Anda di halaman 1dari 9

GENRE SASTERA

Novel

Cerpen

Sajak

GENRE SASTERA

Drama

Puisi Tradisional

Prosa Klasik

Pantun Syair Gurindam Seloka Talibun Nazam Mantera Peribahasa Berangkap

Cerita Beringkai Mitos Legenda Epik Melayu Epik Hindu

PENGHAYATAN TEKS SASTERA

Persoalan TEMA Persoalan

Persoalan

Persoalan

kekeluargaan kemasyarakatan agama

Kehidupan percintaan

PLOT Susunan peristiwa

Jenis Plot

Binaan Plot

Kronologi

Permulaan

Tidak Kronologi

Perkembangan

Puncak Peleraian

Binaan Plot

LATAR Latar belakang cerita

Binaan Plot

Binaan Plot

WATAK pelaku

WATAK Pelukisan watak

Watak Utama : Watak penting yang menggerakkan cerita Watak Sampingan : Watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama Watak Bundar : Kompleks sifatnya; terlihat amat berbeza daripada sifat watak lain Watak Pipih : Watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama Watak Dinamik: Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran Watak Statik : Tiada perubahan; fikirannya tidak berkembang dari mula hingga akhir Watak Kodi : Watak konvensional, misalnya nenek kebayan; sedikit sifat tersendirinya, terlalu banyak sifat stereotaipnya

MAKSUD KARYA SASTERA

Karya adalah sesuatu idea yang bernas yang disampaikan oleh pengarang. Pemikiran juga dapat dikesani secara tersirat atau tersurat. Kebiasaannya, sesebuah karya yang baik mempunyai pemikiran yang bernas, ada falsafah, ada kias dan sindiran.

TEMA Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang. Tema ialah persoalan pokok yang didiberikan penekanan oleh pengarang sesebuah karya. Terdapat hanya ada satu tema dalam sesebuah karya sama ada sajak, puisi tradisional, cerpen atau prosa tradisional. PEMIKIRAN 1. Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan utama yang menaungi sesebuah karya drama. Dengan kata lain, pemikiran dalam drama dapatlah disama erti dengan tema dalam cerpen atau novel. 2. Dalam sesebuah karya drama,hanya terdapat satu sahaja pemikiran. Maka, oleh sebab itulah pemikiran dirumuskan sebagai tema utama yang menaungi seluruh karya drama tersebut. 3. Lazimnya, pemikiran sesebuah karya drama terdiri daripada kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan, dan keagamaan.

PERSOALAN

Persoalan ialah perkara-perkara kecil atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya. Persoalan dalam sesuatu karya biasanya lebih daripada satu.

WATAK DAN PERWATAKAN Watak ialah pelaku yang mengembangkan tema, persoalan, dan plot cerita. Perwatakan pula ialah sifat-sifat watak yang digambarkan sama ada: a) Secara langsung oleh pengarang sendiri iaitu dengan menceritakan sifat-sifat watak, keinginan, fikirannya, dan perasaannya atau b) Secara tidak langsung oleh pengarang iaitu melalui dialog, fikiran dan aksi watak itu sendiri. LATAR Latar terbahagi kepada tiga jenis, seperti yang berikut. a) Latar masa - menunjukkan masa sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku dengan merujuk zaman dan tempoh masa, misalnya pada Zaman Perang Dunia Kedua, zaman selepas merdeka, waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tempoh peristiwa itu berlaku pula mungkin seminggu, dua bulan, tiga tahun dan sebagainya. b) Latar tempat - Menunjukkan ruang atau lokasi geografi sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku, misalnya di kampong, di pekan, Kuala Lumpur dan sebagainya. c) Latar masyarakat - Menunjukkan komposisi masyarakat yang diketengahkan dalam sesebuah karya, dari segi bangsa, budaya, anutan atau kepercayaan mereka, pekerjaan, pendidikan, nilai yang diamalkan, dan sebagainya. PLOT Plot ialah susunan peristiwa dalam sesebuah karya yang bersandarkan sebab dan akibat. Plot biasanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

a) Bahagian permulaan atau eksposisi - menampilkan watak, latar, dan sebagainya bagi mencetuskan aksi-aksi watak. b) Bahagian pertengahan atau perkembangan - watak-watak saling berkonflik, menimbulkan masalah dan kerumitan. c) Bahagian puncak cerita (klimaks) - Tumpuan yang maksimum yang menimbulkan ketegangan daripada konflik yang tercetus antara watak. d) Bahagian peleraian penyelesaian bagi semua konflik.

TEKNIK PLOT Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya menjadi lebih menarik dengan menggunakan beberapa teknik seperti yang berikut. a) Imbas Kembali Peristiwa masa silam yang dikenang semula dalam ingatan seseorang atau beberapa orang watak. b) Imbas muka Ramalan peristiwa akan datang terhadap sesuatu yang akan berlaku pada diri seseorang atau beberapa orang watak. c) Monolog Pengucapan watak secara bersendirian. d) Monolog dalaman Pengucapan batin watak. e) Saspens Perasaan ingin tahu. f) Kejutan Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba atau tidak disangka.

g) Konflik Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran. h) Dialog - Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat

atau fikiran yang berkaitan dengan tema. i) Pemerian Gambaran tentang latar, masa, masyarakat, watak dan sebagainya. GAYA BAHASA
Jenis Gaya Bahasa (a) Diksi Huraiannya (b) Ayat (d) Simile (e) Metafora (g) Sinkope Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada bendabenda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, bena knya mendandan sejuta persoalan Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran Membandingkan sesuatu dengan yang lain yang lazimnya menggunakan dua perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi Bermaksud penyingkatan perkataan Contohnya: "Apa dah jadi ni?" Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(c) Personifikasi

(f) Hiperbola

(h) Rima

Jenis Gaya Bahasa (i) Asonansi

Huraiannya Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. epifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga response pengulangan kata di tengah baris. kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. Contoh bunga merujuk kepada perempuan.

(j) Aliterasi

(k) Pengulangan

(l) Perlambangan

(m) Rima

Pengulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau baris akhir puisi yang berfungsi untuk menimbulkan keindahan dan memberikan kesenangan indera kepada pembaca atau penonton. Contoh: Inderagiri pasirnya lumat, [a] Tempat berkelah putera raja, [b] Baik sedikit tetapi berjimat, [a] Daripada banyak membazir sahaja. [b]

NILAI Perbuatan positif yang dapat diteladani oleh pembaca. Terdapat 17 nilai murni yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi pengenalan KBSM, khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dan dalam sesebuah karya, iaitu a) Baik hati b) Berdikari c) Hemah tinggi d) Hormat-menghormati e) Kasih sayang f) Keadilan g) Kebebasan h) Keberanian

i) Kebersihan fizikal dan mental j) Kejujuran k) Kerajinan l) Kerjasama m) Kesederhanaan n) Kesyukuran o) Rasional p) Semangat bermasyarakat q) Patriotisme PENGAJARAN Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.

Anda mungkin juga menyukai