Anda di halaman 1dari 36

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) MANUAL PENGGUNA BAGI SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SUP) SEKOLAH RENDAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SENARAI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. ISI KANDUNGAN Pengenalan Keterangan Umum SPPBS Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 3.1 Laman Utama Sistem 3.2 Login 3.3 Kemaskini Profil 3.4 Laman Utama SUP 3.5 Sekolah 3.6 Kelas 2011 3.5.1 Daftar 3.5.2 Hapus 3.5.3 Kemaskini 3.7 Guru 3.7.1 Daftar 3.7.1.1 Tambah MP/Kelas 3.7.1.2 Guru Besar/Penolong Kanan 3.7.1.2.1 Daftar 3.7.2 Hapus 3.7.3 Kemaskini 3.8 Murid 3.8.1 Daftar 3.8.2 Batal 3.8.3 Pindah 3.8.4 Senarai 2011 3.8.5 Daftar Murid Bagi 2012 & ke ATAS 3.8.6 Kemaskini Murid Tiada MyKid 2011 Dengan Data APDM 3.9 Laporan 3.9.1 Senarai Kelas 3.9.2 Senarai Guru 3.9.3 Prestasi Murid 3.9.4 Statitik MUKA SURAT 4 4 6 6 6 7 8 8 9 9 10 11 12 12 14 15 15 17 18 20 20 22 24 27 28 29 30 30 31 32 32
2 / 36

BIL 3.10 Cetakan 3.10.1 Guru 3.10.2 Murid 3.11 3.12 Pengguna

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 34 34 34 35 35 36 36 36 36

3.13

3.11.1 Kemaskini Kata Laluan Bantuan 3.12.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi 3.12.2 Manual Pengguna Keluar

3 / 36

1. PENGENALAN Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

2. KETERANGAN UMUM SPPBS Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS:

4 / 36

SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses kerja yang diperlukan oleh Setiausaha Peperiksaan (SUP). Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah : a. Laman Utama Sistem b. Login c. Laman Utama SUP d. Sekolah e. Kelas 2011 i. Daftar ii. Hapus iii. Kemaskini f. Guru i. Daftar ii. Hapus iii. Kemaskini

g. Murid i. 2011 ii. 2012 & Ke ATAS iii. Kemaskini Murid Tiada MyKid 2011 dengan Data APDM h. Laporan i. Senarai Kelas ii. Senarai Guru iii. Senarai Murid iv. Statistik i. Cetakan i. Guru ii. Murid Pengguna i. Kemaskini Profil

j.

k. Bantuan i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi ii. Manual Pengguna l. Keluar

5 / 36

3. 3.1

PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH LAMAN UTAMA SISTEM

Klik untuk ke laman login

Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web SPPBS. Setiausaha Peperiksaan (SUP) memasuki sistem ini melalui perkataan Setiausaha Peperiksaan. Skrin login ke Sistem bagi SUP akan dipaparkan. 3.2 LOGIN

SUP perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan. Setelah itu, butang <Masuk> perlu diklik bagi tujuan pengesahan pengguna sistem.

6 / 36

Sekiranya Nama Login dan Kata laluan yang tidak sepadan skrin akan memaparkan mesej seperti rajah dibawah.

SUP perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna SUP akan dilakukan sendiri oleh pengguna SUP.

3.3

KEMASKINI PROFIL Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. SUP perlu memasukkan kata laluan yang baru bagi tujuan melindungi data pengguna di dalam sistem.

7 / 36

3.4

LAMAN UTAMA SUP

Skrin Laman Utama SUP akan memaparkan maklumat mengenai pengguna SUP yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh pengguna SUP.

3.5

SEKOLAH Klik pada <Sekolah> dan paparan di bawah dipaparkan:

8 / 36

3.6 3.6.1

KELAS 2011 DAFTAR Apabila menu <Kelas> diklik, skrin memaparkan sub menu Kelas iaitu Daftar, Hapus dan Kemaskini. Pilih menu <Daftar> dan SUP boleh mendaftar semua nama kelas dan darjah yang terdapat di sekolah. SUP perlu memilih <Pilih Tahun> dan memasukkan Nama Kelas. Setelah itu, butang <Daftar> diklik untuk disimpan.

Apabila butang <Daftar> diklik, paparan mesej seperti skrin di bawah akan dipaparkan.

9 / 36

3.6.2

HAPUS Untuk menghapus rekod kelas sila pilih sub menu <Hapus> pada menu <Kelas> dan paparan Hapus Kelas akan keluar seperti rajah dibawah:

SUP perlu <Pilih Tahun> dan Nama Kelas serta tekan butang <Hapus>. Paparan Hapus Kelas akan dipaparkan seperti rajah dibawah:

10 / 36

3.6.3

KEMASKINI Untuk kemaskini atau mengubah nama kelas, SUP perlu pilih sub menu <Kemaskini> pada menu <Kelas>. Setelah <Kemaskini> diklik paparan kemaskini kelas seperti rajah dibawah akan dipaparkan.

