Anda di halaman 1dari 20

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PMR KERTAS 1 (02/1)

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Teknik Menjawab soalan BM kertas 1

- KENALI KERTAS ANDA !


1. Kertas ini dikenali dengan kod 02/1 PMR 2. Mulai tahun 2005, terdapat perubahan format, iaitu jumlah soalannya terdiri daripada 40 soalan objektif. 3. Jumlah masa yang diperuntukkan juga berubah, iaitu hanya 1 jam sahaja.

PEMBAHAGIAN BM KERTAS 1
Soalan 1 7 Merupakan soalan Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat. Tip Menjawab 1. Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun. 2. Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.

3.

4.

Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus. Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.

Contoh Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi. A B C D daya nukilan daya rasa daya imaginasi daya upaya

Soalan 8 14 Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi: (a) Kesalahan dari segi penggunaan kata; (b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa; (c) Kesalahan dari segi struktur ayat; (d) Kesalahan dari segi penggandaan; (e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan (f) Kesalahan dari segi pengimbuhan.

Tip Menjawab 1. Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting. 2. Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan. Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk -di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada 3. Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.

4. Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah. Contoh Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya A B merentasi Selat Inggeris. Tiada kesalahan C D

Soalan 15 17
Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat. Tip Menjawab 1. Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah 2. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu 3. Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya. 4. Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalansoalan jenis ini.

Soalan 18 21 Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu

Tip Menjawab
1. Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan. Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.

2.

3. Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.
Contoh Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung Ledang di Johor. A B C D cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan berbercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan nya. menceritakan pengalamannya () menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan kan tidak menerima kata sendi nama; tentang.

Soalan 22 24 Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.
Tip Menjawab 1. Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya. 2. Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga.
Contoh Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.

3. Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.

Contoh Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.

4. Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda.

Soalan 25 27 Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.
Tip Menjawab 1. Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya. 2. Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

Contoh
I II III Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan. Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata. Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak) IV Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja (x) C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja(x) (Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)

Soalan 28 30 Soalan tentang peribahasa. 1. Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. 2. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasaperibahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
Tip Menjawab 1. Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks. 2. Cari maksud dan makna peribahasa tersebut. 3. Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.

Soalan 31 35 Pemahaman Prosa (KOMSAS)


Soalan 36 40 Pemahaman Puisi (KOMSAS) Tip Menjawab
1. Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja. 2. Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti. 3. Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.

Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu: Soalan pemahaman berdasarkan petikan; Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan; Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi. Soalan (a) Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b) Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja. Soalan (c) Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan. 5. Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.

4. (a) (b) (c)

Kesimpulan
1. Soalan BM Kertas 1 ini boleh dipecahkan kepada tiga iaitu: a. Senang (soalan 1 - 14 dan 31 - 40) b. Sederhana (Soalan 15 - 21) c. Susah (soalan 22 30) 2. Pelajar dikehendaki menjawab soalan aras senang dahulu, sederhana dan susah. 3. Kaedah ini bertujuan menjimatkan masa pelajar untuk menjawab secara sistematik. Selamat Mencuba Kaedah ini

SEKIAN,TERIMA KASIH SELAMAT BERJAYA

Anda mungkin juga menyukai