Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 1

1.0) PENGENALAN
Projek inovasi ini merupakan tugasan terakhir bagi pelajar Semester 8 PISMP untuk subjek Reka Bentuk Projek. Kami, para pelajar telah diberi tugas untuk menyiapkan satu unit projek permainan yang boleh dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) beserta dokumentasi mengenai permainan yang dihasilkan. Tugasan kami bermula dari peringkat mencari idea disusuli dengan menterjemahkan idea kepada lakaran. Reka bentuk permainan yang bakal dihasilkan bergantung pada kreativiti pelajar berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk melahirkan idea di samping penerapan elemen serta prinsip penghasilan reka bentuk yang telah dipelajari. Seterusnya adalah mengaplikasikannya kepada produk sebenar yang boleh dijadikan sebagai bahan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses menyiapkan projek ini banyak memberi impak yang positif dan menjurus ke arah pembacaan, perbincangan akademik dan pengkongsian

maklumat secara pintar di kalangan pelajar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kerjasama di antara pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses maklumat dari pelbagai sumber serta dapat

mengaplikasikannya iaitu dari bentuk imaginasi (idea) kepada bentuk realiti (sebuah projek inovasi). Ini dapat mengaktifkan lagi daya pemikiran pelajar dan juga menambahkan pengetahuan serta pengalaman masing-masing.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 2

MAKLUMAT PROJEK

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 3

2.0) MAKLUMAT PROJEK


2.1 : RASIONAL
Membuat produk inovasi yang berkonsepkan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang kukuh dan stabil di samping mempunyai nilai estetika yang tinggi dan juga nilai egronomik. Produk Bahan Bantu Mengajar yang mempunyai nilai komersial yang bersesuaian dengan sasaran pasaran agar dapat dijual sekiranya produk itu dikomersilkan. Menyediakan produk permainan yang mengggunakan kos yang rendah dan berpatutan. Menyiapkan produk Bahan Bantu Mengajar yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Menghasilkan sebuah produk Bahan Bantu Mengajar yang mudah dialihkan dan ringan. Mencipta produk Bahan Bantu Mengajar yang simple dan moden.

2.2 : MATLAMAT
Matlamat penghasilan produk inovasi yang berkonsepkan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) ini adalah untuk memberi pengalaman kepada bakal guru dalam pembuatan sesebuah produk. Projek Roda Serbaguna dihasilkan bertujuan sebagai bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran di dalam kelas serta memaksimumkan

penggunaan bahan terpakai seperti tayar basikal. Projek ini sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar kerana fungsinya yang menarik dan

mempelbagaikan lagi corak pengajaran guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Projek ini juga bertujuan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam bidang pembuatan.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 4

2.3 : OBJEKTIF
Membolehkan pelajar menggunakan kemahiran reka cipta. Mewujudkan sifat daya cipta dalam kalangan pelajar. Membolehkan pelajar menimba pengalaman serta kefahaman yang berguna sepanjang penghasilan projek. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang kursus yang dipelajari. Menggalakkan pelajar yang juga bakal guru berfikir dengan lebih kreatif tentang kaedah pengajaran yang pelbagai untuk dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.4 : PERNYATAAN MASALAH


Sebagaimana yang telah diketahui, terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar berunsurkan roda yang terdapat di pasaran. Melalui hasil pemerhatian mendapati bahawa bahan bantu mengajar berunsurkan roda yang sedia ada ini mempunyai beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah ia menggunakan ruang yang agak luas serta mempunyai bentuk dan berat objek yang tidak relevan untuk dibawa ke mana- mana. . Malah, bahan bantu mengajar berkonsepkan roda yang terdapat di pasaran juga susah disimpan jika tidak digunakan dan ini mengakibatkan kerugian ruang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perabot yang lain. Bahan bantu mengajar roda impian yang telah dicipta ini dihasilkan daripada material yang berbeza-beza seperti roda, kayu, besi kertas warna yang menarik. Kami memaksimumkan penggunaan bahan-bahan terpakai bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Penerapan unsur inovatif kami terapkan dalam menghasilkan projek inovasi ini.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 5

2.5 : PENYELESAIAN MASALAH


Setelah menjalankan pemerhatian, kami mencapai kata sepakat iaitu untuk menghasilkan sebuah projek bahan bantu mengajar Roda Serbaguna bagi membantu murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, beberapa idea dan pendapat telah dicapai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi 1. Roda Serbaguna mudah dibawa dan disimpan. Permainan roda yang mudah dibawa dan disimpan ini mudah dibawa dan disimpan bagi memaksimumkan ruang bagi kelas atau bilik darjah yang mempunyai saiz dan ruang yang terhad. 2. Bentuk dan berat yang tinggi. Melalui masalah ini, kami membina sebuah roda serbaguna yang sederhana dan menggunakan material yang ringan dan mudah

dikendalikan. Bentuk yang dihasilkan bersesuaian dengan bilik darjah yang bersaiz kecil dan sederhana.

2.6 : PENCETUSAN IDEA


Sebelum memulakan projek, kami terlebih dahulu mengkaji selidik dan membuat pemerhatian dari segi reka bentuk dan kualiti bahan bantu mengajar yang pernah dihasilkan sebelum ini. Apa yang bermain di fikiran saya ialah produk permainan yang paling menarik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kami memulakan tugas yang pertama iaitu membuat pemerhatian dengan mengumpul contoh-contoh permainan yang terdapat dalam laman sesawang. Pemerhatian kami terdiri dari pelbagai aspek antaranya ketahanan, berat, saiz, kestabilan warna dan reka bentuk yang menarik. RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 6

Idea untuk menghasilkan Roda Serbaguna ini tercetus apabila sebelum ini, kami melihat kebanyakan guru hanya menggunakan kotak atau polisterin sahaja untuk menghasilkan bahan bantu mengajar seperti ini. Kami mula terfikir untuk menghasilkan sebuah roda dalam bentuk 3D yang betul-betul berfungsi dan boleh digunakan berulang kali. Oleh sebab itu, kami telah memutuskan untuk menggunakan material yang ringan dan sesuai iaitu besi dan keluli agar ia tidak mudah rosak dan patah. Setelah idea ini terhasil, kami dengan segera membuat lakaran kasar produk permainan yang menarik hati dan dirasakan terbaik. Seterusnya, kami mengaplikasikan daripada apa yang dilakar dalam lukisan kepada produk sebenar.

2.7 : DESKRIPSI PROJEK


Roda Serbaguna dihasilkan bertujuan bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian ilmu oleh guru. Produk ini sesuai digunakan bagi memantapkan ingatan murid-murid berkenaan sesuatu tajuk atau pelajaran. Bahan bantu mengajar ini dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap pengajaran guru dan lebih sesuai digunakan berbanding mengajar menggunakan kaedah chalk and talk. Tambahan pula, ia boleh digunakan dalam mana-mana tajuk yang dirasakan sesuai oleh guru. Projek Roda Serbaguna ini menggunakan rim basikal yang berdiameter 20 inci dan 1.5 inci tebal. Ketinggian projek ini ialah 30 cm. Saiz ini adalah amat sesuai dengan projek dan mudah dibawa oleh guru ke mana-mana sahaja. Ia juda mudah dialihkan, mudah disimpan serta

tidakmenggunakan ruang yang besar. Walaubagaimanpun, ia tidaklah terlalu kecil dan sesuai dimainkan oleh sekumpulan murid antara 4-6 orang.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 7

LUKISAN PROJEK

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 8

3.0) LUKISAN PROJEK


3.1 : LUKISAN PEMASANGAN

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 9

3.2 : LUKISAN CERAIAN

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 10

3.3 : PANDANGAN ATAS

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 11

3.4 : PANDANGAN HADAPAN

3.4 : PANDANGAN SISI

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 12

PROSES KERJA

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 13

4.0) PROSES PENGHASILAN PROJEK

Setelah memutuskan untuk menghasilkan Roda Serbaguna, kami mengumpul bahan dan alatan yang diperlukan seperti rim basikal, jangka lukis, mounting board, gam, pisau penanda dan kertas warna.

Setelah mendapatkan bahan yang diperlukan, roda basikal itu perlu di welding terlebih dahulu bagi mendapatkan tapak yang kukuh dan stabil untuk projek Roda Serbaguna tersebut.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 14

Langkah kedua ialah menggunting mounting board tersebut kepada dua kepingan bulatan yang lebih kecil untuk menutup permukaan roda basikal.

Langkah ketiga ialah menampal mounting board tersebut di atas permukaan roda basikal dan melekatkan setiap kepingan tersebut dengan kemas dan kukuh.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 15

Langkah seterusnya ialah melekatkan permukaan tersebut dengan kertas lain yang dipilih serta membahagikan bulatan kepada 8 bahagian.

Langkah terakhir ialah menghias roda tersebut dengan hiasan dan aksesori yang sesuai berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 16

NILAI ESTETIKA

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 17

5.0) NILAI ESTETIKA

REKA BENTUK MENARIK Roda Serbaguna ini mempunyai reka bentuk yang menarik. Walaupun rekaan sebegini selalu dijumpai namun kita biasanya melihat roda yang dihasilkan menggunakan kotak atau polisterin. Tambahan pula, warna yang dipilih dalam menghasilkan Roda Serbaguna ini membuatkan ia tampak menarik dan ceria.

