Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH 02600 ARAU, PERLIS

TEL.NO TEL.FAX

: 04-9861037 : 04-9861036

_______________________________________________________________________________ CINTAILAH BAHASA KITA


Ruj.Kami: SKP/PKBP.09/01( 02 ) Tarikh: 10 APRIL 2009 YAB Menteri Besar Perlis, Pejabat Menteri Besar, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Mini Putrajaya, 01000 Kangar, Perlis. Yang Berhormat, Lawatan Pendidikan Murid-Murid Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran(PKBP) Ke KLIA Dengan segala hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran(PKBP),Sekolah Kebangsaan Pauh akan mengadakan program lawatan pendidikan seperti butiran berikut : Hari/Tarikh Masa Tempat Peserta : 28 MEI 2009 ( KHAMIS ) : 1 Hari : Penerbangan Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Alor Setar Ke KLIA : 13 murid ( Tahun 1 hingga 6 ) dan 7 Guru Pengiring

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik Yang Berhormat Dato` agar sudi memberikan sumbangan baju sebanyak 20 helai untuk murid-murid khas dan guru pengiring yang terlibat dalam lawatan tersebut. 4. Kerjasama dan keprihatinan Yang Berhormat Dato` menghulurkan sumbangan bagi menjayakan lawatan ini didahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

----------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai