Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA (28 JULAI 1 OGOS

S 2013)

Masalah : Setelah 3 minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah pada satu sesi PNP apabila murid kurang aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti soal jawab yang dilaksanakan oleh saya. Oleh sebab itu, objektif PNP pada hari itu yang telah ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina tidak dapat dicapai. Analisis : Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan adalah disebabkan oleh :1. Pemilihan tajuk yang kurang sesuai 2. Bahan yang disediakan kurang memberi pengetahuan yang menyeluruh tentang tajuk PNP pada hari itu. Sekiranya masalah ini tidak saya atasi, kemungkinan besar untuk kelas seterusnya juga objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian tidak akan dapat dicapai. Bukan itu sahaja, murid-murid akan berasa bosan dengan PNP yang dilaksanakan apabila mereka kurang pengetahuan sedia ada terhadap tajuk PNP apda hari itu.

Cadangan : 1. Bagi item pertama iaitu berkenaan pemilihan tajuk. Untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya saya akan lebih peka dan mementingkan tentang pemilihan tajuk pada sesuatu sesi PNP itu. 2. Tajuk yang dipilih akan lebih bersesuaian dengan tahap kognitif murid dan pengetahuan sedia ada murid. Ia adalah kerana, sekiranya murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada, murid akan lebih aktif dalam sesi soal jawab yang lebih memfokuskan kemahiran bertutur dalam sesuatu sesi PNP itu.

3. Oleh itu, dengan pemilihan tajuk yang bersesuaian, objektif sesuatu PNP yang telah ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina akan dapat dicapai dengan lebih mudah. 4. Bukan itu sahaja, murid-murid juga akan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang tajuk PNP yang dibincangkan pada hari itu. 5. Bagi item yang kedua pula, iaitu berkenaan dengan penyediaan bahan bantu mengajar. Saya akan lebih mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi memberi kefahaman yang lebih menyeluruh kepada murid. 6. Bukan itu sahaja, melalui pemerhatian saya, dengan menggunakan tayangan video sebagai bahan bantu mengajar akan lebih dapat memberi kefahaman kepada murid tentang tajuk PNP yang dibincangkan pada sesuatu sesi PNP itu. 7. Dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar, ia akan dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa bosan dalam sesuatu sesi PNP itu. Tindakan Susulan : Saya akan melaksanakan pemerhatian. Saya akan merekod markah pencapaian mereka apabila saya menggunakan tajuk yang sesuai dalam sesuatu sesi PNP itu serta penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih menyeluruh serta memberi kefahaman yang lebih mantap kepada murid. Penggunaan tajuk yang sesuai dan bahan bantu mengajar yang lebih pelbagai akan diaplikasikan untuk sesi PNP yang seterusnya hingga tamat tempoh praktikum iaitu pada 19 September 2013.

Anda mungkin juga menyukai