Anda di halaman 1dari 9

APLIKASI Pengguna sekarang lebih bijak menilai hasil produk yang dipasarkan oleh peniaga.

Selain mahukan rasa yang sedap, kualiti makanan dan kebersihan, pengguna juga memberi tumpuan pada reka bentuk yang dipersembahkan oleh pengeluar. Ini membuatkan peniaga berfikir tentang kombinasi pembungkusan dan pelabelan yang menarik untuk memastikan produk yang dihasilkan akan mendapat tempat yang lebih jauh dan lebih luas di pasaran, terutamanya di pasaran global. Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal. Ringkasnya, pembungkusan merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan. Fungsi utama pembungkusan adalah untuk mengekalkan kualiti, kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Pembungkusan berfungsi untuk melindungi dan memelihara produk daripada kerosakan disebabkan faktor-faktor luaran dan dalaman, menyukat, memperaga dan memasarkan produk, memaklumkan,

merangsang jualan untuk menarik pengguna, memudah serta melindungi produk semasa proses pengangkutan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat produk. Fungsi pembungkusan boleh diringkaskan seperti berikut :

Pembalut dan pembungkus. Memudahkan proses pengangkutan. Memanjangkan hayat produk. Pemasaran dan penjualan.

Pembungkus Makanan

Pandangan hadapan

pandangan belakang

Berdasarkan The Institute of Colour Research di Amerika Syarikat, pengguna secara tidak langsung membuat penilaian di luar sedar pada persekitaran adalah berdasarkan pada warna. Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia. Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang. Kami telah meletakkan warna hitam sebagai warna asas pembungkus makanan. Manakala bahagian belakang pula diletakkan warna hijau. Kombinasi warna yang sesuai sebenarnya amat penting dalam menarik minat para pembeli. Bentuk merupakan elemen grafik yang penting dan digunakan oleh pereka bentuk untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan. Menurut Sonsino (1990) bentuk boleh digubah dengan pelbagai cara iaitu pada label reka bentuk pembungkusan, bentuk pada ciri-ciri tertentu pada pembungkusan dan bentuk pembungkusan itu sendiri. Kami telah memilih bentuk segiempat tepat untuk pembungkus makanan. Hal ini kerana ia amat bersesuaian dengan produk makanan yang dihasilkan, iaitu stik coklat. Saiz yang kecil pula amat sesuai kerana mudah untuk dibawa kemana-mana. Pemilihan bahan amat penting dalam reka bentuk pembungkusan kerana dapat membina persepsi awal pengguna dan membuat penilaian terhadap produk. Bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan mesti mampu menghadapi keadaan persekitaran. Hal ini termasuklah perubahan suhu, perpindahan atau

pergerakan dan sebarang bahaya yang boleh merosakkan bungkusan. Bahan yang digunakan juga perlu mampu menghalang pencemaran atau tindak balas kimia yang datang dari persekitaran. Bahan asas bagi produk kami ialah kertas. Manakala di sebelah dalam kami telah menggunakan kertas yang diselaputi plastik. Ia bertujuan untuk memberi lebih ketahanan terhadap makanan yang mahu dipasarkan. Kami juga tidak mengguna langsung bahan-bahan seperti polimer, PVC dan logam. Hal ini menjadikan produk kami lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Tipografi merupakan media utama dalam reka bentuk pembungkusan untuk berkomunikasi tentang nama produk, fungsi, dan maklumat kepada audien pengguna. Tipografi memberikan satu kelebihan kepada produk bagi mencipta jenama yang unik dan diingati. Penggunaan muka taip membolehkan pengguna mengenal, menjelaskan dan mengaitkan jenama dengan kualiti dan fungsi. Pada muka hadapan pembungkus makanan kami, diletakkan jenama produk iaitu Glokal. Dengan ini para pembeli lebih mudah untuk mengenali produk yang dijual. Di bahagian belakang pembungkus makanan, kami paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan untuk membuat makanan. Selain itu maklumat pemakanan juga diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para pembeli menilai bahan dan nutrisi yang terdapat dalam produk. Imej merupakan elemen yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat tentang produk. Pembungkusan dalam pasaran perlu menyampaikan maklumat dengan segera tanpa perlu mengambil masa untuk membacanya. Imej samada

fotografi atau illustrasi boleh menyampaikan maklumat yang kompleks dengan segera berbanding teks. Imej fotografi atau illustrasi merupakan satu pengenalan bagi produk, menjelaskan cara penggunaan dan menjadikan produk lebih diinginkan. Bagi produk kami, pada hadapan pembungkus makanan kami letakkan gambar coklat. Ia bertujuan menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan. Logo halal juga diletakkan di bahagian belakang pembungkus bertujuan meyakinkan pembeli berkenaan status halal makanan.

Pembungkus Minuman

Dari segi penggunaan warna, kami telah memilih dua warna asas pada label botol minuman. Warna tersebut ialah warna kuning dan kelabu. Warna kuning dipilih kerana ia bersesuaian dengan warna buah nenas, bertepatan dengan perisa produk minuman. Untuk maklumat pemakanan pula kami telah menggunakan warna putih sebagai warna asas. Warna untuk botol minuman pula ialah jernih. Pembungkus minuman tersebut berbentuk segiempat tepat. Dari aspek saiz, kami menggunakan 9 cm lebar dan 20 cm panjang, mengikut kesesuaian botol minuman bersaiz 500 ml. Kami telah menggunakan botol berbentuk silinder yang runcing di hujung. Untuk bahan pembungkus, kami telah menggunakan plastic jenis PETE or PET (polyethylene terephthalate) dalam pembuatan botol. Ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan produk jualan yang ingin dijual yang tahan lasak. Untuk pembalut botol pula kami menggunakan plastic jenis polypropylene (PP). Plastic jenis ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kulit makanan seperti kerepek dan sebagainya. Pada pembalut botol, diletakkan nama produk iaitu minuman nenas. Dengan ini para pembeli lebih mudah untuk mengenali produk yang dijual. Kami juga turut paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan untuk membuat minuman. Selain itu maklumat pemakanan juga diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para pembeli menilai bahan dan nutrisi yang terdapat dalam produk minuman. Kami juga meletakkan gambar buah nenas pada label botol. Ia bertujuan untuk menarik perhatian pembeli membeli minuman. Sudah pasti rasa nenas yang menggiurkan akan memikat hati sesiapa yang melihatnya. Kami juga meletakkan logo halal.

KEBAIKAN Pembungkus Makanan Pembungkus makanan kami menggunakan warna hitam sebagai warna asas. Sesuai dengan isi di dalam yang berunsur coklat. Warna hitam lebih mudah menarik minat pencinta makanan berasaskan coklat. Hal ini kerana warna hitam dan coklat merupakan warna yang hampir sama. Warna hitam juga menunjukkan ciri-ciri elegen dan gaya. Bahagian belakang pembungkus makanan yang berwarna hijau pula melambangkan kesegaran, sesuai dengan produk makanan yang segar dan bermutu. Warna hijau yang agak kontra dengan warna hitam sebenarnya memberi sedikit kelainan dalam menarik perhatian pembeli. Bentuk pembungkus makanan yang berbentuk segi empat tepat sebenarnya memberi banyak faedah kepada penjual dan pembeli. Untuk penjual, mereka lebih mudah menyusun produk makanan kerana bentuk segiempat boleh menjimatkan ruang. Dengan ini, banyak ruang dapat dimanfaatkan. Bagi pembeli pula, bentuk seperti ini memudahkan mereka memegang mahupun menyimpan seperti di dalam laci. Saiznya yang agak kecil pula mampu dimuatkan di dalam beg tangan wanita. Kesimpulannya, saiz dan bentuk pembungkus makanan ini amat mesra pengguna. Seterusnya dari segi penggunaan bahan dalam pembuatan pembungkus kami menggunakan 100% kertas dan kertas yang dibaluti plastik. Sebenarnya, banyak kebaikan kertas yang beleh kita peroleh. Antaranya ialah, kos pengeluaran yang murah dan mampu menjimatkan kos sesuatu produk. Selain itu ia juga ringan dan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Sifat kertas yang nipis dan mudah dibentuk menjadikan ia sebagai bahan yang mudah dicetak. Kami tidak menggunakan bahan logam seperti tin dan aluminium. Hal ini bertujuan menjimatkan kos pengeluaran dan lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Pada muka hadapan pembungkus makanan kami, diletakkan nama produk iaitu Stik Coklat bersama Vanila. Dengan ini para pembeli lebih tertarik untuk melihat dengan lebih dekat. Dengan adanya nama komersial seperti ini, sudah tentu para pembeli mudah kenal dan ingat produk makanan yang dihasilkan. Di bahagian belakang pembungkus makanan, kami paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan untuk membuat makanan. Dengan ini pembeli lebih mudah untuk mengetahui bahan

yang digunakan. Selain itu maklumat pemakanan juga diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para pembeli menilai bahan dan nutrisi yang terdapat dalam produk. Cara sebegini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan para pembeli sekali gus menarik minat mereka membeli produk. Imej fotografi atau illustrasi merupakan satu pengenalan bagi produk, menjelaskan cara penggunaan dan menjadikan produk lebih diinginkan. Bagi produk kami, di hadapan pembungkus makanan kami letakkan gambar coklat. Ia bertujuan menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan. Logo halal juga diletakkan di bahagian belakang pembungkus bertujuan meyakinkan pembeli berkenaan status halal makanan.

Anggaran kos

Pembungkus makanan Bahan Kertas Cetakan Reben Tali Tag Jumlah Harga jualan Harga 1 unit (RM) 0.20 0.10 0.10 0.10 0.10 0.60 0.80

Pembungkus minuman Bahan Botol plastik Platik label Cetakan Tag Tali Jumlah Harga jualan Harga 1 unit (RM) 0.30 0.10 0.10 0.10 0.10 0.70 0.90

Pembungkus Minuman Dari segi penggunaan warna, kami telah memilih dua warna asas menghiasi label botol minuman. Warna tersebut ialah warna kuning dan kelabu. Warna kuning dipilih kerana ia bersesuaian dengan warna buah nenas, bertepatan dengan perisa produk minuman syarikat tuan. Warna kuning merupakan warna yang terang dan jelas. Pembeli boleh melihat bungkusan ini walaupun dari jauh. Selain itu ia bertujuan menarik minat pembeli untuk membeli minuman ini. Untuk maklumat pemakanan pula kami telah menggunakan warna putih sebagai warna asas. Pemilihan warna putih adalah disebabkan ia agak kontra jika dibandingkan dengan warna kuning dan kelabu. Putih juga melambangkan kebersihan sesuai dengan produk syarikat yang mengutamakan kebersihan. Botol minuman pula berwarna jernih. Tujuannya adalah untuk menonjolkan warna sebenar air minuman yang dijual. Sudah tentu membuatkan siapa sahaja yang memandangnya tertawan. Pembungkus minuman tersebut berbentuk segiempat tepat. Bentuk segi empat sebenarnya memudahkan dari aspek pelabelan yang mana akan

mempercepatkan lagi proses penghasilan botol minuman. Dari aspek saiz, kami menggunakan 9 cm lebar dan 20 cm panjang, mengikut kesesuaian botol minuman bersaiz 500 ml. Saiznya yang tidak terlalu besar memudahkan pengguna membawanya ke merata-rata tempat. Bentuk botol pula ialah silinder, tetapi runcing di hujung. Bentuk sebegini membolehkan pembeli memegangnya di tengah-tengah botol. Seandainya botol berbentuk segiempat sudah tentu menyusahkan pengguna untuk membawanya. Untuk bahan pembungkus, kami telah menggunakan plastic jenis PETE or PET (polyethylene terephthalate) dalam pembuatan botol. Ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan produk jualan yang berkehendakkan tahan lasak. Bahan plastik jenis ini juga tahan haba. Oleh itu ia amat sesuai dibawa ke tempat yang panas seperti dalam kejohanan marathon. Botol jenis ini juga boleh digunapakai berulang kali, berbanding dengan botol air mineral (PVC) yang sesuai dipakai sekali sahaja. Untuk pembalut botol pula kami menggunakan plastic jenis polypropylene (PP). Plastik jenis ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kulit makanan seperti kerepek dan sebagainya. Ia mudah untuk dicetak dan kos penghasilannya juga tidak begitu tinggi.

Pada pembalut botol, diletakkan nama produk iaitu minuman nenas. Dengan ini para pembeli lebih mudah untuk mengenali produk yang dijual. Kami juga turut paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan untuk membuat minuman. Paparan maklumat penting untuk pengetahuan pengguna. Selain itu maklumat pemakanan juga diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para pembeli menilai bahan dan nutrisi yang terdapat dalam produk minuman. Kami juga meletakkan gambar buah nenas pada label botol. Ia bertujuan untuk menarik perhatian pembeli membeli minuman. Sudah pasti rasa nenas yang menggiurkan akan memikat hati sesiapa yang melihatnya. Kami juga meletakkan logo halal untuk memastikan pembeli yakin dengan status halal produk minuman. Kesimpulannya, segala penambahbaikan yang kami lakukan adalah untuk memudahkan pengguna di samping melariskan produk syarikat.

Rumusan Pembeli akan berfikir dan mengambil masa sebelum menentukan pilihan yang betul-betul menguntungkan dan menjimatkan sebelum membeli. Pada waktu itu, faktor luaran, iaitu reka bentuk pembungkusan akan menjadi faktor galakan kepada pemilihan pengguna. Bentuk warna, saiz, harga, cita rasa selain dari pembangunan jenama akan juga menjadi tumpuan. Pembungkusan adalah perantara antara pembekal dan pengguna sesuatu produk. Menghasilkan pembungkusan yang baik dengan strategi yang bersesuaian, akan mengalih kecenderungan pengguna ke arah pengenalan dan keserasian pengguna, terhadap kedudukan jenama dalam pemikiran pengguna. Dengan sebab faktor inilah pihak kami telah menghasilkan sebuah inovasi yang menaiktaraf ciri-ciri pembungkusan makanan dan minuman. Terbukti bahawa dengan memberi sedikit sentuhan dari segi pewarnaan, bentuk dan saiz, tipografi imej serta bahan pembungkusan, produk makanan atau minuman lebih laris di pasaran. Di kesempatan ini, kami berharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan kami. Hal ini kerana pihak kami amat menitikberatkan daya tarikan terhadap produk makanan di samping menekankan kemudahan dan keselesaan kepada pembeli. Dalam era globalisasi, pembungkusan yang dinamik dan menarik, dilihat sebagai faktor penentu kepada keberkesanan penjualan sesuatu barangan, selain dari kualiti produk itu sendiri. Daya penarik, harga yang kompetitif, daya ketahanan, mudah dibawa dan sebagainya, akan mendorong keserasian pengguna terhadap produk yang dipasarkan. Produk yang cemerlang tanpa jenama yang kuat, lambat laun disisihkan. Berbeza dengan produk yang kurang cemerlang tetapi mempunyai strategi pembangunan jenama yang kuat lebih menonjol di pasaran.