TAHAN LAMA Roda Serbaguna ini mempunyai ketahanan yang tinggi dan tahan lama kerana keseluruhan badannya dihasilkan daripada besi dan keluli. Oleh sebab itu, ia tidak akan menyerap air, tahan bebanan haba yang tinggi serta tidak mudah patah.

PELBAGAI GUNA / MULTIFUNCTION Roda Serbaguna yang dihasilkan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran dan tidak memfokuskan hanya kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan permainan ini untuk

memantapkan ingatan murid terhadap nama dan kegunaan alatan tangan dalam tajuk-tajuk Kemahiran Hidup dan murid akan lebih berminat terhadap kaedah pengajaran seperti ini.

NILAI KOMERSIAL Roda Serbaguna ini bersesuaian dengan sasaran pasaran kerana reka bentuk yang menarik dan ceria, sifat katahanlasakan dan kestabilan yang tinggi serta mempunyai pelbagai kegunaan.

STABIL DAN KUKUH Roda Serbaguna yang dihasilkan boleh menahan bebanan, serta mempunyai kestabilan yang tinggi. Selain itu, sifat permainan ini yang ringan dan kecil menjadikan ia boleh dibawa ke mana sahaja. RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 18

KOS PROJEK

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 19

6.0) KOS MEMBUAT PROJEK

A) Kos Barangan

BIL

BARANGAN

HARGA SEUNIT(RM)

KUANTITI

JUMLAH

Rim basikal

40.00

1 unit

RM 40.00

Welding

30.00

1 unit

RM 30.00

Mounting board

6.00

1 keping

RM 6.00

Gam UHU

2.50

1 unit

RM 2.50

Nylon Cable Tie

2.00

1 paket

RM 2.00

Kertas warna

0.20

10 keping

RM 2.00

Jumlah

RM 82.50

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 20

CARTA GANTT

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 21

7.0) CARTA GANTT

BULAN/MINGGU AKTIVITI Mengenalpasti idea Mencari contoh projek yang telah siap Membuat lakaran awal projek Menghasilkan lukisan projek Mengumpul diperlukan Menyiapkan bahagian tapak roda Mencantumkan bahagian permukaan roda Menghias roda Membuat dokumentasi bahan dan alatan yang

OGOS 1 2 3 4

SEPTEMBER 1 2 3 4

OKTOBER 1 2 3 4

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 22

REFLEKSI KENDIRI

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 23

8.0) REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya projek bagi Semester 8 yakni semester terakhir kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberi kekuatan untuk menyiapkan projek ini yang telah bermula selepas saya menjalani amali RBT 3116 iaitu bagi subjek Proses dan Kaedah Reka Bentuk. Pada detik-detik awal mendapat tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini sedikit sukar kerana tidak banyak bahan bantu mengajar berkonsepkan permainan yang boleh dihasilkan dengan reka bentuk yang menarik. Tambahan pula, permainan jenis ini adalah sangat terbatas dan saya tidak mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkenaan inovasi produk seperti ini. Namun begitu, apabila difikirkan kembali, saya menerima tugasan ini dengan ikhlas kerana memikirkan tanggungjawab sebagai seorang guru kelak. Seandainya seorang pendidik tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap, mana mungkin beliau dihormati oleh pelajar-pelajar. Atas rasa kesedaran itulah, saya berusaha untuk mencari maklumat dan membuat rujukan untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran tentang reka cipta produk yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah saya yang berdedikasi iaitu Encik Abdul Sukur bin Kamsir, saya akhirnya berjaya menyiapkan projek ini sedikit demi sedikit dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan beliau. RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 24

Proses menyiapkan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri dan projek yang dilaksanakan agar dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Proses dan Kaedah Reka Bentuk ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Akhir sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan inayahNya, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan sempurna.InsyaALLAH. Wassalam..

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 25

BIBLIOGRAFI

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 26

9.0) BIBLIOGRAFI
Sumber Buku

Caborn, Mould dan Cave, (1989). Design and Technology. Nelson International Edition : Penang.

Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin,(2003). Buku Sumber Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Buku Sumber Pelajar Reka Cipta Sekolah Menengah Atas. Pusat Perkembangan Kurikulum : Kuala Lumpur

Laman Sesawang http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50170636/&docid=CJASnaqvN9KG cM&imgurl http://www.google.com.my/imgres?start=171&biw=1280&bih=699&tbm=isch&tbni d=43FAAQVerHILXM:&imgrefurl=http://www.archiproducts.com/en/products/323 59/museum-food-trolley-with-drawers-museum-529http://www.google.com.my/imgres?biw=1280&bih=699&tbm=isch&tbnid=mNnle9j xamnOOM:&imgrefurl=http://www.fastcompany.com/1239221/milan-furniturepreview-five-eye-popping-drool-worthy-desi

RBT 3116 | DOKUMENTASI PRODUK 27