan surihan tersebut disebabkan oleh kekurangan kejeleketan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, punca yang menyebabkan seseorang boleh lupa dikategorikan seperti berikut ; i. Gangguan

Bahan yang telah dipelajari haruslah diberi peluang untuk menetap dalam ingatan sebelum kita cuba menokok sesuatu yang lain padanya. Sekiranya seseorang pelajar cuba belajar atau mengkaji dua perkara, satu demi satu dengan menggunakan jarak masa yang terlallu rapat, dia akan mendapati kedua-duannya bercampur aduk dan mengelirukan. Menurut teori gangguan, individu lupa tentang sesuatu kerana perkara yang telah dipelajari itu diganggu oleh pembelajaran yang sebelumnya. Gangguan akan menjadi lebih teruk jika aspek yang dipelajari itu terdiri daripada dua perkara yang hampir serupa. Keadaan yang memungkinkan berlakunya kekeliruan seperti inilah yang menyekat penyimpanan atau memusnahkan ingatan terhadap perkara yang kita pelajari. ii. Pengaburan

Pengaburan ialah satu lagi punca yang menyebabkan kita lupa. Ia boleh berlaku disebabkan oleh ingatan seseorang menjadi lemah dan samar-samar kerana urutan masa yang terlalu lama. Pengaburan terjadi kerana bahan yang dipelajari itu telah diingatkan kembali untuk satu jangka masa yang agak panjang. Kebiasaannya, semakin kita cuba mengurangkan penggunannya atau lalai mengulang kaji pelajaran, semakin cepat maklumat tersebut luput dari ingatan.

iii.

Intergrasi ke dalam struktur kognitif.

Lupaan jenis ini berlaku apabila sesuatu yang telah dipelajari itu masih belum dapat digabungkan ke dalam struktur kognitif. Jika sesuatu yang dipelajari itu telah dapat difahamkan dengan baik dan kemudian dikaitkan dengan pengetahuan yang tersusun, maka perkara itu akan tersimpan dan akan mudah diingat dan diperoleh. Sekiranya yang dipelajari itu tidak dikaitkan dengan struktur kognitif, maka ia akan cepat dilupakan. Sehubungan dengan itu, sekurang-kurangnya terdapat dua cara mengaitkan perkara yang telah dipelajari ke dalam struktur kognitif. Pertama, ia dilakukan dengan cara menggolongkan idea baru ke dalam pengetahuan kita, iaitu menyedari perbezaan dan persamaan antara pengetahuan yang baru dan pengetahuhan yang sedia ada. Jika kedua-dua cara ini dapat dilakukan, lupaan akan dapat dikurangkan. iv. Perubahan keadaan sekeliling semasa mengingat kembali

Pengalaman sangat berkait dengan keaddan sekeliling. Individu akan sentiasa mengingati segala peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Sekiranya keadaan di sekeliling bertukar wajah, individu akan sukar untuk mengingati peristiwa tersebut kerana oada waktu itu, di sekitar tidak dapat menggambarkan sejarah peristiwa itu berlaku. Perubahan keadaan menyebabkan individu tidak dapat mengingat kembali pengalaman tertentu. v. Tidak cukup masa untuk mengingat kembali

Sesuatu jawpaan yang tepat dan betul tidak dapat diutarakan jika seseorang itu tidak diberi cukup masa untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Dia akan terus lupa jika keadaan terlalu mendesak dan menekan. Biasanya, individu tidak dapat menjawap soalan sewaktu disoal namun apabila diebri masa untuk berfikir, jawapan akan dapat ditafsir. Lebih banyak masa yang diberikan, lebih banyak makluat dapat dikembalikan. Keadaan terburu-buru boleh menghalang ingatan kembali. Jika ia bersifat terus menekan individu akan terus lupa.

vi.

Peraaan takut ketika mengingat kembali

Kebolehan seseorang untuk mengingat kembali fakta yang diketahuinya mungkin terhalang disebabkan adanya perasaan takut atau bimbang ketika mengingat kembali. Misalnya seorang pelajar yang tidak biasa bercakap dikhalayak ramai, perlu menjadi wakil kepada pelajar yang lain bagi memberikan ucapan. Pelajar tersebut mungkin akan terlupa ucapannya seketika akibat rasa yang tidak tenteram, tetapi sebaik sahaja selesai hal tersebut pelajar mungkin berupaya mengingat kembali apa yang sepatutnya ingin diucapkan. Begitu juga pada situasi individu yang tidak tenteram, pasti ketika itu tidak dapat berfikir atau mengingati sesuatu secara berkesan. vii. Tekanan

Lupaan juga disebabkan oleh tekanan. Dinyatakan bahawa pengalaman yang dilupakan adalah berkaitan dengan satu emosi yang menyakitkan. Sekiranya satu pengalaman yangs edia ada telah membangkitkan perasaan bimbang dan bersalah dalam diri individu, maka individu tersebut akan menolak ingatan yang beerhubung dengan pengalaman itu. Pada masa yang sama, individu akan menolak keluar ingatan tentang benda lain yang berkaitan dengan pengalaman tersebut. Penolakan ingatan yang membangkitkan kebimbangan ini dikenali sebagai tekanan. Tekanan ini tidak berlaku dengan sengaaja, tetapi terjadi secara automatic. Setelah sesuatu ingatan itu ditekan, tidak mungkin ia dikembalikan ke dalam kesedaran individu kerana individu tidak sanggup membenarkan dirinya untuk mengingati hal tersebut.

D) Cara-cara meningkatkan ingatan Langkah harus diambil untuk meningkatan ingatan supaya setiap maklumat atau data data dalam ingatan yang disimpan tidak hilang atau tidak dilupakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa cara untuk meningkatkan ingatan seseorang i) Belajar berlebihan Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar didapati sukar. ii) Pemahaman Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat: 100816449362516941 Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1. iii) Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.

iv) Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul. v) Iklim pembelajaran yang kondusif. Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan. vi) Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar. Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.

Anda mungkin juga menyukai