SUP perlu <Pilih Tahun>, <Nama Kelas> dan masukkan Nama Kelas Baru. Setelah tekan butang <Kemaskini> paparan seperti rajah dibawah akan keluar.

11 / 36

3.7 3.7.1

GURU DAFTAR Apabila sub menu <Daftar> diklik pada menu <Guru>, maka skrin di bawah dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan/ ID Guru Beredar dan Nama guru untuk mendaftar guru matapelajaran. Kemudian klik butang<Daftar>.

Sekiranya no. kad pengenalan telah pun didaftar, maka paparan mesej seperti di bawah akan dipaparkan setelah butang <Daftar> diklik.

12 / 36

SUP perlu pilih <Mata Pelajaran>, <Tahun/Kelas>.

Seterusnya tekan butang <Tambah MP/Kelas> dan paparan seperti rajah dibawah akan keluar.

13 / 36

3.6.1.1 TAMBAH MP/KELAS Untuk tambah matapelajaran atau kelas kepada guru. SUP perlu pilih sub menu <Daftar> pada menu <Guru> dan skrin akan keluar seperti rajah dibawah.

SUP perlu klik untuk Tambah MP/Kelas untuk setiap guru yang telah didaftarkan. SUP juga boleh memasukkan nombor kad pengenalan guru yang dipilih dan tekan butang <Cari>. Seterusnya skrin di bawah akan dipaparkan.

14 / 36

SUP perlu memilih <Mata Pelajaran>, <Tahun/Kelas> dan kemudian tekan butang <Tambah MP/Kelas>. Setelah butang <Tambah MP/Kelas> diklik rekod tersebut disimpan dan skrin akan terpapar seperti rajah dibawah.

3.7.1.2 3.7.1.2.1

GURU BESAR/PENOLONG KANAN DAFTAR SUP perlu klik menu <Guru> dan pilih sub menu <Daftar>. Kemudian klik pada ikon untuk mendaftar Guru Besar/Guru Penolong Kanan skrin seperti rajah di bawah akan dipaparkan.

15 / 36

SUP perlu tanda () pada Guru Besar/PK untuk mendaftarkan Guru Besar/ Guru Penolong Kanan dan klik butang <Daftar> seperti skrin di bawah.

Setelah berjaya didaftarkan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.

16 / 36

3.7.2

HAPUS Untuk hapus rekod guru SUP perlu pilih sub menu <Hapus> pada menu <Guru> dan skrin seperti rajah dibawah akan terpapar.

Seterusnya masukan nombor kad pengenalan dan tekan butang <Cari>, kemudian skrin akan terpapar seperti rajah dibawah

17 / 36

Bila tekan butang <Hapus> akan keluar paparan seperti rajah dibawah dan tekan butang <OK> untuk hapus rekod guru.

3.7.3

KEMASKINI Apabila sub menu <Kemaskini> diklik pada menu <Guru>, maka skrin di bawah dipaparkan. Masukkan no. kad pengenalan untuk mengemaskini maklumat guru matapelajaran. Kemudian klik butang<Cari>.

18 / 36

SUP boleh mengemaskini maklumat profil guru matapelajaran dan klik pada butang <Kemaskini>. Bagi mengemaskini matapelajaran pula, klik <Guru Mata Pelajaran>.

Klik untuk mengemaskini matapelajaran

Paparan berikut akan dipaparkan. Jika untuk menghapus matapelajaran pula klik gambar

19 / 36

3.8 3.8.1

MURID DAFTAR Apabila menu <Murid> diklik, skrin memaparkan sub menu <2011> iaitu Daftar 2011, Kemaskini, Batal, Pindah dan Senarai 2011. Apabila sub menu <Daftar 2011> diklik, sub menu <Ada MyKid> dan <Tiada MyKid> dipaparkan. Klik pada <Ada MyKid> paparan seperti rajah dibawah akan paparkan. <Ada MyKid>

Kemudian, masukkan No. MyKid dan klik butang <Cari>. Data murid yang di cari ini diperolehi dari data APDM.

20 / 36

Kemudian, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih <Tahun/Kelas> bagi murid berkenaan dan klik butang <Daftar> untuk mendaftar murid dalam kelas berkenaan.

<Tiada MyKid> Apabila <Tiada Mykid> diklik pada menu <Murid> . Skrin Daftar Tiada No. Mykid akan terpapar seperti rajah dibawah. SUP perlu mengisi semua data murid dalam borang tersebut dan tekan butang <Simpan>.

21 / 36

Sekiranya data murid tidak lengkap dan apabila SUP klik butang <Simpan> skrin akan keluar seperti rajah dibawah. Ia tidak membenarkan data itu disimpan dan SUP perlu mengisi semula data murid dengan lengkap.

3.8.2

BATAL Rekod murid yang perlu dibatalkan ialah kematian, berhenti sekolah dan murid salah sekolah. SUP perlu klik <Batal> pada menu <Murid> dan skrin akan terpapar seperti rajah dibawah.

22 / 36

Seterusnya SUP perlu masukan No. MyKid/ No. Murid dan tekan butang <Cari> dan skrin seperti rajah dibawah akan keluar.

