Anda di halaman 1dari 7

Kemahiran Merumus

Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu.

Kemahiran Merumus
Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di tengah ataupun di akhir sesi kaunseling. - Rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu membuat rumusan keseluruhan. - kaunselor boleh membuat rumusan di tengahtengah sesi kaunseling itu sekiranya klien itu sudah hendak masuk ke topik perbincangan yang baru (tidak keliru dan mencampur adukkan semua topik)

Kemahiran Merumus
Ishamuddin Hj. Ismail (1999) - Tujuan Kemahiran Merumus: a. b. Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien Mengenal pasti satu tema yang konsisten atau yang selalu timbul berhubung kait dengan mesej tersebut Supaya klien mendengar semula kata-katanya Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion) Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses kaunseling Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien

c. d. e. f.
g.

Contoh Rumusan di akhir sesi


Di dalam sesi ini, kita telah berbincang mengenai perasaan Anita terhadap ibu mertua dengan lebih terperinci. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama, pelan yang kita bincangkan tidak berjalan dengan baik, tapi Anita dapat bercakap dengan mentua tentang satu perkara tanpa menjerit. Seperti dibincangkan, kita telah kenal pasti beberapa tingkah laku Anita yang perlu diubah seperti lebih relaks dan mengubah topik bila Anita rasakan diri Anita mula nak marah. Saya juga gembira dengan idea Anita di akhir sesi ini mengenai cara bercakap dengan ibu tentang sesuatu isu. Adakah ini mencukupi untuk sesi ini?.

MEMBINCANG ALTERNATIF
Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan2 langkah yang boleh diambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif hanya dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.

Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu diambil.

MEMBINCANG ALTERNATIF
Jelas di sini bahawa dalam fasa membincangkan alternatif, memerlukan klien membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih. Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata & dipersetujui bersama. Tahap ini akan menyediakan klien untuk merangka alternatif mengikut kemampuannya sendiri yang mana ia akan merasa selesa dalam mengurus masalah yang dialami.

MENGAMBIL TINDAKAN
Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif tersebut. Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan tersebut. Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai