Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH

KERTAS KERJA BULAN MEMBACA

TARIKH : 15 26 JULAI 2013 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TINAMBAK, TUARAN TEMA : BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA

Anjuran Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Kent dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tinambak, Tuaran Sabah

1.0

PENDAHULUAN Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan mulai tahun 2001 yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan membaca dalam menimba ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ini perlu dijalankan dan dipertingkatkan berterusan agar dapat dibudayakan tabiat membaca dan mengejar ilmu sebagai teras masyarakat bermaklumat dan sebagai prasyarat negara maju. Pembacaan adalah santapan kepada minda, seperti mana makanan yang berkhasiat boleh membina badan yang sihat, pembacaan bahan-bahan yang bermutu juga akan membina minda yang cergas. Minda yang terbuka pasti dapat menyumbang ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Melalui amalan pembacaan yang jitu, ia dapat memelihara akhlak dan jiwa manusia ke arah hidup yang sejahtera dan murni.

2.0

RASIONAL Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tinambak, Tuaran. Program ini bertujuan untuk menanam serta menyemai sikap suka membaca dalam kalangan warga SK Tinambak khususnya murid-murid. Program ini juga bertujuan untuk menjadikan murid SK Tinambak sebagai pelajar berilmu.

3.0

MATLAMAT Program ini seharusnya dapat membantu melahirkan individu yang berilmu, bijak berfikir serta sedar tentang pentingnya membaca untuk masa depan mereka.

4.0

OBJEKTIF Pada akhir program ini, murid-murid diharap akan dapat : 4.1 Membudayakan sikap suka membaca dalam kalangan warga SK Tinambak khususnya murid-murid. 4.2 Memberi peluang kepada warga SK Tinambak menggunakan Pusat Sumber Sekolah secara maksimum untuk tujuan membaca dan membuat rujukan. 4.3 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai tahap

kecemerlangan diri. 4.4 Menjadi contoh serta teladan kepada murid lain.

5.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh Masa Tempat : 15 hingga 26 Julai 2013 : 7.20 pagi 1.10 petang : SK Tinambak

6.0

SASARAN/PENYERTAAN Semua murid tahap 1 dan tahap 2 yang terdiri daripada 135 orang

7.0

AKTIVITI YANG DIANJURKAN 1. Membaca dan merekod (Tahap 1 dan 2) 2. Teka Silangkata Bahasa Melayu (Tahap 2) 3. Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1 dan 2) 4. Melukis Kulit Buku Cerita (Tahap 1 dan 2) 5. Mencari perkataan tersembunyi (Tahap 2)

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Item


a. hadiah

Kuantiti

Jumlah (RM)

Tempat pertama 8 RM 42

Tempat kedua 8 RM 32

Tempat ketiga 8 RM 25

JUMLAH KESELURUHAN RM 99 (sumber: LPBT)

9.0

JAWATANKUASA INDUK

Penaung Encik Khamis Amit (Guru Besar SK Tinambak)

Ketua Penasihat Puan Liew Mai Ri @ Stevannia (Penolong Kanan 1 SK Tinambak)

Penasihat Encik Gerry Lucien (Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak)

Penyelaras 1 Puan Masriah Mastul (Mentor Program Internship)

Penyelaras 2 Puan Mariah Derum (Mentor Program Internship)

10.0 JAWATANKUASA KERJA Pengerusi Haziela Hussineddy

Naib pengerusi Nur Amirah Binti Trimo

Setiausaha Sakinah Binti Ramlee

Bendahari Suliana Binti Amin

AHLI JAWATANKUASA Peralatan dan Persiapan tempat Encik Jerry Justin Hadiah dan Cenderahati Puan Laini Wong

Dokumentasi Encik Roslim Bin Ismail

Publisiti Puan Zubaidha Amid

Pendaftaran Puan Zulita

Juruacara Cik Khairul Ashikin

Hakim Puan Maskata Maidin

Keselamatan dan Disiplin Puan Anjilinah Udin

11.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh 15/07 25/07 16/07 18/07 23/07 24/07 Agenda/Aktiviti Membaca dan Merekod Teka Silangkata Pertandingan Bercerita Pertandingan Melukis Kulit Buku Cerita Mencari Perkataan Tersembunyi Majlis Penutupan 26/07 -

Penyampaian Hadiah Anugerah Pembaca Cemerlang

12.0 PENUTUP Program Bulan Membaca ini akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dalam kalangan warga SK Tinambak sekiranya dilaksanakan dengan sistematik dan terancang. Semoga semua perancangan dan pelaksanaan program Bulan Membaca 2013 peringkat SK Tinambak dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Program ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan murid.

Disediakan oleh,

Ulasan:

_________________ (Sakinah Binti Ramlee) Setiausaha Tarikh : Disemak oleh, Ulasan:

______________________________ (Puan Mariah Derum) Guru Pusat Sumber SK Tinambak, Tuaran Tarikh : Diluluskan oleh, Ulasan:

_________________ (Encik Khamis Amit) Guru Besar, SK Tinambak, Tuaran Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai