Anda di halaman 1dari 10

Dhoti

Pakaian bagi kaum lelaki yang dilengkapi dengan turban. Diperbuat daripada lembaran kain yang berwarna putih yang panjang. Pakaian ini hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Golongan ceti juga sering memakai dhoti. Mereka memakai kain tersebut yang dililit dibahagian pinggang dan diikat pada celah peha dan kemudian disangkutkan pada bahu.

Sari

Pakaian bagi kaum wanita yang merupakan pakaian seharian dan pakaian pada musim perayaan. Sari digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja memakai skirt labuh (henga) yang dipadankan dengan baju lengan pendek atau choli.

Punjabi

SEJARAH
Baju punjabi adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki india. Ia adalah pakaian yang longgar yang labuhnya sama ada sama dengan lutut, atau bawah lutut dan, ia boleh dipakai oleh lelaki atau wanita. Wanita selalu memakai baju Punjabi dengan kurtis sebagai kemeja labuh dipadankan dengan seluar jeans. Baju Punjabi boleh dipakai sebagai kasual setiap hari atau pakaian formal.

CIRI-CIRI
Kurta tradisional terdiri daripada potongan-potongan kain persegi panjang dengan beberapa sisipan dan simpulan yang dipotong sehingga tidak meninggalkan lebihan kain. Potongan biasanya sederhana walaupun rekaannya agak rumit. Lengan baju Punjabi tradisional jatuh terus ke pergelangan tangan, tidak sempit, dan kelilingnya dihiasi. Potongan depan dan belakang baju berpotongan sederhana persegi. Kelim dibiarkan terbuka untuk 6 hingga 12 inci dia bahagian tepi bawah baju untuk memudahkan pergerakan. Baju Punjabi tidak memiliki kolar. Namun, variasi moden telah menambah kolar seperti rekaan kolar baju cheongsam.

Kurta

Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.

Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki

PAKAIAN KAUM INDIA

Anda mungkin juga menyukai