Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan - Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi, perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh. CIRI-CIRI PERTUMBUHAN Kadar pertumbuhan berbeza ( berlaku peringkat demi peringkat ) Kuantitatif ( dapat dilihat & diukur ) Saiz dan struktur badan bertambah Dipengaruhi oleh baka / keturunan, kematangan, kesihatan ibu bapa, persekitaran individu tersebut Saiz otak dan organ-organ dalaman bertambah ( kanak-kanak lebih berupaya untuk menaakul dan mengingat )

Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Kuantitatif-perubahan ( perubahan dari segi fizikal. kognitif, sosial, emosi dan moral ) Perubahan yang berterusan dan melalui peringkat-peringakat kematangan tertentu Hasil daripada kematangan dan pembelajaran Stabil teratur dan progresif Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran Berikut adalah jadual tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan:

Aspek
Jasmani

Pertumbuhan
Pertumbuhan saiz, berat, gigi

Perkembangan
Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu Kemahiran mendisiplin dan sesuaikan diri dalam pergaulan

Mental

Bertambah keupayaan berfikir

Emosi Sosial

Perasaan seronok, gembira, sedih , takut Meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dengan orang lain

Anda mungkin juga menyukai