Anda di halaman 1dari 14

Unit Perhubungan Alumni

UNIVERSITI

PENYELIDIKAN

Majlis Makan Malam

FAMOUS ALUMNI UTM 2011


Tarikh: 25 JANUARI 2011
Masa: 8.00 MALAM Tempat: SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR HOTEL KUALA LUMPUR

Kata-Kata Aluan

Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Selamat Sejahtera

Terima kasih saya kepada pihak penganjur kerana memberi saya peluang untuk memberi sepatah dua kata di dalam buku program Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' UTM 2011 ini. Penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak penganjur iaitu Unit Perhubungan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia kerana telah menjemput saya untuk merasmikan program ini. Sebagai Alumni UTM, saya amat berbangga atas inisiatif UTM mengadakan Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' ini. Melalui usaha ini para alumni UTM berpeluang untuk bersama-sama bertukar pendapat dan pengalaman di antara satu sama lain. Diharapkan program ini dapat menjadi platform kepada alumni UTM untuk menyumbang kepada universiti khususnya dan negara amnya. Amalan inilah yang telah dipraktiskan oleh alumni universiti ternama dunia. Alumni UTM yang terdiri daripada pelbagai bidang kecenderungan mampu menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang dapat menaikkan imej dan nama universiti. Saya juga berharap jalinan hubungan kerjasama pada malam ini akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak dan semoga ianya menjadi perangsang kepada alumni UTM lain untuk menyumbang kepada universiti. Akhir kata dari saya, kecemerlangan universiti bukan sahaja dijana dari kecemerlangan mahasiswanya tetapi juga dari kecemerlangan alumninya kerana alumni akan menjadi contoh dan teladan kepada pelapis-pelapisnya. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATUK IR. DR. WEE KA SIONG Timbalan Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Kata-Kata Aluan
Yang Berbahagia Prof. Dato Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia dan salam 1 Malaysia Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Perhubungan Alumni, UTM kerana telah berjaya menganjurkan program Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' ini. Sokongan dan komitmen dari semua Alumni UTM melalui pelaksanaan program seperti ini telah memberi impak yang besar kepada Universiti. Ini membuktikan bahawa wujudnya hubungan yang mantap antara alumni dan UTM. Dengan adanya alumni-alumni ini sebagai tonggak dan role model Universiti, generasi mahasiswa kini akan lebih bergerak maju dalam membina kecemerlangan diri dan seterusnya menaikkan imej dan nama Universiti. Seharusnya penglibatan yang menyeluruh dan berterusan dari Alumni UTM dapat memberi faedah kepada kedua-dua pihak iaitu Universiti dan alumni sendiri di samping meningkatkan rasa kecintaan alumni terhadap Universiti. Akhir kata, semoga program ini dapat menyediakan platform kepada Alumni UTM untuk bersama-sama menyumbang idea dan peranan bagi memastikan hasrat Universiti tercapai. Sekian, wassalam.

PROF. DATO IR. DR. ZAINI UJANG Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

Kata-Kata Aluan
Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Universiti Teknologi Malaysia.

dan salam 1 Malaysia

Alumni UTM memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan Universiti. Ini dapat dilihat pada sumbangan tenaga pakar dan kemahiran yang ada dalam membantu Universiti ke arah Universiti bertaraf dunia. Universiti amat memerlukan sumbangan dari alumninya melalui hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak, perkongsian ilmu dan sebagainya. Ianya secara tidak langsung memberi penghargaan kepada Alumni UTM yang telah berjaya membawa nama Universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Saya berharap dengan perlaksanaan program Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' ini dapat membina rangkaian kerjasama yang baik antara alumni dan Universiti. Syabas di ucapkan kepada Unit Perhubungan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam perlaksanaan program ini. Ingin saya katakan di sini bahawa kejayaan perlaksanaan program ini juga adalah hasil usaha dan komitmen yang jitu dari Alumni UTM. Sekalung penghargaan kepada semua Alumni UTM yang telah hadir bersama-sama di dalam program ini dan semoga hubungan yang terjalin berkekalan. Sekian, terima kasih.

PROF. DATUK DR. MOHD TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Universiti Teknologi Malaysia

Kata-Kata Aluan
Yang Berusaha Dr. Othman bin Ibrahim, Pengarah Unit Perhubungan Alumni, UTM dan salam 1 Malaysia Buat pertama kalinya Unit Perhubungan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia menganjurkan program Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' UTM, dengan hasrat untuk mengumpulkan alumni-alumni yang telah berjaya dan seterusnya membina rangkaian hubungan yang baik antara Universiti dan alumni. Berpegang kepada motto Unit Perhubungan Alumni iaitu Alumni Pewaris Kepimpinan, diharapkan program seperti ini menjadi pemangkin kepada Alumni UTM untuk menyumbang kepada pembangunan Universiti umumnya dan mahasiswa khususnya. Semoga hasil yang diperolehi dari program ini dapat memberi faedah kepada Universiti dan alumni. Di kesempatan ini juga, saya ingin menarik perhatian semua Alumni UTM untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada UTM. Selain daripada itu, saya juga ingin menyeru kepada semua Alumni UTM untuk sama-sama menyumbang ke Tabung Endowmen Alumni bagi membantu Universiti menjana pendapatan. Sumbangan yang dihulurkan akan digunakan untuk tujuan geran penyelidikan, biasiswa dan anugerah kecemerlangan UTM. Semoga program ini dapat membantu Universiti meningkatkan jumlah tabungan dan sekaligus ianya dapat digunakan bagi tujuan yang murni. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Alumni UTM yang telah hadir di dalam program ini dan telah bersatu hati menyumbang idea dan kepakaran kepada Universiti. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada AJK Pelaksana Program Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' UTM. Segala komitmen dan usaha yang telah diberikan dalam memastikan kejayaan program ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

DR. OTHMAN BIN IBRAHIM Pengarah Unit Perhubungan Alumni UTM

PENGENALAN UPA
Unit Perhubungan Alumni (UPA) telah ditubuhkan pada 1 April 1996. Ia berfungsi untuk menjalinkan perhubungan berterusan dalam bentuk sosial dan profesional di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan lulusannya. Perhubungan ini juga diharap akan dapat memupuk rasa kepunyaan kepada UTM yang berterusan di kalangan para lulusan. UPA ialah penghubung rasmi antara UTM dan Alumni UTM.

VISI UPA

Menjalin, memperkembang dan memantapkan interaksi antara Alumni dan Universiti untuk membantu Universiti mencapai matlamatnya.

MISI UPA

Mewujudkan rangkaian perhubungan yang berfungsi untuk menjalinkan perhubungan di kalangan Alumni dan Universiti. Perhubungan ini akan membantu Universiti untuk mengekalkan kecemerlangannya.

MAJLIS MAKAN MALAM 'FAMOUS ALUMNI' UTM 2011 PENGENALAN


Majlis Makan Malam 'Famous Alumni' UTM 2011 ini merupakan salah satu program penting Unit Perhubungan Alumni. Buat pertama kali, program ini akan dilaksanakan bagi mengumpul seramai 100 alumni UTM yang telah berjaya di bawah satu matlamat dan usaha bagi meningkatkan peranan dan sumbangan mereka terhadap pembangunan Universiti Teknologi Malaysia.

OBJEKTIF PROGRAM
a) Sebagai platform bagi mengumpul Alumni UTM yang berjaya, di samping dapat mengerat dan mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara alumni dan Universiti Teknologi Malaysia. Membina perkongsian pintar melalui pertukaran maklumat dan sumber data bagi kepentingan pembangunan bersama. Membina rangkaian yang lebih bermakna dan meningkatkan komitmen Alumni UTM terhadap pembangunan universiti. Mengumpul dana bagi Tabung Endowmen Alumni melalui sumbangan Alumni UTM. Mengadakan majlis menandatangani MoU di antara syarikat yang dimiliki oleh Alumni UTM yang berjaya dengan Universiti Teknologi Malaysia.

b) c) d) e)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENAUNG Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang Naib Canselor UTM PENASIHAT Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin bin Hj. Ninggal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) UTM PENGERUSI Dr. Othman bin Ibrahim Pengarah, Unit Perhubungan Alumni SETIAUSAHA Pn. Ili Ruwaida bte Md Yusof BENDAHARI Pn. Fauziah Bt Yusof AHLI JAWATANKUASA Aktiviti Pn. Khurainah Binti A.Ghapar Cik Supiyati Binti Tamrin Promosi dan Penerbitan En. Saharim Bin Kamarudin Multimedia Cik Nurhashimah Binti Hassan Teknikal dan Peralatan En. Md Ibrahim Bin Mt Noor En. Mohd. Noor Firdaus Bin Zakaria DENGAN KERJASAMA : Pejabat Hal Ehwal Korporat, UTM, Skudai, Johor. Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM International Campus, KL.

ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM FAMOUS ALUMNI 2011


8:00 malam 8:20 malam : : : : : : : : : Ketibaan Tetamu Ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM Ketibaan Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Nyanyian lagu Negaraku Jamuan Persembahan Multimedia Persembahan Kesenian Ucapan Aluan oleh Yang. Berbahagia Prof. Dato' Ir.. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Dr.Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Pelancaran Aplikasi iUTMAlumni oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Dr.Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Sesi menandatangani MoU UTM dan Alumni Penyampaian Cenderahati Nyanyian lagu Keunggulan Terbilang Bersurai

: : : :

PELANCARAN iUTMAlumni Aplikasi iPhone - iUTMAlumni

iUTMAlumni Unit Perhubungan Alumni melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan aplikasi yang direkabentuk untuk pengguna iPhone. Dikenali sebagai iUTMAlumni, penggunaan aplikasi ini menawarkan 'mobiliti' kepada pengguna di samping capaian tanpa mengira masa di kalangan pengguna iPhone. Di antara kandungan aplikasi ini ialah maklumat keahlian Alumni UTM, perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Perhubungan Alumni, peta Alumni dan maklumat perhubungan Unit Perhubungan Alumni. Aplikasi ini boleh diperolehi dengan memuat turun melalui iPhone secara percuma daripada App Store di iTunes. Kelebihan aplikasi iPhone iUTMAlumni Perkhidmatan pantas - Keupayaan memenuhi keperluan pelanggan dengan kadar segera pasti memberi impak positif kepada pengguna. Mudah digunakan aplikasi yang mudah digunakan bagi mendapatkan perkhidmatan daripada pihak UPA. Tarikan kepada pelanggan baru iUTMAlumni merupakan kaedah inovatif dalam memperkenalkan perkhidmatan UPA kepada pihak luar. Membantu menjana pendapatan UPA. Meningkatkan capaian - Perkhidmatan yang ditawarkan dapat dilakukan dengan lebih mudah justeru menjanjikan perkhidmatan pelanggan pada bila bila masa walaupun di luar waktu pejabat.

Perjanjian Memorandum Persefahaman Antara UTM dan Alumni


DATUK PROF. MADYA DR. ABU BAKAR BIN MOHAMED DIAH CHIEF EXECUTIVE OFFICER RESEARCH AND DEVELOPMENT CREATIVITY, INNOVATION AND COMMERCIALIZATION, MELAKA CHIEF MINISTER DEPARTMENT DATO ROZILAH BINTI HAJI ABDULLAH DIRECTOR ORION VENTURES SDN. BHD. ? IR. ROZALI BIN AHMAD CHIEF EXECUTIVE OFFICER RNZ INTEGRATED (M) SDN. BHD. DATO IR HJ. MOHD ISA BIN SARMAN ? DIRECTOR SABA CONSULTANT SDN. BHD. ? IR. ZAWAWI BIN EMBONG DIRECTOR SARAHILL CONSULTING SDN. BHD. IR. JOHN CHEAH KAM LOONG CHIEF EXECUTIVE OFFICER CIENCO CONSULTING ENGINEERS

10

Penghargaan

UNIT PERHUBUNGAN ALUMNI, UTM


Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

YANG BERHORMAT DATUK IR. DR. WEE KA SIONG Timbalan Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah merasmikan program Majlis Makan Malam Famous Alumni UTM 2011 dan Pelancaran iUTMAlumni serta kepada pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Majlis Makan Malam Famous Alumni UTM 2011 ini.

11

Catatan

12

UNIT PERHUBUNGAN ALUMNI PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA & ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Tel: 07-5536004/36085 Faks: 07-5536007/36011 http://alumni.utm

Anda mungkin juga menyukai