Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran melayan dan mendengar : Kemahiran ini membuatkan saya lebih banyak mendengar masalah murid bermula dari

awal. Murid-murid banyak menceritakan masalah mereka sekiranya pendengar melayan dan mendengar dengan teliti terhadap perkara yang mereka cuba sampaikan. Kemahiran melayan murid perlu diaplikasikan sebelum kita memulakan sesi kaunseling lagi. Kemahiran ini saya aplikasikan semasa sedang menunggu murid yang berjumpa dengan saya untuk menceritakan masalahnya. Melalui pemerhatian saya, murid tersebut sangat pasif semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan. Kemudian, untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan, saya telah memantau murid tersebut diluar waktu pengajaran sama ada semasa rehat mahupun semasa guru tidak masuk ke kelas. Saya mulakan dengan menunggunya diluar bilik guru lagi. Apabila dia terlihat saya, pertama sekali yang saya lakukan adalah melontarkan senyuman

menunjukkan kemesraan dan kesediaan saya menerimanya. Kemudian, saya mempelawa dia duduk dan mula bertanyakan tentang permasalahannya Saya : Shukri sepanjang cikgu mengajar kelas 5 Cerdik, cikgu lihat kamu kelihatan seperti tiada mood untuk belajar. Boleh kamu beritahu cikgu apa masalah kamu? Shukri : Saya tiada masalah cikgu. Saya : Kalau tiada masalah, kenapa kamu tidak mengambil bahagian semasa rakan lain melakukan tugasan? Jadi, itu jelas menunjukkan kamu mempunyai masalah. Ceritalah pada cikgu. Shukri : Cikgu, kawan-kawan saya tidak mahu berkawan dengan saya kerana mereka kata saya jahat. Saya : Kenapa mereka kata kamu jahat? Kamu pernah membuat kesalahan? Shukri : Saya pernah bergaduh dengan rakan sekelas saya sebab dia kata saya busuk dan gelakkan saya. Saya marah dia kerana sangat sakit hati. Kemudian, kami bergaduh. Tapi, selepas itu kami bermaafan semula setelah dibawa berjumpa kepada guru disiplin. Tapi semasa di dalam

kelas, dia cuba mengejek saya lagi, saya pun menangis sebab kawan yang lain turut mengejek saya. Lama kelamaan barulah mereka berhenti. Sehingga sekarang saya tidak mahu berkawan dengan mereka. Mereka jahat sebab gelakkan saya. Saya : Emm...macam itu rupanya. Jadi, mereka juga tidak mahu berkawan dengan kamu lagi? Shukri : Ada yang mahu berkawan tapi saya yang tolak.(Katanya sambil mengerutkan wajahnya seperti berasa menyesal.) Saya : Baiklah Shukri. Sekarang cikgu faham situasi kamu. Kamu sebenarnya masih lagi berasa marah terhadap kawan-kawan kamu. Sekiranya kamu teruskan sikap seperti ini, kamu akan kesunyian dan akan mengalami kebosanan. Kamu kena tahu, kalau kamu tidak mahu berkawan dengan orang lain dan selalu berseorangan, sekiranya kamu dalam kesusahan, tiada siapa yang sudi membantu kamu. Pernahkah kamu mengalami peristiwa di mana tiada seorang pun yang sudi menolong kamu semasa kamu dalam kesusahan? Shukri : Pernah. Peristiwa itu berlaku semasa saya terlupa membawa duit belanja ke sekolah. Saya lapar tetapi tiada seorang pun yang mahu memberikan wang kepada saya. Cikgu : Kalau macam itu, kamu seharusnya sedar tindakan yang kamu ambil ini adalah kurang tepat. Sekiranya kamu mudah memaafkan kesalahan orang lain, hidup kamu bahagia kerana hati kamu tidak timbul perasaan benci. Ini juga sekaligus akan membantu kamu kekal ceria sepanjang hari dan selalu melibatkan diri dengan aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru kamu. Sekiranya itu berlaku, kamu bukan sahaja ramai kawan bahkan kamu berpeluang menjadi pelajar yang pintar kerana pelajar-pelajar yang pintar mempunyai hati yang baik kerana selalu memaafkan orang lain. Kamu mahu menjadi pelajar pintar?

Shukri : Nak.(sambil menganggukkan kepalanya). Cikgu : Kalau begitu, apa yang perlu kamu lakukan sekarang? Shukri : Saya perlu berkawan semula dengan mereka dan melupakan segala kesalahan mereka kepada saya. Cikgu : Bagus. Betul itu Shukri. Selepas saya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada Shukri, dia mula mempunyai kawan-kawan di dalam kelas khasnya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih bersemangat semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkara yang paling mengejutkan, dia juga memperoleh keputusan yang baik. Dia menunjukkan peningkatan baik menyebabkan guru kelasnya sungguh kagum dengan Shukri. Semasa membuat kaunseling individu terhadap murid tersebut, saya telah mengaplikasikan SHOVELER (di bawah kemahiran mendengar dan melayan). Memandang terus ke arah murid tersebut. Merespon terhadap perkara yang diceritakan dengan anggukan kepala. Kemudian memperbetulkan kedudukan badan dengan mencondongkan badan ke hadapan bagi menunjukkan saya sedang fokus kepada masalah mereka. Selain itu, kontek mata juga perlu melihat secara terus agar kepada murid tersebut agar dia dapat merasakan yang saya memang betulbetul tengah fokus mendengar luahan hatinya. Semasa menjalankan kaunseling ini, saya tidak memberikan hukuman terus kepada murid tersebut sekalipun diperakui bahawa dia sendiri yang menolak untuk berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya. Tapi, sebaiknya kita mendengar sehingga habis dan memberikan cadangan agar dia dibimbing untuk berfikir dan menilai baik dan buruk. Lagipun, cikgu perlu tahu keseluruhan cerita agar tidak memberikan tindakan yang salah.

Semasa

Shukri

menceritakan

masalahnya

kepada

saya,

saya

juga

mengaplikasikan kemahiran interpretasi tingkahlaku non-verbal Shukri. Saya perhatikan gerak-gerinya serta raut wajahnya kerana perasaan dan emosi lebih mudah ditafsirkan dengan tindakan non-verbal. Ternyata Shukri sangat marah terhadap tindakan rakan-rakannya. Ini dibuktikan dengan tangannya yang menggenggam kain seluar menunjukkan dia sedang geram dan marah. Dorongan minima dan anggukan kepala antara kemahiran yang acap kali saya lakukan kerana mudah dan tidak menganggu fokus murid semasa sedang menceritakan masalahnya kerana percaya saya masih dengar luahan mereka. Dorongan minima yang saya ucapkan umpamanya hmm... dapat dilihat melalui dialog di atas. Kemahiran mengenalpasti masalah diaplikasikan semasa murid sedang menceritakan masalah-masalahnya. Saya cuba mengingati maklumat-maklumat yang dia sampaikan dan cuba membandingkan atau mengimaginasikan dengan maklumat-maklmat yang saya kumpul melalui pemerhatian sebelum berjumpa dengannya untuk memberikan kaunseling. Kemudian, saya juga melakukan pemerhatian terhadap rakan-rakan sekelasnya. Akhir sekali, saya memberikan saranan dan cadangan kepada Shukri agar dapat menerima dan memaafkan kawan-kawannya yang melakukan salah dan silap kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai