Anda di halaman 1dari 17

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 1 Mata pelajaran Tarikh Tahun Bilangan murid Masa Tema

Tajuk Kemahiran : Bahasa Melayu : 9 Julai 2013 : 3 Amanah : 23 orang : 8.00 pagi 9.00 pagi : Kesihatan dan Kebersihan : Mari Bersenam Menyihatkan Badan : Murid dapat mengetahui cara-cara untuk bersenam supaya tubuh badan menjadi sihat. Pengetahuan sedia ada Standard kandungan : Murid pernah melakukan aktiviti pergerakan senaman : 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul Standard pembelajaran : 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik dengan betul Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya: i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca ii. Menyampaikan maklumat dalam latihan mengisi tempat kosong dengan betul

iii.

Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul

Pengisian kurikulum

: Ilmu Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Nilai murni Kebersihan fizikal dan mental, prihatin, rasional, kerjasama Patriotisme & Kewarganegaraan Berbangga sebagai rakyat Malaysia, cinta akan bahasa dan bangsa. Peraturan sosiobudaya Kesantunan bahasa, laras bahasa dan perbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sains dan teknologi Kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P Kreativiti & Inovasi Membangunkan dan mengembangkan tahap potensi kreativiti dan inovasi mengikut keupayaan individu murid Teknologi Maklumat & Komunikasi Penggunaan internet dan lain-lain dapat meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

Strategi Pengajaran

: Kemahiran berfikir Didik Hibur

Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kontekstual Kemahiran Cara Belajar Kajian Masa Depan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) Sistem Bahasa : Morfologi Imbuhan awalan Sintaksis :- Ayat terbitan atau ayat majmuk. Bahan Sumber P&P (BSPP) : II- Komputer dan LCD. III- Lagu hari kemerdekaan (Jalur Gemilang & Keranamu Malaysia) IV- Bahan bantu mengajar (BBM)

LANGKAH /MASA

KANDUNGAN/ ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

i.

Lagu senaman IM4U

i.

Guru menunjukkan video senaman IM4U berserta lirik lagu.

BSPP : Video lagu senaman IM4U Lirik lagu Komputer riba Pembesar suara LCD Skrin

ii. Lirik lagu IM4U iii. Soalan cadangan 1. Apakah itu senaman? 2. Pernahkah kamu bersenam? 3. Apakah tujuan kita bersenam?

ii. Guru dan murid membuat pergerakan sambil berdiri diiringi lagu senaman IM4U bersama-sama. iii. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pengalaman membuat senaman pergerakan dalam lagu senaman IM4U. iv. Murid disoal mengenai tujuan senaman dilakukan. v. Guru dan murid mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran.

Kaedah dan Teknik Didik Hibur Kecerdasan pelbagai Pembelajaran kontekstual Hubungkait pengalaman dalam kehidupan

Strategi : Bersoal jawab Sumbang saran

Langkah 1 (15 minit)

Keratan lirik lagu IM4U

i.

Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. BSPP : Keratan lirik lagu Puzzle

Hanya untukmu Negara yang tercinta Sentiasa denganmu Demi satu Malaysia

ii. Guru mengedarkan keratan lirik lagu kepada setiap kumpulan dalam bentuk puzzle.

Kaedah dan Teknik Pembelajaran koperatif Pembelajaran kontekstual Kemahiran interpersonal & intrapersonal Kemahiran belajar cara belajar Intonasi (ayat penyata)

Berganding bahu seia sekata Kita bersatu aman sejahtera Demi Negara tercinta Kukorbankan jiwa Demi Negara dan bangsa Kukorbankan raga (Rujuk Lampiran A)

iii. Murid diminta untuk mencantumkan puzzle untuk melengkapkan keratan lirik lagu tersebut. iv. Murid diminta membaca lirik lagu yang telah siap dicantum secara kelas, kumpulan dan individu dalam nada yang kuat. v. Guru membimbing murid semasa melakukan aktiviti tersebut.

Strategi : Bersoal jawab Sumbang saran

Nilai Perpaduan Kerjasama

Langkah 2 (15 minit)

Petikan teks dari keratan akhbar Metro yang bertajuk Senaman Ubah Gaya Hidup

i.

Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan petikan dari keratan akhbar yang bertajuk Senaman

BSPP Petikan dari keratan akhbar

Kaedah dan Teknik Pembelajaran koperatif Pembelajaran kontekstual Kemahiran belajar cara belajar Sintaksis (membina ayat)

Gaya hidup akan menjadi lebih aktif apabila melakukan senaman dalam aktiviti harian. Kita boleh memilih senaman yang ringkas dan memudahkan diri untuk melakukannya. (Rujuk Lampiran B)

Ubah Gaya Hidup. ii. Guru meminta murid membaca petikan secara senyap. iii. Guru membaca teks terlebih dahulu dengan nada dan intonasi yang betul. iv. Murid membaca teks secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Strategi Bersoal jawab Sumbang saran

Kepelbagai Sumber Bahan Akhbar

Nilai Kebersihan fizikal dan Mental Kerjasama Keberanian

Langkah 3 (20 minit)

Penilaian

i.

Murid diberi lembaran kerja yang berkaitan membina ayat. Contohnya:

BSPP Kad-kad perkataan Lembaran kerja

Bina ayat berdasarkan perkataan yang telah ditampal di papan putih. Kaedah dan Teknik Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir Pembelajaran Akses Kendiri

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (Rujuk Lampiran C)

ii. Guru menyemak hasil kerja murid.

Strategi Penilaian Pengayaan

Nilai Berdikari

Penutup (5 minit)

i.

Kognitif Menyoal mengenai kebaikan bersenam.

i.

Murid diminta menyanyikan lagu senaman IM4U dengan penuh semangat berserta pergerakan.

BSPP Komputer riba Pembesar suara LCD Skrin Video lagu senaman IM4U Lirik lagu

ii. Sosial Pujian atas usaha dan kejayaan. Menyanyikan lagu senaman IM4U iii. Rumusan isi pelajaran Membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul.

ii. Guru akan menyoal murid tentang kebaikan melakukan aktiviti bersenam. iii. Guru memberikan pujian atas sikap murid yang suka melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga kesihatan. iv. Guru merumuskan isi pelajaran.

Kaedah dan Teknik Kemahiran berfikir Penjanaan idea Kemahiran Belajar Merumus Kajian masa depan

Strategi Soal jawab

Nilai Kebersihan fizikal dan mental Perpaduan Kesyukuran

KELEBIHAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Dalam setiap Rancangan Pengajaran Harian (RPH), sudah pasti guru mengaplikasikan kaedah dan tekinik pengajaran yang paling berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung di dalam kelas. Sama juga seperti Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang di ataas. Antara kaedah yang digunapakai dalam langkah set induksi adalah kaedah didik hibur. Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang diperkenalkan kepada muridmurid sebagai alternatif lain semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya adalah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi lebih menarik seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Menurut Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahan 1 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2012 pula, didik hibur adalah satu pendekatan di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara santai dan berhibur yang terancang dan bersistematik dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Fokus pelaksanaannya adalah kepada penguasaan

kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur. Kaedah didik hibur yang dipilih untuk digunakan ketika set induksi adalah dengan menunjukkan video senaman IM4U kepada murid-murid.

Dalam langkah empat iaitu langkah empat, penekanan kepada aspek penilaian telah dipilih untk digunakan dalam RPH ini. Sejajar dengan matlamat KSSR,

penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah amat diperlukan bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Jadi, pentaksiran melalui kaedah penilaian yang diberikan di

dalam kelas ini mampu menguji tahap kefahaman murid mengenai topik yang telah dipelajarinya. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi

memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Justeru, antara elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Rentetan daripada itu, elemen

kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Alternatif yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengaplikasikan elemen ini adalah dengan menggunakan teknik Usaha untuk menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan.

Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. Penekanan kepada hands-on Teaming yang menggunakan kaedah seperti pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara kontekstual amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Hal ini kerana guru perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut.

Untuk memastikan murid memahami konsep perkataan suku kata terbuka dan tertutup, guru memberikan soalan tugasan secara lisan sebagai latihan. Murid diminta berbincang dalam kumpulan kecil yang setiap satunya dianggotai enam orang. Guru J meminta murid berbincang dan menyenaraikan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam senarai nama buah-buahan yang diberi. Guru J juga memberi masa untuk murid berbincang mencari jawapan. Tempoh menunggu jawapan dua minit adalah bersesuaian dengan kebolehan dan keperluan murid termasuklah berbincang, berfikir untuk mendapatkan jawapan. Selepas tempoh menunggu jawapan tamat, Guru J meminta kumpulan membentang jawapan dihadapan kelas. Dalam kes ini, Guru J meminta bantuan murid-murid lain untuk memastikan suku kata terbuka dan tertutup dalam perkataan nama buah-buahan tempatan yakni jawapan yang diberi digolongkan mengikut jenis suku kata yang betul. Teknik Nyanyian Teknik nyanyian digunakan Guru sebagai unsur didik hibur dan dijalankan di bahagian penutup sesi P&P. Penggunaan teknik ini memberi pengalaman yang berbeza dan menggembirakan murid apabila mereka menyanyi. Guru J menjelaskan:

...lagi ada dalam tu didik hibur. Saya selit dengan didik hibur dalam P&P. Tu yang ada macam menyanyi. So, bila menyanyi tu mereka enjoy. Jadi kaitkan la dengan kemahiran ni la (merujuk kepada teknik nyanyian). Aktiviti menyanyi diulang dua kali dan di akhir teknik ini Guru J menyoal murid soalan umum berkaitan perasaan mereka selepas menyanyi lagu. Sebagai kesimpulan, Guru J juga mengemukakan pendapat serta alasan yang rasional di sebalik tindakannya mengunakan pelbagai teknik pentaksiran formatif di dalam bilik darjah, iaitu atas beberapa tujuan. Guru J menjelaskan: PBS ni kena banyak aktiviti, banyak teknik la. Sebab hari-hari kita buat pemerhatian sebab nak tengok feedback daripada murid. Nak lihat pelbagai kemahiran murid. Latih kemahiran mereka kena banyak guna teknik. Mula-mula kenalkan set induk sebab nak kaitkan dengan tajuk pada hari ini, guna kad gores. Bila murid dah sebutkan nama buah-buahan maka terus kaitkan dengan tajuk dan mula ajar. Masa ajar soal sebab nak lihat kefahaman murid. Aktiviti memadan, sebut perkataan secara kuat, latihan memadan gambar buah-buahan dengan perkataan, perbincangan kumpulan nak latih murid berfikir. Nyanyi tu dalam bahagian penutup. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 25 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Setiap kali buat lembaran kerja atau aktiviti la, akan bagitau kat murid. ni akan bua t penilaian. Dari situ budak dah tahu. Takut tak dapat markah. Kalau murid sebelum ni buat banyak aktiviti dia pun banyak main-main, tak serius. Yang ni (merujuk kepada rekod pentaksiran) dibawa ke tahun enam. Mereka lebih serius la nak belajar. P&P saya kena lebih terancang, banyak latihan. Banyak teknik sebab nak latih dan lihat keseluruhan. Guru J juga berterus terang bahawa beliau turut memikirkan aras dalam soalan lisan dan tugasan semasa membuat perancangan P&P supaya mentaksir hingga ke aras tinggi. Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau yang pernah tahu benda tu, pernah lalui, pernah kenal, mereka berfikir. Set induksi aras rendah. Pertengahan aktiviti aras tinggi ada, selalunya pelbagai aras la. Selain itu, beliau mengaku memperolehi maklumat pentaksiran formatif melalui pemerhatian dan mencatat

maklumat mengikut yang disarankan dalam amalan PBS, Hari-hari kita buat pemerhatian, dah tahu macam mana pencapaian murid, memang kita ikut la dalam PBS tu. PERBINCANGAN Rangkuman penggunaan pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam proses P&P Bahasa Melayu Guru J masih perlu dipertingkatkan amalannya termasuklah: 1. Memastikan penggunaan pelbagai teknik tepat dan sesuai dengan tahap dan kebolehan murid (Hall & Burke, 2003). Ini penting dalam memastikan maklumat yang diperoleh berkaitan pembelajaran murid benar-benar refleks dengan tahap kebolehan dan kemahiran kognitif mereka (Black & Wiliam, 1998). Begitu juga ia membantu memastikan maklumat pentaksiran diperoleh daripada pelbagai teknik. Hal ini sangat dituntut kerana maklumat pentaksiran perlu mempunyai kesahan konstruk yang tinggi (Brookhart, 2009). Maklumat yang mempunyai kesahan konstruk yang tinggi membolehkan guru membuat keputusan yang lebih tepat dan berkualiti berkaitan pembelajaran serta dan merancang pembelajaran akan datang (Black & Wiliam, 1998). Selain itu, guru juga boleh mendapatkan maklumat tentang kualiti pembelajaran yang dilalui murid dan kualiti pengajaran yang guru sampaikan (Hall & Burke, 2003). Guru perlu memastikan penggunaan teknik pentaksiran dijalankan selepas mengajar isi dan konsep pelajaran (Fisher & Frey, 2007). 2. Guru memahami fungsi pemerhatian sebagai cara untuk mengumpul data pentaksiran dan bukan sebagai salah satu teknik pentaksiran formatif. Ini jelas apabila guru sendiri yang melakukan pemerhatian dan mencatat hasil pemerhatian

mengunakan borang senarai semak PBS dan membuat laporan berdasarkan data pemerhatian tersebut. 3. Kerap mengunakan teknik soal jawab lisan dalam ketiga-tiga peringkat P&P (Black dan Wiliam, 1998; Fisher & Frey, 2009, Stiggins, 2001). Dicadangkan guru supaya menambah baik kualiti atau aras soalan supaya ia lebih menguji kebolehan dan kemahiran kognitif serta menggalakkan pemikiran murid. Di

26 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 17-30

peringkat permulaan P&P teknik soal jawab lisan digunakan untuk melihat kesediaan murid untuk belajar, menarik perhatian murid kepada P&P, mencungkil pengetahuan umum dan sedia ada serta memperkenalkan tajuk P&P dan pembelajaran (Black & Wiliam, 1998). Teknik ini berjaya meningkatkan fungsi teknik kad gores, padanan, tugasan dan perbincangan. Semasa pertengahan sesi P&P, teknik soal jawab lisan digunakan untuk mendapat maklumat mengetahui status kefahaman semasa, menarik penyertaan murid dalam aktiviti pembelajaran, mengekalkan perhatian murid kepada pembelajaran, menggalakkan murid berfikir, serta meningkatkan pembelajaran murid. Teknik soal jawab di peringkat penutup berfungsi mendapat maklumat keseluruhan kefahaman murid. Hal ini bermakna ia digunakan sebagai mendapatkan pengesahan bahawa murid telah melalui pembelajaran dan memperoleh pengetahuan baharu. 4. Adanya prapentaksiran yang dijalankan dalam set induksi dengan menggunakan teknik soal jawab dan teknik kad gores. Aktiviti dalam prapentaksiran lebih tertumpu kepada menyatakan nama buah-buahan sahaja. Guru sepatutnya turut perkenalkan hubung kait nama buah-buahan tempatan dengan suku kata supaya turut dapat mengesan kurang faham murid berkaitan konsep suku kata terbuka dan tertutup. Ini penting kerana fungsi strategi prapentaksiran adalah untuk tujuan diagnos.

Menjalankan prapentaksiran mempunyai kelebihan, iaitu semua kelemahan dan salah faham murid akan diajar semula dan kefahaman konsep akan dipertingkat melalui proses pengajaran semasa (McTighe & OConnor, 2005). Namun begitu, menggunakan sumber yang dekat dengan diri murid, iaitu buah-buahan tempatan telah berjaya membawa pemikiran murid kepada tajuk P&P. 5. Teknik nyanyian digabungkan dengan pergerakan badan dan irama, mewujudkan pembelajaran pelbagai kebolehan. Penggunaan teknik ini kelihatan berfungsi untuk berhibur, tetapi tidak fungsi didik. Bagaimanapun, guru hanya mendapat maklumat berkaitan emosi dan afektif murid-murid melalui pergerakan badan, ruang, irama muzik, interpersonal dan intrapersonal (Hamm & Adams, 2009). Senikata lagu berunsur

nasihat dan pengajaran berguna berkaitan buah-buahan tempatan boleh digunakan oleh guru untuk pengayaan supaya murid menghayati dan memahami seni kata lagu tersebut di samping menjana pemikiran murid ke aras lebih tinggi dengan baik bukan sekadar fungsi hibur semata-mata. 6. Teknik menyebut perkataan secara kuat, latihan memadankan amat berkesan apabila melibatkan penyertaan semua murid. Guru memberi soalan dan arahan yang mudah diikuti menjadikan pembelajaran berjalan dengan baik. Teknik ini memberi kelebihan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Namun begitu, aktiviti terlalu mudah dan kurang mencabar pemikiran murid kerana hanya menguji pengetahuan dan kefahaman sahaja. 7. Penggunaan teknik tugasan dan perbincangan membolehkan murid mempamerkan kefahaman dengan mengaplikasi konsep suku kata terbuka dan tertutup untuk dihubungkan dengan nama buah-buahan. Ia turut melatih kemahiran komunikasi kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid (Hamm Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 27 Malay Language Education Journal (MyLEJ)

& Adams, 2009). Teknik ini adalah berpusatkan murid (Cizek, 2010) dan melibatkan penyertaan murid secara aktif (Black & Wiliam, 1998; Crooks, 1998; Hamm & Adams, 2009; Scherer, 2005; Stiggins & Chappuis, 2006) kerana merekalah yang berperanan menjaya atau mengagalkannya. Bagaimanapun, penglibatan aktif murid dalam proses perbincangan memudahkan mereka memahami pembelajaran dan berusaha mencapai tujuan pembelajaran (Black & Wiliam, 1998). 8. Menggunakan teknik yang sesuai dan bertepatan dengan sasaran pembelajaran yang ditetapkan (Brookhart, 2010; Black & Wiliam, 1998; Stiggins & Chappuis, 2006). Bagaimanapun, fungsi setiap teknik boleh ditambah baik supaya benar-benar memaksimumkan penggunaannya dalam usaha meningkatkan pembelajaran murid.

9. Penggunaan pelbagai teknik oleh Guru J membuktikan bahawa guru sekolah rendah mahir menggunakan pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam usaha mereka untuk mentaksir pembelajaran murid (Hall & Burke, 2003).

Bahagian A Dalam konteks pengajaran asas membaca, kaedah pandang dan sebut adalah kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahap 1 di sekolah rendah. Menurut Khairuddin Mohamad (2011) dalam tulisannya yang berjudul Literasi Bahasa Melayu, kaedah pandang dan sebut merupakan kaedah di mana melibatkan dua aktiviti utama iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mengandungi cerita. Kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid menyebut perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah ditunjukkan gambar atau perkataan tersebut. Kepentingan utama yang dapat dikenalpasti melalui kaedah ini adalah kaedah ini dapat menjimatkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang ada boleh digunakan untuk pemahaman apa jua yang dibaca. Hal ini berikutan kerana

pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Murid tidak diajar menghafal bunyi-bunyi kerana mereka akan diperkenalkan perkataan melalui gambar terlebih dahulu dan kemudiannya barulah diajar mengenali huruf dan suku kata. Kebiasaannya, guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulang-ulang. Perkataan-perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) untuk mengecam perkataan. Kad

perkataan boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Hal ini berikutan dapat mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali seterusnya dapat menjimatkan masa murid untuk mengeja. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan kaedah pandang dan sebut dalam pengajarannya, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah ini dengan sepenuhnya. Umumnya, keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam menyampaikan Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar

pengajaran kemahiran membaca.

bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah pandang dan sebut ini adalah lebih berkesan dan lebih memudahkan guru untuk mengajar dan murid juga murid untuk menguasai kemahiran membaca tanpa rasa jemu untuk membaca di samping memendekkan masa untuk mengeja kecuali bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas.