Anda di halaman 1dari 11

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin

Cetakan Jun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJARPELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru

Notis Hak Kerajaan

ii

Panduan Pelajar

vi - viii

Pengenalan

ix

Agihan Tajuk

x-xi

Tajuk 1 : Konsep Asas Moral Moral,akhlak dan etika Konsep baik, benar dan patut dalam moral Aliran pemikiran Moral - Naturalis - Emotivis - Intuisionis - Rasionalis Tajuk 2 : Konsep Asas Nilai Definisi dan fungsi nilai Jenis-jenis nilai

1 - 14

15 21

Tajuk 3 : Teori-teori Etika Teori Teleologikal - Utilitarianisme - Egoisme Teori Deontologikal - Eksistentialisme - Prinsip Kewajipan Teori Kemoralan Sosial Teori Keperibadian Mulia

22-37

iii

Tajuk 4 : Insan Bermoral Dimensi moral individu - Penaakulan Moral - Emosi Moral - Tingkah laku moral Prinsip-prinsip asas kemoralan - Altruisme - Keadilan - Autonomi Profil insan bermoral - Ciri-ciri insan bermoral - Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral Tajuk 5 : Nilai-nilai Agama dan Masyarakat Nilai agama/kepercayaan - Islam - Kristianiti - Buddhisme - Hinduisme - Sikhisme - Taoisme - Confucianisme - Animisme Nilai Masyarakat Malaysia - Nilai tradisional - Perubahan nilai masyarakat Malaysia Tajuk 6 : Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Teori Perkembangan Moral Kognitif (Piaget dan Kolhberg) Teori Perkembangan Sosial (Bandura dan Durkheim) Teori Pembelajaran Humanistik (Carl Rogers)

38-49

50-65

66-76

Bibliografi

77-78

Panel Penulis Modul

79

Ikon Modul

81

iv

KATA ALU-ALUAN

Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP).

Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan

pembelajarankendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalampembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

Modul Pengajian Asas Pendidikan Moral Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilaiprofesionalisme serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada global.

Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Jun 2013

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumbersumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit
Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)

Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit


Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2)

1 Kredit
Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65

vi

tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Latihan Amali* Perbincangan Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Amali/Peperiksaan Jumlah Jam Pembelajaran 10 7 20 10 2 120 10 10 7 20 10 2 5 5 20 10 2 80 5 8 5 20 10 2 5 5 15 5 2 40 5 5 5 15 5 2

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca

vii

modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

viii

PENGENALAN

Kursus Program Pensiswazahan Guru yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan Mod Pendidikan Jarak Jauh. Modul Pembelajaran Self Mastery dalam Pendidikan Moral mempunyaI Tiga Peringkat Semua modul digubal untuk pembelajaran kendiri dengan tujuan menjadikan anda seorang pelajar yang berdikari. Anda boleh mendapat ilmu dan kemahiran dalam kesemua modul mengikut pilihan anda sendiri sama ada di rumah, perpustakaan atau di mana sahaja anda rasa selesa. Peringkat: Modul 1 mengandungi unit 1, 2 dan 3 Modul 2 mengandungi unit 4 dan 5 Dalam Modul 1, Unit 1 anda diperkenalkan kepada Konsep Asas Moral, diikuti dengan aspek Pemikiran Moral, Konsep Asas Nilai dan Insan Yang Bermoral, Nilai-nilai Agama dan Masyarakat dan Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak . Unit 2 mengandungi Sejarah dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pendekatan Pendidikan Moral, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Moral, Teknik-teknik Pengajaran Moral dan Pendekatan Kaedah Projek. Unit 3 ini memberikan pendedahan kepada Rancangan Pelajaran Pendidikan Moral, Persediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral, Pengenalan Pengajaran Mikro dan Makro dan juga input diberi berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran mikro dan makro. Modul 4, Unit 4 memberikan fokus kepada Penilaian Pendidikan Moral, Pembinaan Instrumen Pengukuran dan Penilaian serta Penilaian Kendalian Sekolah Rendah. Manakala Unit 5 mengandungi Ciri-ciri Tanggungjwab Guru Pendidikan Moral, Isu-isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah, Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai situasi di dalam dan di luar bilik darjah serta Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral.

Bagi setiap tajuk, nota ringkas disediakan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Pendidikan Moral. Dalam setiap tajuk disediakan aktiviti-aktiviti untuk membantu anda lebih memahaminya. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan. Untuk mendapat faedah yang maksima daripada modul ini, sila baca bacaan asas yang dicadangkan serta nota-nota dalam modul ini secara teliti. Anda juga digalakkan membaca bahan bacaan sampingan yang bersesuaian dengan tajuk mdul ini. Selepas pembacaan, cuba menjawab soalan aktiviti yang disediakan untuk memperkukuhkan lagi kefahaman anda. Sila catatkan soalan dan kemusykilan yang anda hadapi semasa membaca modul ini untuk mendapat penjelasan daripada pensyarah.

ix

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma) Bil. Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam

1.

Konsep Asas Moral Moral,akhlak dan etika Konsep baik, benar dan patut dalam moral Aliran pemikiran Moral - Naturalis - Emotivis - Intuisionis Rasionalis 8 8

2.

Tajuk 2 : Konsep Asas Nilai Definisi dan fungsi nilai Jenis-jenis nilai -

3.

Tajuk 3 : Teori-teori Etika Teori Teleologikal - Utilitarianisme - Egoisme Teori Deontologikal - Eksistentialisme - Prinsip Kewajipan Teori Kemoralan Sosial Teori Keperibadian Mulia

4 Tajuk 4 : Insan Bermoral Dimensi moral individu - Penaakulan Moral - Emosi Moral - Tingkah laku moral Prinsip-prinsip asas kemoralan - Altruisme x 7 3 10

Bil.

Tajuk / Topik

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jumlah Jam

- Keadilan - Autonomi Profil insan bermoral - Ciri-ciri insan bermoral - Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral

5.

Tajuk 5 : Nilai-nilai Agama dan Masyarakat Nilai agama/kepercayaan - Islam - Kristianiti - Buddhisme - Hinduisme - Sikhisme - Taoisme - Confucianisme - Animisme Nilai Masyarakat Malaysia - Nilai tradisional - Perubahan nilai masyarakat Malaysia

Tajuk 6 : Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Teori Perkembangan Moral Kognitif (Piaget dan Kolhberg) Teori Perkembangan Sosial (Bandura dan Durkheim) Teori Pembelajaran Humanistik (Carl Rogers) JUMLAH

30

15

45

*** Isi ikut pecahan berikut:

Pecahan Kredit (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0)

Interaksi Bersemuka (jam) 30 45 15 30 0

Pembelajaran Berasaskan Modul (jam) 15 15 15 15 15

Jumlah Jam

45 60 30 45 15

xi

Anda mungkin juga menyukai