Anda di halaman 1dari 4

Analisis Pantun Dua Kerat (Nasihat) Pantun Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam.

Maksud Seseorang mempunyai yang tidak ilmu

pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada

berkata-kata.

Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah.

Orang yang berasa akan mudah perasaannya sesuatu perkara. terusik oleh

Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri.

Orang yang tidak insaf akan dirinya akan

mendapat balasan akibat perbuatannya.

Dengar cakap enggang makan buah belolok, Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Jika

kita

terlalu

mendengar cakap orang kita juga yang akan

menerima musibah.

Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.

Sekiranya selamat sentiasa

kita kita ingat

hendak perlu akan

nasihat orang.

Mahal imam, murahlah khatib, Mahal demam, murahlah sakit.

Sudah

menjadi

lumrah

hidup manusia sesuatu perkara yang besar

bermula daripada perkara yang kecil.

Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak. Tema:Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.

Persoalan: Suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya. Perasaan yang mudah tersentuh. Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Bentuk: Pantun ini terdiri daripada enam rangkap. Pantun ini merupakan pantun dua kerat yang terdiri daripada sebaris pembayang dan sebaris maksud. Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap. Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris. Rima pantun ialah aa tetapi baris akhir sekali berbeza kerana mempunyai rima akhir ab.

Gaya Bahasa Repitasi Sinkope Anafora

Contoh Tak tahu, tak kenal, diam. (R1,B2) Sakit pandan tak tahukan duri. (R3,B1) Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. (R2)

Responsi

Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. (R4)

Unsur Bunyi

Contoh

Asonansi Aliterasi

Mahal imam, murahlah khatib, (R6,B1) Mahal demam, murahlah sakit. (R6,B2)

Nilai: Rasional: Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya. Keinsafan: Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan. Merendah diri: Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

Pengajaran: Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain. Kita janganlah terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang. Kita mestilah beringat sebelum mendapat kesusahan.

Teman belajar anda. Tidak kira walau dimana jua. Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.

Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas. Hanya di tamanseribupuisi.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai