Anda di halaman 1dari 1

(e) Kemahiran Menyoal Dalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan

jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela. Soalan tertutup: Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. Soalan terbuka: Soalan terbuka ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, perjelasan, dan huraian yang panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal rundingan. Kaunselor : Apakah perasaan kamu apabila diejek oleh rakan? Klien : Saya tidak suka kawan mengejek saya sebab sama seperti menghina Kaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa dihina bila diejek oleh rakan?

Anda mungkin juga menyukai