Anda di halaman 1dari 13

Model Stephen Kemmis

Konsep kajian tindakan


Kemmis (1983) mentafsirkan kajian tindakan adalah pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.

Pendekatan / Reka bentuk model stephen kemmis


1. merancang

4. refleksi 2. bertindak

3. pemerhatian

*kitar ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, kitar akan diteruskan

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani

Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untukmengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

Contoh kitaran Model Stephen Kemmis

Gelung pertama
Langkah 1: PERANCANGAN Apakah anda hendak buat? Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?

Langkah 2: PELAN TINDAKAN Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru? Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai? Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku]

Langkah 3: PENGUMPULAN DATA Temu duga murid Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) = memerhati apa yang berlaku di kalangan murid Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas Tape audio -perbualan dengan murid, guru lain

Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada apa yang sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada pelajar. Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul. Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.

Gelung Kedua
Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar. Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya

Langkah 6: PELAN TINDAKAN SAMA SEPERTI LANGKAH 2 Langkah 7: PENGUMPULAN DATA SAMA SEPERTI LANGKAH 3 Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI SAMA SEPERTI LANGKAH 4