Anda di halaman 1dari 5

- Diumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Damit @ Abd. Amit b. Shah, Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat.

Yang berusaha Tuan Guru Besar, En. Damit @ Abd. Amit b. Shah, Penolong kanan 1 Pn. Hjh Surati bt. Hj. Mohd. Aji, Penolong Kanan HEM Pn. Hjh Mariani bt. Hj. Mohd. Onon, Penolong Kanan Kokurikulum Pn. ., Penolong Kanan P. Khas Cik Salinah Sairi, guru2, PPM dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Sebelum kita meneruskan majlis utk acara yg seterusnya, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat kepada Yang Maha Esa. Oleh itu, majlis menjemput Ustaz Hairi utk membacakan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kpd Ust. Hairi di atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan kalimah doa ini diberkati hendaknya segala hasrat yang direncanakan. Insya Allah. Agenda majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan perasmian dan penutupan Program Ihya Ramadhan 2012 Kelas Pendidikan Khas Integrasi SKTDHM oleh Tn. Guru Besar En. Damit @ Abd. Amit b. Shah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata. Oleh itu, majlis menjemput Penolong Kanan 1, Pn. Hjh Surati untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Tn Guru Besar En. Damit @ Abd. Amit b. Shah. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin semua, sebagai penyeri majlis kita pada pagi ini, majlis kita akan diserikan dengan persembahan nasyid dan koir daripada murid-murid Pendidikan Khas Integrasi. Dipersilakan.
2

Majlis mengucapkan terima kasih. Untuk pengetahuan semua, persembahan nasyid dan koir itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn. Haizirah Mohd Hairi dan Cik Norfarehan Fadzin. Lagu pendidikan khas yang telah dipersembahkan sebentar tadi bertajuk Berkemahiran dan Berdikari. Lagu ini telah dicipta pada tahun 2003 oleh Datu Ariffin b. Datu Ibrahim bersama bekas guru PK (.) Cikgu Masni Akbar. Lagu ini telah mendapat sentuhan dan alunan lagu yang baru oleh Cikgu Deshen pada tahun 2011.

( Hadirin sekalian, sebelum kita meneruskan majlis penyampaian hadiah kita pada pagi ini, untuk pengetahuan semua pada pagi ini juga turut diadakan majlis penyerahan bantuan zakat dan juga majlis restu ilmu. Oleh itu, untuk

penyempurnaan majlis ini, dijemput Cikgu Zul Yaakub untuk mengendalikan majlis ini. Dipersilakan. )

Majlis mengucapkan terima kasih. Baiklah, majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mereka Cipta Kad Hari Raya Tahap 1 dan Tahap 2, dijemput Pen. Kanan Kokum Pn. Jurineh untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna kaligrafi khat Tahap 1 dan Tahap 2. Oleh itu, majlis menjemput Pen. Kanan HEM Pn. Hjh Mariani untuk menyampaikan hadiah.

Majlis mengucapkan terima kasih. Penyampaian hadiah kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna bagi murid Pendidikan Moral. Dengan ini, majlis menjemput Pn. Hjh Surati, Pen Kanan 1 untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Untuk penyampaian hadiah yang seterusnya dijemput Tn. Guru Besar En. Damit @ Abd. Amit b. Shah untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan azan dan juga pertandingan hafazan. Majlis

mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai