Anda di halaman 1dari 9

1.0 Pengenalan ikut format Air merupakan keperluan utama untuk semua kehidupan di dunia ini.

Menurut Sitanala Arsyad (2000), pengertian air adalah ialah senyawa gabungan antara dua atom hidrogen dan satu atom oksigen menjadi H20.3/4. Bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada berat badan manusia diliputi oleh manusia. Sungai merupakan sumber yang paling penting dalam pengambilan air namun aktiviti manusia pembuangan sampah sarap dan aktiviti pertanian telah menyebabkan pencemaran berlaku di sungai dan tasik. Pencemaran air berlaku akibat daripada aktiviti pertanian, perindustrian, pembandaran dan sebagainya dan hal ini akan menjejaskan kualiti air bersih.

Air dapat digunakan untuk pelbagai tujuan, misalnya kegunaan domestik, perindustrian, pertanian dan sebagainya. Bagi tujuan kegunaan domestik, air dapat digunakan untuk minum, mencuci, memasak dan sebagainya. Air bagi kegunaan domestik penting agar kerja dapat dijalankan dengan mudah dan cepat. Air untuk kegunaan domestik telah melalui beberapa proses agar air yang dibekalkan ke rumah atau sekolah ialah air yang bersih dan selamat untuk digunakan.

Selain itu, air digunakan dalam proses perindustrian bagi menyejukkan mesin dan sektor yang menggunakan air ialah industri minuman, industri membuat kertas dan industri tekstil. Air merupakan elemen penting dalam industri membuat minuman, manakala air digunakan untuk merendam palpa, kain buruk dan sisa-sisa kertas dalam industri membuat kertas. Tambahan pula, air dapat digunakan untuk

sektor pertanian. Misalnya, air dapat mengairi sawah padi lebih sekali dalam setahun dengan teknologi moden yang ada sekarang.

2.0 Punca-punca pencemaran air ikut format Pencemaran air boleh dikaji daripada tiga aspek iaitu punca, kesan dan langkah mengatasi pencemaran air. Pencemaran air berlaku apabila terdapat benda yang tertentu dicampurkan ke dalam persekitaran alam yang mengakibatkan berlakunya perubahan kimia dan biologi. Terdapat beberapa punca pencemaran air berlaku, iaitu pembuangan sampah sarap, pertanian dan pembangunan perindustrian.

2.1 Pembuangan sampah-sarap ikut format Buat kenyataan awak sendiri sebelum buat kutipan.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran. (Tak perlu italik)

Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai misalnya sampah domestik, sisa kilang mahupun beg-beg plastik akan menyebabkan warna air berubah menjadi

kehitam-kehitaman atau keruh. Hal ini akan menjejaskan kehidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan kerana tidak mendapat oksigen dan cahaya matahari yang cukup untuk melakukan proses fotosintesis. Manusia juga tidak mendapat bekalan air yang bersih dan terpaksa melalui pelbagai proses untuk mendapatkan sumber air yang bersih. (masukkan jenis-jenis sampah sarap dalam perenggan ini sebelum penomboran baharu dibuka)
2

2.1.1 Sampah domestik ikut format Terdapat tiga jenis sampah domestik iaitu organik, bukan organik dan sampah yang bersaiz besar. Sampah organik ialah sampah yang dibuang oleh pemilik namun boleh dikomposkan dengan melalui proses tertentu. Contoh sampah organik ialah plastik, kertas, kayu dan bekas makanan. Sampah bukan organik ialah bahan-bahan yang terurai secara biologi tetapi penghancurannya memerlukan masa yang lama. Contohnya, kaca, tin aluminium dan tin logam. Sampah yang bersaiz besar ialah barangan elektrik, perabot dan sebagainya.

2.1.2 Sampah klinikal ikut format Sampah ini terdiri daripada sisa pepejal iaitu kain kasa, cotton roll, kertas tisu tercemar dan tisu mulut. Sisa klinikal kedua dan ketiga ialah peralatan tajam seperti jarum suntikan dan pisau bedah manakala bendalir tubuh seperti air liur dan darah.

2.1.3 Sampah industri ikut format Sampah ini boleh didapati di kilang-kilang, terutamanya kilang industri yang menghasilkan kayu papan dan kayu balak. Bahan buangan pepejal industri ialah logam, kayu dan buangan minyak dari sisa penapisan.

2.1.4 Sampah komersial ikut format Sampah ini merupakan penghasil sampah yang terbanyak kerana merupakan bahan buangan daripada kedai, restoran, pasar dan sebagainya. Komposisi sampah lebih kurang sama dengan sampah domestik.

2.2 Perindustrian ikut format Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama kepada pencemaran air. Biasanya indusri yang berdekatan dengan sungai akan menyalurkan sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang berdekatan tanpa melupuskan dengan cara yang betul kerana ingin menjimatkan kos. Air sungai yang tercemar selalunya nilai Biological Oxygen Demand (BOD) tinggi yang akan menyebabkan kehidupan akuatik terjejas. Sisa-sisa toksik yang disalurkan ke dalam sungai ialah bahan kimia yang beracun dan menghakis, contohnya klorin, ammonia, arsenic dan lain-lain lagi.

2.2.1 Parameter-parameter yang menentukan kualiti air ikut format Pastikan menyatakan kata kunci / isi-isi bagi penomboran yang dibuka

.2.1.1 Kekeruhan ikut format Kekeruhan adalah satu ukuran ciri telusan cahaya pada air. Kekeruhan membatasi cahaya masuk ke dalam air kerana adanya bahan-bahan terapung seperti lumpur, tanah liat, bahan organik dan lain-lain lagi. Kekeruhan berpunca daripada kandungan pepejal yang terlarut dan bahan-bahan terampai yang terdapat dalam air. Bahan-bahan ini menyurai atau membalikkan cahaya yang disuluhkan ke arah air berkenaan dan menjadikan air tersebut kelihatan keruh. Bahan terampai yang menyebabkan kekeruhan air termasuklah bahan-bahan organik dan bukan organik dan hidupan yang terampai di dalam air iaitu plankton. Kekeruhan adalah sifat penting yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan bekalan air kerana air yang keruh boleh membahayakan kesihatan atau membawa penyakit seperti penyakit kulit, keracunan makanan, cirit-birit dan

sebagainya. Kekeruhan air dapat dilihat melalui warna air. Air yang berwarna kuning, coklat dan kehijauan menunjukkan banyak bahan yang terlarut terkandung dalam air.

2.2.1.2 Suhu ikut format Air sering digunakan sebagai medium pendingin dalam pelbagai proses industri. Suhu air yang tinggi akan mengurangkan jumlah oksigen yang terlarut dalam air, seterusnya meningkatkan kecepatan kimia reaksi kimia yang akan menganggu mengganggu kehidupan akuatik. Jika suhu air terlalu tinggi juga, ini akan menyebabkan komponen biotik air akan mati. Hidupan akuatik seperti ikan dan udang yang hidup dalam suhu yang tinggi akan mengalami kelajuan respirasi yang akan mengurangkan jumlah oksigen di dalam air dan menyebabkan hidupan akuatik ini mati.

2.2.1.3 Nilai pH ikut format Perubahan pH sangat berpengaruh terhadap proses fizikal, kimia mahupun biologi hidupan akuatik dalam air. Nilai pH bagi air yang normal ialah antara 5.00 hingga 8.00. Nilai pH digunakan untuk mengetahui keasidan dan kealkalian air berdasarkan ion hidrogen. Semakin rendah nilai pH, semakin asid air tersebut yang boleh menghakis batu atau logam. Air yang mempunyai nilai pH yang rendah juga bersifat menghakis yang boleh menyebabkan besi menjadi karat.

3.0 Kesan-kesan pencemaran air ikut format Terdapat banyak kesan yang disebabkan oleh pencemaran air. Kesan pencemaran air boleh dibahagikan kepada dua yang utama, iaitu kesan kepada manusia dan kesan kepada alam sekitar.
5

3.1Kesan kepada manusia ikut format Pembuangan sampah mahupun pengaliran sisa toksik ke dalam air boleh membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Bahan-bahan toksik yang dibuang daripada kilangkilang adalah amat beracun bagi kehidupan air. Hidupan air ini akan mati, manakala hidupan air yang tidak mati ataupun ditangkap oleh nelayan untuk dijual akan membahayakan kesihatan manusia. Manusia boleh mendapat penyakit serius apabila mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit yang serius, misalnya penyakit kulit ataupun keracunan jika menggunakan atau meminum air yang tercemar. Selain itu, sampah yang dibuang ke dalam sungai boleh menyebabkan bakteria merebak dan menjadi ancaman kepada manusia mahupun hidupan akuatik. Bahan-bahan toksid toksik yang bercampur dengan air sungai atau tasik secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan, misalnya kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman akan mengakibatkan keracunan kepada bayi kecil dan boleh membawa kepada penyakit barah pada orang dewasa.

3.2 Kesan kepada alam sekitar ikut format Pencemaran air menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Pantai-pantai yang penuh dengan sampah sarap adalah amat menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteriabakteria daripada bahan-bahan yang tercemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini. Aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keladak
6

dalam air yang akan memusnahkan kehidupan akuatik. Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran menjadi kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan dan kos akan meningkat kerana berlaku kerosakan pada harta benda.

4.0 Langkah-langkah bagi mengatasi pencemaran air ikut format Pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi pencemaran air namun usaha ini masih tidak dapat mengatasi pencemaran air yang berlaku di Malaysia. Peranan kerajaan dan masyarakat penting agar masalah ini dapat dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

4.1Peranan kerajaan ikut format Kerajaan boleh mengadakan kempen berterusan, contohnya Cintailah Sungai Kita bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya sungai pada manusia. Kempen boleh dilakukan melalui media cetak seperti surat khabar atau majalah manakala melalui media elektronik seperti television, radio atau internet. Jaringan internet harus diluaskan kerana masyarakat pada zaman sekarang lebih banyak menggunakan internet berbanding media-media lain. Cara ini penting agar masyarakat tahu dan boleh mengambil ikthiar iktibar untuk berubah kerana selalu dingatkan diingatkan melalui media massa yang memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran seseorang. Seterusnya, kerajaan boleh mengenakan denda yang lebih berat terhadap mana-mana individu yang membuang sampah atau sisa toksik ke dalam sungai atau laut. Manakala (tidak boleh di
7

awal ayat), undang-undang sedia ada perlu diperketatkan diperketat lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contohnya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1988, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Pihak kerajaan juga boleh menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. (jika menggunakan kutipan, pastikan ada ayat yang menghubungkan kutipan dengan teks anda)
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

4.2 Masyarakat ikut format Program yang sesuai dijalankan untuk masyarakat harus berdasarkan peringkat umur. Contoh program yang boleh dijalankan ialah ceramah, kem kesedaran, program membersihkan sungai dan lain-lain lagi. Program-program seperti ceramah dan kem kesedaran ini dapat membantu masyarakat sedar tentang kepentingan sungai untuk generasi masa kini dan masa akan datang. Aktiviti ini harus dilakukan secara berkala agar masyarakat sentiasa ingat dan tidak mencemarkan sungai sesuka hati. Selain itu, pihak sekolah boleh memupuk sikap mencintai sungai melalui penubuhan kelab yang berkaitan dengan alam sekitar agar pelajar dapat menyemai sikap itu dari zaman persekolahan lagi. Aktiviti-aktiviti seperti melukis poster dan membersihkan longkang sekolah merupakan satu inisiatif yang dapat mengerakkan pelajar untuk sentiasa
8

menyayangi alam sekitar. Pertandingan kelas terbersih di

antara kelas juga perlu

dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran air juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi sungai dan individu dapat memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut dan mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran.Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada alam sekitar.

5.0 Kesimpulan ikut format Terdapat banyak punca yang dapat dikenalpasti dikenal pasti yang menyebabkan pencemaran air berlaku. Punca-punca ini juga memberi impak yang negatif sama ada pada manusia mahupun kehidupan akuatik atau alam sekitar. Pelbagai langkah harus diambil agar pencemaran dapat dikurangkan dan alam sekitar kita bersih tanpa sebarang pencemaran. Sungai-sungai yang telah dibersihkan seharuskan dijaga agar tidak dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Manusia seharusnya

bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa di mana alam sekitar menjadi benar-benar kritikal dan barulah mengambil tindakan kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi.