Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN PROJEK ELM3102 [VICTORIA MAZUIN/PISMP BM2/SEM 4]

2013

TUGASAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan salah satu elemen penting bagi seorang guru dalam melaksanaka proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, seseorang guru perlu merancang dan melaksanakan proses P&P dengan sistematik mengikut prosedur yang disebut sebagai Rancangan Pengajaran Harian (RPH) (Tuan Jah Tuan Yusof,2001, ms143). Dengan adanya rancangan pengajaran harian, susunan proses pembelajaran seseorang guru akan menjadi lebih sistematik. Ia merupakan satu set pelan tindakan bagi sesuatu subjek yang ingin diajarkan oleh guru tersebut. Ia juga akan dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan kelak.

Semasa membina rancangan pengajaran harian, seorang guru haruslah peka akan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bakal digunakan. Penentuan nilai utama serta pecahan nilai dan nilai sampingan yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian haruslah diberikan perhatian oleh guru. Oleh yang demikian, guru tersebut haruslah prihatin akan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Sekiranya guru tersebut memilih untuk mengajar kemahiran bahasa, maka strategi yang digunakan haruslah bertepatan dengan akhir pembelajaran, fokus utama serta objektif pembelajaran yang dicatat di dalam rancangan pengajaran harian tersebut. Setiap pengajaran adalah bertema. Setiap rancangan pengajaran harian yang dibina haruslah mempunyai tema dan tajuk yang sesuai yang dapat dijadikan panduan ketika membina sebuah rancangan pengajaran harian. Berikut ini merupakan contoh rancangan pelajaran harian Pendidikan Moral Tahun Enam yang telah saya sediakan bagi kursus ELM3102 ini :

16