Anda di halaman 1dari 8

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan. Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

Jenis Ciri Penilaian Formatif Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Penilaian Sumatif Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.

Pengertian

Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.

Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

Masa

Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.

Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).

Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.

Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan atau kelas.

Secara kelas

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau sesuatu kemahiran (ujian formal) tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)

Penggunaan rekod profil atau pensijilan.

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan Menempatkan murid kumpulan kadar segera atau menjalankan atau kelas yang sesuai. aktiviti pengayaan atau Merancan g dan mengubahsuai pemulihan di dalam kelas. pelajaran atau kurikulum. Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Konsep Penilaian Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: 1. Penilaian Formatif 2. Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.

Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)


Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Penilaian Formatif. Penilaian Sumatif PENILAIAN FORMATIF Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri-ciri: dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif

1) Menentukan topik pembelajaran. Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. TIopiK berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada subtopik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topiktopik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. 2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.

Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. 3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satusatu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. 4) Membentuk soalan ujian. Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurangkurangnya satu soalan. 5) Mencadangkan langkah susulan. Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif: memperbaiki pengajaran pembelajaran. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh muridmurid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

mengubah suai pengajaran seseorang guru. guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topiktopik pembelajaran.

PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum

Ciri- ciri: lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Langkah-langkah membentuk ujian sumatif: Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan

boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik. Tujuan: membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.