Anda di halaman 1dari 5

Akronim

Kita tentu pernah menemui perkataan seperti cerpen, andartu dan pawagam dan sebagainya. Kita juga pernah menemui perkataan seperti MARA, ADD, SSB dan

sebagainya. Perkataan-perkataan ini dibina dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan menjadi perkataan baru. Perkataan baru ini mempunyai konsep dan makna sendiri. Perkataan-perkataan baru yang dihasilkan melalui proses percantuman ini dipanggil akronim. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagianbahagian daripada beberapa patah perkataan. Pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang lain. 2.1 Pembentukan Akronim Proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas. Cara pembentukkannya lebih merupakan proses penggabungan dan pembentukan kata nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas. Lazimnya, pembentukan akronim digunakan untuk kata nama khas dan proses pembentukannya agak longgar. Oleh itu , proses pembentukan perkataan dengan cara ini bukanlah satu kaedah pembentukan perkataan baharu atau istilah yang tepat. 2.2 Jenis-jenis Akronim Dalam buku Tatabahasa Dewan , dinyatakan bahawa akronim dapat dibahagikan kepada kepada empat jenis, iaitu dengan berdasarkan percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim. 2.2.1. Kata akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya :-

Akronim

Perkataan Asalnya

Nota Kata akronim dibentuk melalui percantuman

ABIM Angkatan Belia IslamMalaysia LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji PERKIM Pertubuhan Kebajikan IslamMalaysia BAKAT Badan Kebajikan AngkatanTentera

UKM Universiti KebangsaanMalaysia huruf awal IPTAA Institut Perguruan TengkuAmpuan Afzan beberapa perkataan PKNK Perbadanan Kemajuan NegeriPahang kebanyakkannya terdiri daripada nama-nama khas tertentu.

2.2.2. Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan. Contohnya

Akronim Intan Bernama Mara Proton Perhilitan

Perkataan Asalnya Institut Tadbir Awam Berita Nasional Malaysia Majlis Amanah Rakyat Perusahaan Automobil Nasional Perlindungan Liar Taman Ngara

Nota Kata akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata jumlah perkataan berdasarkan sebutan sedap tanpa urutan tertentu.

2.2.3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contoh:-

Akronim cerpen kugiran pawagam purata tadika

Perkataan Asalnya Nota cerita pendek kumpulan gitar rancak panggung wayang gambar pukul rata taman didikan kanak-kanak Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan.

2.24. Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.. Contohnya :-

Akronim angkubah asbut debunga

Perkataan Asalnya Nota angka ubah asap sabut debu bunga Kata akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata

hakis jaluran jenama

habis kikis jalan lurah jenis nama

perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain.

Beberapa akhiran pinjaman seperti -in, -at dan ah tidak begitu produktif sebagai pembentukan kata dan amat terhad bilangnannya seperti hadirin, muslimin,hadirat, muslimat, ustazah dan sultanah. Manakala akhiran pinjaman isme pula biasanya dipinjam bersama-sama dengan kata sumbernya untuk istilah tertentu seperti komunisme, nasionalisme, dan sosialisme. Daripada contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim, sebagi satu proses pemendekan dan penggabungkan untuk membentuk kata, mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pembentukannya agak longgar, iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu , proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

Pembentukan Perkataan Baharu


17 Jul 2013, 10:12 AM | Munsyi Bahasa
PERKATAAN Baharu ialah perkataan yang dicipta untuk mendukung sesuatu konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat. Lazimnya, apabila sesuatu masyarakat itu berkembang, maka banyak konsep perkara baharu yang memerlukan perkataan baharu untuk mengungkapkannya.

Pembentukan perkataan baharu terjadi melalui penggunaan popular dan melalui proses perancangan bahasa. Melalui penggunaan popular, sesuatu perkataan baharu itu dipopularkan melalui media massa seperti akhbar, radio, televisyen, dan sebagainya ataupun dalam penulisan kreatif (novel, cerpen dan sajak). Umumnya, perkataan demikian mengungkapkan perkara, kejadian, konsep, keadaan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Perkataan baharu, mula-mula diperkenalkan sebagai ciptaan sendiri secara terjemahan atau ambilan keseluruhan daripada bahasa lain, kemudian digunakan oleh masyarakat sehingga diterima guna secara popular oleh khalayak. Contohnya termasuk perkataan kalis peluru, perang saraf, kota kosmopolitan, susut nilai, dan lain-lain. Ayat contoh yang menggunakan perkataan ini: 1. Polis memakai jaket kalis peluru semasa menjalankan operasi banteras jenayah. 2. Kereta itu akan susut nilai setelah digunakan beberapa tahun. 3. Kota kosmopolitan wujud di kebanyakan negara maju dunia. Proses kedua pula melalui perancangan bahasa melibatkan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh. Ghalibnya, proses tersebut disertai dengan pembentukan jawatankuasa istilah untuk mencari dan membentuk perkataan baharu bagi mendukung konsep dan perkara baharu yang muncul oleh sebab perkembangan ilmu pengetahuan. Perkataan baharu yang dibentuk itu merupakan istilah dalam bidang ilmu dan kerjaya. Contohnya hablur, garis pusat, ketuhar, dermaga, reaktor, asbut, dan lain-lain. 4. Hablur akan mendap di dasar kelalang apabila air yang dikocak menjadi tenang.

5. Garis pusat rajah bentuk bulat berada di tengah-tengah. 6. Kakak memasukkan kek itu ke dalam ketuhar. 7. Dermaga kering di pelabuhan itu khas untuk tujuan pembaikan kapal rosak. Di Malaysia, badan yang bertugas dalam pembentukan istilah ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pihak DBP telah menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah. Apakah langkah-langkah pembentukan istilah oleh pihak DBP? DBP menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah, iaitu: 1. Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contoh: gaya, garis pusat, hasil keluaran dan daya kuasa. 2. Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. Contoh: peka, cerakin, mendapdan jisim. 3. Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contoh: dermaga(Jawa), kamir (Kelantan), labur (Negeri Sembilan), gambut (Banjar). 4. Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contoh: dening(Kelantan), riam (Johor), engkabang (Iban), nyeri (Sunda). 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. Contoh: atom, elektron, profesional dan reaktor. 6. Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Contoh: esprit de corp, ad hoc, de facto, et al. 7. Pemilihan yang terbaik antara 1 hingga 6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang digunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat pula yang perlu dipatuhi, iaitu: 1. 2. 3. 4. Ungkapan yang paling singkat Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk Ungkapan yang sedap didengar.

Umumnya, terdapat dua proses pembentukan istilah. Pertama, melalui proses pinjam terjemah, dan yang kedua ialah melalui proses pinjaman. Melalui proses pinjam terjemah, istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Tatacara 1 hingga 4 di atas merupakan pelaksanaan proses pinjam terjemah. Dalam proses ini terdapat pula lima proses pinjam terjemah. Pertama ialah terjemahan langsung. Dalam proses ini, perkataan yang dahulunya bersifat umum telah dinaikkan tarafnya sebagai istilah yang mendukung makna yang tertentu. Contoh: rintangan (daripada perkataan resistance), engkabang (daripada perkataan bahasa Inggeris ellipenut), larut (daripada perkataan solube), sukatan (daripada perkataan dise) dan kelembapan (daripada perkataan humidity). Proses kedua ialah penggabungan dua kata umum. Contoh: peluru berpandu (terjemahan daripada perkataan missile), periuk api (daripada perkataan landmine), bulan madu (daripada perkataan honeymoon), dan sudut tepat (daripada perkataan right angle). Ketiga melalui proses penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu. Contoh: antaman (daripada perkataan subsidence), umpuk (daripada perkataan allot), kemas kini (daripada

perkataan up date), dan tunggakan (daripada perkataan arrears). Keempat, peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu, sering juga perkataan yang dicipta mengalami perubahan bunyi. Contoh: salur (irrigation) lawan salir (drainage), hakis(erosion) lawan kikis (corrosion), biji (seed) lawan bijiran (cereal), dan gelap (dark) lawan legap (opaque). Yang kelima ialah penciptaan kata baharu dengan gandaan separa. Contoh: jejari (radius), kekisi(lattice), cecair (liquid), sesatah (coplanar) dan sesentuh (retr actile).
Melalui proses pinjaman, cara pembentukan kata adalah dengan cara mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan. Contoh: biologi (biology), matematik (mathematics), isogami(isogamy), nektari (nectary), dan struktur (structure).

Pengambilan tanpa perubahan ejaan pula seperti perkataanperkataan magnet (bahasa Inggeris (BI):magnet), linear (BI: linear), import (BI: import), audit (BI: audit), standard (BI: standard ) dan radio (BI: radio). Dari segi sebutan, istilah pinjaman di atas hendaklah disebut mengikut kelaziman sebutan bahasa Melayu baku. Demikian huraian tentang pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai