Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada semester kelima, setiap pelajar dikehendaki mengikuti lawatan Benchmarking ke sekolah cemerlang dan bengkel/ceramah secara berkumpulan untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali ini. Proses pembinaan insan guru terbina berasaskan aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping

meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi. Segala pengisian program Bina Insan Guru (BIG) juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

2.0

MATLAMAT Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, diharapkan guru-guru PISMP dapat

membina

semangat

juang

yang

tinggi

dan

sentiasa

bersedia

menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa. Sehubungan dengan itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan akauntabiliti profesionalisme, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif. Ini bertujuan untuk mencapai citi-cita murni membentuk jati diri sebagai seorang guru untuk membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti Wawasan Negara.

3.0

OBJEKTIF Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP diharapkan dapat : 3.1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan

mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 3.2. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 3.3. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat

keputusan yang jitu. 3.4. Menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikkan secara berterusan. 3.5. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.. 3.6. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan mengorganisai sesuatu program dengan baik. 3.7. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

4.0

TARIKH 26 Februari 2013 (SELASA)

5.0

TEMPAT PROGRAM Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Kangar Perlis

6.0 LAPORAN (SEBELUM)

17/10/12 Pada 17/10/12 taklimat pertama bagi program Bina Insan Guru (BIG). Taklimat ini dikendalikan oleh Encik Sofi Bin Mat Akhir dan Encik Yusri Bin Yusof. Seterusnya dalam perjumpaan kali pertama ini, Encik Sofi Bin Mat Akhir telah membahagikan kumpulan kelas serta siri bagi BIG ini. Antara kumpulan kami ialah kelas PK1 dan PAI . Selesainya itu agenda kami seterusnya ialah pelantikan jawatankuasa tertinggi dan ketua ahli jawatankuasa bagi setiap siri .

Pengerusi: Ibrahim bin Abdul Halim

Naib Pengerusi: Mohd Hilal Izzuddin bin Che Abd. Aziz

Setiausaha: Nur Fahana binti Muda

Penolong Setiausaha: Ummu Aiman binti Zakaria

Bendahari: Fatin Nazihah binti Yusoff

Penolong Bendahari: Muhammad Iqbal bin Shahidan

AJK Pengangkutan:

Pengerusi

: Solehuddin bin Zainol Abidin

Setiausaha : Nur Syafiqah binti Mansor AJK : Mohamad Khairul Azman bin Ramli Mohd Nuruddin bin Zakaria Siti Nazirah binti Omar

Buku Program:

Pengerusi

: Nur Syazwani binti Mohd Nasir

Setiausaha : Alwanie binti Salleh AJK : Abdul Karim bin Kamaruzaman Muhammad Fitri bin Shari

Makanan :

Pengerusi

: Wan Amirudin bin Wan Nasri

Setiausaha : Noor Adnin binti Othman AJK : Nur Adawiyah binti Muhd Ajos Nur Atirah binti Mat Ariffin Mohd Lukman bin Mohd Ghazali

Aktiviti :

Pengerusi

: Muhamad Nazreen bin Jamil

Setiausaha : Nurul Azurin binti Mohamad Taupik AJK : Mohd Nurazam bin Mat Resadi Muttakin Akmal bin Maaroff Norhafiza binti Ahmad

Peralatan & Bahan :

Pengerusi

: Mohd Hafiziallah bin Hanifha

Setiausaha : Abdul Raqib bin Abd. Rahman AJK : Aiman Zaki bin Mohamad Nafsiah binti Ibrahim Nurul Afifah binti Haron

Tugas-tugas Khas :

Pengerusi

: Ahmad Nazirul Syafiq bin Rosli

Setiausaha : Huda binti Hj. Mohamad AJK : Nadia Aisyah binti Azmin Habib Nuh bin Che Hussin Mohamad Hafiz bin Abu Samah

Dokumentasi:

Pengerusi

: Lee Cheah Eu

Setiausaha : Nurain binti Md. Akhir AJK : Farah Husna binti Mohamad Rasli Norazaludin Azrin bin Razaly Norhayati binti Zakaria

6/1/13

Pada hari tersebut merupakan mesyuarat ahl jawatankuasa tertinggi sahaja terlibat. Dalam mesyuarat ini ahli-ahli jawatankuasa membincangkan mengenai aktiviti, tentatif program , makanan dan pengangkutan . Bagi pengangkutan, tempahan bas perlulah dilakukan dengan lebih awal.

4/2/13 Pada hari Isnin satu perjumpaan dilakukan. Agenda perjumpaan kali ini ialah berbincang mengenai penetapan bagi tarikh yang sesuai untuk membuat temu janji bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indera , Kangar , Perlis. Agenda seterusnya ialah ahli jawatankuasa makanan berbincang dengan pengusaha kantin sekolah SK Seri Indera mengenai menu makanan.

24/2/13 Pada hari Ahad merupakan perjumpaan terakhir bersama kesemua peserta BIG siri 3 sahaja. Dalam perjumpaan ini suatu taklimat diberikan

mengenai pemakaian pakaian , tarikh untuk melaksanakan BIG dan berbincang mengenai tempat untuk kesemua peserta BIG berkumpul sebelum bertolak.

SEMASA (26/2/13) Pada hari Ahad seperti biasa mengikut perancangan kesemua peserta BIG berkumpul di hadapan unit Gerko pada pukul 7.30 pagi. Kami bermula bertolak pada pukul 7.45 pagi ke Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Kangar Perlis. Tibanya kami di SK Seri Indera, kami disambut dengan sambutan yang baik dan mesra oleh guru penolong kanan pentadbiran sekolah tersebut. Seterusnya kami kesemua peserta BIG dibawa ke bilik mesyuarat sekolah. Di sana kami mendengar taklimat mengenai keseluruhan sekolah. Taklimat merangkumi dua sesi iaitu bagi taklimat pertama iaitu taklimat mengenai kepimpinan sekolah, misi sekolah, dan visi sekolah. Seterusnya bagi taklimat kedua pula lebih berfokus kepada iklim sekolah dan budaya di dalam sekolah. Selesainya itu kami minum pagi dan pihak sekolah tersebut mengadakan sesi lawatan ke bahagian-bahagian sekolah . Dalam lawatan ini kami diperkenalkan bagaimana pegurusan keseluruhan sekolah, melihat insfrastruktur dan sebagainya. Berakhirnya lawatan kami pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya kami berkumpul semula di bilik mesyuarat untuk sesi refleksi dan majlis penutupan serta sesi fotografi bersama pihak pengurusan sekolah tersebut. Seterusnya kami bertolak pulang ke IPG Kampus Darulaman .

SELEPAS Selesainya itu kami kesemua peserta BIG berkumpul sementara menunggu bas akan tiba . Tibanya kesmua peserta BIG kami diberikan taklimat untuk membuat laporan BIG secara individu.

Anda mungkin juga menyukai