Anda di halaman 1dari 11

Peranan

Oleh: Dr.

Ibu
Tengku

Bapa
Asmadi

Menjelang
bin Tengku

Peperiksaan
Mohamad, Ph.D

Artikel ini telah disiarkan dalam Majalah Ibubapa, November 2002.


Musim peperiksaan menjelang lagi. Disaat begini ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak. Diantara ibu dan bapa pula, ibulah yang lebih gemuruh berbanding bapa. Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Malah saya baru sahaja mampu bernafas lega apabila anak yang sulung kini selesai peperiksaan UPSRnya. Memang pengalaman mendidik anak orang dengan mendidik anak sendiri cukup berbeza. Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan terhadap seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan disaat menjelangnya peperiksaan. Salah pendekatan kita maka anak yang akan menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya. Saya teringat bagaimana tahun lepas seorang pelajar motivasi saya telah menelefon dan menangis sedangkan PMR hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Setelah ditenangkan, maka dia beritahu saya bagaimana tertekannya dia apabila ibu bapa terus mengherdik, menekan dan memarahinya kerana dia hanya memperolehi 3A sahaja dalam peperiksaan percubaannya. Dia rasa dia telah gagal sebagai seorang anak dan tidak yakin untuk berhadapan dengan PMR yang sebenar. Nasib baiklah dia sempat mengadu dan meminta bantuan. Bagaimana pula dengan ratusan ribu pelajar lain yang tidak mempunyai tempat untuk mengadu? anak-anak menjelangnya peperiksaan. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada Sebab itulah kita sebagai ibu bapa mesti tahu apa persediaan yang perlu dibuat untuk kecemerlangan

yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya.

Sememangnya perasaan

bimbang boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka. hidup cemerlang di dunia Allah ini. Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui. Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Ini akan membuatkan perasaan Rancang Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga. semula. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka

tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantara mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak yakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah mereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas,

menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.

Proses

mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan. sebenar. Dorong Anak Secara Positif Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. Misalnya: bukan "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa", bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi" atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!", bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang", bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhatihati", Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan. Kerjasama Sepenuhnya Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya. Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil untuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang

gunakanlah waktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lainlain. Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya mendengar

sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai. Kurangkan Aktiviti Luar Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya. Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak. Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka terhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka. Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan. Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan kerjasama. Dia juga akan sentiasa

mengharapkan suasana peperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat

pelepasan tugas. Anak-anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu anda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati. padanya. Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa.

Misalnya, elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah". Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi. Ganjari juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya. kalau kita tahu anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai menghargai penat lelahnya itu. Ambil Cuti Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjang perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anak sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita terima dan bersyukur. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki

peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya. Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang. mereka sendiri. Ingatlah, anak-anak bukan kita maka terimalah mereka seadanya. Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri

NAK CEMERLANG Kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa, daripada keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa berusaha secara luar biasa.Untuk mendapat kejayaan besar, saya mesti korbankan banyak perkara kecil.Pada mulanya semua perkara susah sebelum menjadi senang. 2. KENAPA PERLU CEMERLANG Keperluan manusia Naluri manusia Persaingan ilmu Keistimewaan Peluang kerjaya Balas jasa Nama baik Tuntutan agama 3. KONSEP CEMERLANG Baik CemerlangHUTA LEMAH Sederhana MAHU 4. KOTAK KEJAYAANK KEJAYAANE MUDAH SUSAHG SUSAH Akademik baik, AkademikA sahsiah baik lemah,G sahsiah baikA Akademik baik, Akademik MUDAHL sahsiah lemah lemah, sahsiahA lemahN 5. BAGAIMANA NAK BERJAYA YAKIN DIRI JELAS MATLAMAT DISIPLIN DIRI CINTA ILMU HORMAT GURU USAHA / STRATEGI TAWAKAL DOA 6. KONSEP ILMUI ImanL LatihanM MatlamatU Usaha

7. SISTEM BELAJAR(10 S) 1. Sedia 2. Suka 3. Senang 4. Sayang 5. Selesa 6. Selalu 7. Sabar 8. Soal 9. Salin 10.Sistematik 8. HALANGAN KEJAYAANMatlamat tidak jelasTidak kenal diriFikiran

negetifPengurusan diri yang lemahTiada perancangan belajar 9. TUMPUAN DIRI ..Penting. IMAN ILMU AKHLAK KEMAHIRAN WAWASAN PERANCANGAN USAHA 10. KENAPA PERLU TERUS BELAJAR .. Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk menuliskan kalimah-kalimah Allah, nescaya akan kering lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu, sekalipun ditambah lagi tinta sebagai air seluruh lautan itu pun Al Kahfi : 109 11. ILMU PENTING sebab ..Katakanlah; adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan yang tidak berilmu pengetahuan ? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal Az Zumar : 9 12. Allah mengangkat darjat orang yang percaya dan berilmu pengetahuan beberapa darjat Mujadalah : 11 Sesungguhnya orang yang takut benar kepada Allah, hanya mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan Fathir : 28 13. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad Riwayat Muslim.Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diri atas kebodohannya dan tidak wajar orang yang berilmu berdiam diri dengan ilmunya Riwayat At Tabrani 14. Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim Riwayat Ibnu MajahSiapa yang berkehendakan dunia, dia mestilahmempunyai ilmu, sesiapa yang berkehendakanakhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; Siapaberkehendakan kedua-duanya makahendaklah ia mempunyai ilmu Riwayat Muslim 15. PERANAN IBUBAPADALAM MENJAYAKAN ANAK-ANAK 16. RENUNGAN Anak-anak tidak dilahirkan terus, berjaya, bahagia, pandai, menang Anak-anak juga tidak dilahirkan terus, gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

17. Ibu bapa sebagaiModel nilai diri Mempunyai yang tinggi mengamalkan cara hidup yang sihat Ciri Ibu Bapa pemikiran positif Sebagai berkemahiran sosial Model kemas / anggun fleksibel 18. Ibu bapa sebagaiModel Menjaga kesihatan mental - fizikal mengawal emosi mempamerkan kasih sayang Ciri Ibu Bapa tumpuan masa untuk Sebagai keluarga Model optimistik masa depan 19. Ibu bapa sebagaiModel soleh / Orang yang solihin menyangi menjiwai kehidupan berkeluarga Ciri Ibu Bapa berdakwah kepada Sebagai anak-anak Model berilmu / maklumat berdoa 20. PETUA IBU BAPACEMERLANG Analisis diri dari kaca mata anak sedari perbezaan anak bercakap benar praktis amalan baik MENJADI didik anak adab / IBU BAPA kemahiran sosial CEMERLANG masa jitu mengajar anak tunjuk pelakuan baik 21. PETUA IBU BAPACEMERLANG Wujudkan suasana positif di rumah tangga guna belaian positif padam rekod negatif MENJADI latih anak berfikir IBU BAPA dedah anak pelbagai CEMERLANG pengalaman berdoa khusus 22. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN BERI ARAHAN SEKALI SAHAJA 23. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN JANGAN BERTENGKAR MENGUGUT ANAK 24. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN TUNJUKKAN ALTENATIF TINGKAHLAKU TIDAK BAIK 25. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN KONSISTENPENGHARAPAN DISIPLIN 26. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN KAWAL EMOSI

27. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN JANGAN BERI GANJARANPELAKUAN NEGATIF 28. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN BELAIAN SELEPASMEMARAHI ANAK 29. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH

KECEMERLANGANPENGHORMATAN KASIH SAYANG 30. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN DISIPLIN SECARA HIKMAH 31. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN NASIHAT SECARA DAKWAH 32. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN BINCANG MATLAMAT ANAK 33. MENDORONG / MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN BERDOA SECARA KHUSUS 34. KANAK-KANAK BELAJAR DARI APA YANGMEREKA ALAMI Jika kanakkanak hidup dalam kritikan, mereka akan belajar mengutuk. Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan, mereka akan belajar bergaduh. Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban, mereka akan sentiasa berasa bersalah. Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi, mereka akan belajar menjadi penyabar. Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan, mereka akan belajar menghargai. Jika kanak-kanak hidup dengan saksama mereka akan belajar menjadi adil Jika kanak hidup dengan kesejahteraan, mereka akan hidup menjadi setia Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran, mereka akan belajar menghargai diri. Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan mereka akan belajar kasih sayang. 35. (1) PANDUAN BerundingMENDISIPLIN dengan anak ANAK untuk REMAJA. tetapkan peraturan. 36. (2) Beri maklumat PANDUAN yang jelasMENDISIPLIN tentang ANAK peraturan REMAJA. & batasan

37. (2) Beri maklumat PANDUAN yang jelasMENDISIPLIN tentang ANAK peraturan REMAJA. & batasan 38. (3) Laksanakan PANDUAN peraturanMENDISIPLIN secara ANAK konsisten REMAJA. dan kerjasama 39. (4) PANDUAN UtamakanMENDISIPLIN yang ANAK positif REMAJA. 40. (5) Elakkan PANDUAN perasaanMENDISIPLIN marah ANAK semasa REMAJA. mendisiplin 41. (6) Beri PANDUAN sokonganMENDISIPLIN bukan ANAK kritikan REMAJA. 42. (7) Disiplin merupakan PANDUAN hadiahMENDISIPLIN ibu bapa ANAK sepanjang REMAJA. hayat anak 43. (12) PANDUAN BANTUMENDISIPLIN ANAK ANAK BENTUK REMAJA. MATLAMAT 44. (13) PANDUAN GALAKKANMENDISIPLIN ANAK ANAK RAKAMKAN REMAJA. KERJAYAAN 45. (14) PANDUAN INGATKANMENDISIPLIN ANAK ANAK SENTIASA REMAJA. BERDOA 46. NAK BERJAYA (kalau Pasti)Belajar pandaiGunakan masa kerja selesaiDengar nasihat sahsiah terpujiBanyak amal insafBangun malam tingkat imanBanyak bertanya lebih fahamAzam tinggi bersemangatBina matlamat terancangKawan baik akhlak terpelihara 47. NAK BERJAYA(kalau Pasti) Proaktif mendahului Nilai diri sedar diri Kawal diri selamat Dengar kata tak menyesal Masuk U gembira Berjaya balas jasa Berzikir lembut hati Berdoa dimakbulkan Baca Quran jiwa tenang Bertaubat diampunkan 48. RUMUSAN1. Dia tahu dan dia tahu bahawa dia tahu IKUT DIA.2. Dia tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu SEDARKAN DIA.

49. 3. Dia tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu BIMBING DIA.4. Dia tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu TINGGALKAN DIA 50. TERIMA KASIH KERANASUDI MENDENGAR