Anda di halaman 1dari 1

Lirik selawat maulidur rasul Selawat Allah ke atas Muhammad Selawat salam dipohon lagi Selawat Allah ke atas

Muhammad Selawat salam dipohon lagi Wahai Nabi salam atasmu Wahai Rasul, salam atasmu Wahai kekasih, salam atasmu Selawat Allah ke atasmu Bulan purnama menyinari kita Hilang segala cahaya Indah menawan tak pernah dilihat Wajah gembira sepanjang hayat Kaulah matahari, kaulah bulan Kaulah cahaya mengatasi cahaya Kaulah rahsia hidup mulia Kaulah menyuluhi jiwa Wahai kekasihku, ya Muhammad Wahai pendamping indah sejagat Wahai Nabi dijulang dipuja Wahai imam 2 kiblat Bahagialah orang memandang wajahmu Wahai penghulu keturunan mulia Kolam airmu sejuk jernih Kunjungi kami pada hari akhirat Sepanjang malam unta berjalan Tiada berhenti rindukanmu Engkau dipayungi awan putih Dan Malaikat sama berselawat Allah mengetahui rahsia sulit Dialah menyahut semua seruan Wahai Tuhan Rahmatilah kami Dengan segala amalan soleh Selawat Allah ke atas Muhammad Sebanyak baris kertas ditulis Ahmad Muhammad petunjuk jalan Empunya wajah berseri menawan Selawat Allah ke atas Muhammad Selawat salam dipohon lagi Selawat Allah ke atas Muhammad Selawat salam dipohon lagi Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya