Anda di halaman 1dari 3

Resipi Inovasi : Biskut Makmur Google (Cara gaul dan ramas)

Bahan Doh Inti White chocolate (coklat putih) 125g tepung gandum (diayak) 60g minyak sapi 40g gula kastor Pewarna merah, hijau dan kuning

Salutan 60g gula aising (diayak)

Cara penyediaan 1. Menyediakan dulang pembakar dan ketuhar a. Griskan dulang pembakar dengan sedikit minyak sapi. b. Panaskan ketuhar 1800C 2. Menyediakan biskut a. Uli tepung, gula kastor dan minyak sapi hingga menjadi doh yang kental. b. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. c. Letakkan beberapa titis pewarna kepada setiap bahagian kepada merah, hijau dan kuning. d. Bahagikan doh kepada bebloa sebesar ibu jari. e. Tekan bebola dan isikan tengahnya white chocolate yang telah dipotong mengikut saiz. f. Bentukkan seperti bebola. 3. Bakar biskut a. Bakar biskut selama 15-20 minit di dalam dulang pembakar. 4. Menyalut Biskut a. Angkat biskut perlahan-lahan dengan pisau pelepa. b. Salutkan dengan gula aising ketika masih panas lagi.

Karipap daging black pepper (Pastri menggoreng)


Bahan pastri 125g tepung gandum 1 camt garam

60g lemak 2 camb air sejuk

Inti (daging black pepper) 1 biji ubi kentang (dipotong dadu) 350g daging kisar ulas bawang besar 2 ulas bawang putih 1 camb serbuk lada hitam 2 camb air 1 camt garam 1 camb minyak

Cara penyediaan 1. Menyediakan inti a. Bersih dan sediakan daging kisar. b. Perapkan daging dengan lada hitam. 2. Memasak inti a. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. b. Masukkan daging dan goreng sebentar dan kemudian masukkan kentang dan sedikit air. c. Kacau rata dan masukkan garam. Tutup dan masak hingga daging masak dan kentang empuk dan inti agak kering. Angkat dan sejukkan. 3. Menyediakan pastri a. Gaul dan ramas lemak ke dalam tepung. b. Masukkan air dan adunkan menjadi doh. 4. Mencanai pastri a. Canai pastri hingga 2mm tebal. b. Terap pastri dengan penerap besar. 5. Menyediakan karipap a. Isikan setiap bulatan pastri dengan 1 camt inti. b. Basahkan tepinya dengan sedikit air kemudian lipat dan tutupkan inti. Tekan dan kelimkan tepinya. 6. Memasak karipap a. Goreng karipap dalam minyak panas hingga kuning. 7. Hidang dalam pinggan.

Air Panas Teh Penyegar Jiwa (Refreshing Tea)


Bahan-bahan (1jug) 2 batang serai 3 inci halia

2 helai daun limau purut 1 helai daun pandan 8 camb madu

Cara Penyediaan Rebus 125g air sehinggan mendidih. Masukkan serai, halia, daun pandan dan daun limau purut ke dalam air didihan. Didihkan selam 5-8 minit. Tutup api dan masukkan madu ke dalam air. Hidangkan ke dalam jug yang sesuai.