SUP perlu memlih <Alasan Batal> dan tekan butang <Batal Murid> dan skrin akan terpapar seperti rajah dibawah dan tekan butang <OK>.

23 / 36

3.8.3

PINDAH Bagi murid yang pindah keluar dari sekolah, SUP perlu memilih butang <Murid> <2011> <Pindah> <Keluar>. Skrin di bawah dipaparkan dan SUP perlu memasukkan nombor myKid murid berkenaan dan tekan butang <Cari>.

Tekan butang <Pindah> untuk meneruskan proses seperti paparan di bawah.

24 / 36

Paparan mesej seperti di bawah akan dipaparkan.

Bagi murid yang pindah masuk, SUP perlu memilih butang <Murid> <2011> <Pindah> <Masuk>. Skrin di bawah dipaparkan dan SUP perlu memasukkan No. MyKid/No. Murid berkenaan dan tekan butang <Cari>.

25 / 36

Murid yang akan dipindah masuk akan dipaparkan seperti di bawah. SUP perlu klik pada

Seterusnya pilih <Tahun> dan <Kelas> dan seterusnya tekan butang <Simpan>.

26 / 36

Paparan mesej seperti di bawah akan dipaparkan setelah murid dipindah masuk.

3.8.4

SENARAI 2011 Untuk memaparkan senarai murid bagi tahun 2011, SUP perlu klik pada menu <Murid> <2011> <Senarai 2011>. SUP perlu memilih <Tahun/Kelas>, atau <Status Murid Batal> atau <Kecatatan> dan tekan butang <Papar>.

27 / 36

Senarai murid berdaftar akan dipaparkan seperti di bawah.

3.8.5

DAFTAR MURID BAGI 2012 & KE ATAS Maklumat murid bagi 2012 & ke atas diperolehi daripada APDM. Maka SUP hanya perlu tekan <Murid> <2012 & Ke Atas>. Paparan dibawah akan dipaparkan dan SUP perlu memilih Tahun/Kelas atau No Mykid/ No Sijil Lahir/ No Passport/ No Muird Tiada Dokumen dan tekan butang <CARI>.

28 / 36

Maklumat murid akan dipaparkan seperti di bawah.

3.8.6

KEMASKINI MURID TIADA MYKID 2011 DENGAN DATA APDM Bagi murid-murid yang tiada myKid dalam APDM, SUP perlu memlilih menu <Murid> <Kemaskini Murid Tiada myKid 2011 dengan APDM>. SUP perlu pilih <Tahun/Kelas> dan tekan butang <Papar>.

29 / 36

3.9 3.9.1

LAPORAN SENARAI KELAS Apabila sub menu <Senarai Kelas> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. <Pilih Tahun> yang dikehendaki dan tekan butang <cari>.

Senarai kesemua kelas yang telah daftarkan akan dipaparkan seperti di bawah.

30 / 36

3.9.2

SENARAI GURU Apabila sub menu <Senarai Guru> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. <Pilih Peranan>, <Mata Pelajaran>, <Tahun/Kelas> dan tekan butang <PAPAR>.

Semua senarai guru berserta matapelajaran guru berkenaan akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya hendak dihapuskan, maka gambar diklik.

31 / 36

3.9.3

PRESTASI MURID Apabila sub menu <Prestasi Murid> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih <Tahun Taksiran>, <Tahun>, <Kelas>, <Mata Pelajaran> dan tekan butang <Cari>.

3.9.4

STATISTIK Apabila sub menu <Statistik> diklik pada menu <Laporan>, Senarai Laporan akan dipaparkan dan SUP perlu klik pada Bilangan Prestasi Murid Mengikut MP dan Band.

32 / 36

SUP perlu memasukkan <Mata Pelajaran>, <Tahun Pentaksiran>, <Tahun> dan tekan butang <Cari>. Skrin di bawah akan dipaparkan.

33 / 36

3.10

CETAKAN

3.10.1 GURU Bagi mencetak Senarai Guru dan Surat Login untuk Guru Mata Pelajaran dan Guru Besar/Penolong Kanan, SUP perlu klik pada menu <Cetakan> <Guru> dan Senarai Cetakan akan dipaparkan seperti rajah di bawah:

3.10.2 MURID Bagi mencetak Senarai Murid dan Prestasi Sumatif SUP perlu klik pada menu <Cetakan> <Murid> dan senarai cetakan murid akan dipaparkan seperti rajah di bawah:

34 / 36

3.11

PENGGUNA

3.11.1 KEMASKINI KATA LALUAN Menu <Pengguna> digunakan untuk mengemaskini kata laluan SUP. SUP hanya perlu pilih menu <Pengguna> dan klik sub menu <Kemaskini Profil>. Skrin dibawah menunjukkan paparan Kemaskini Profil SUP.

Setelah butang <Kemaskini> diklik skrin seperti dibawah akan terpapar.

35 / 36

3.12 BANTUAN 3.12.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI Sekiranya klik pada sub menu <Pegawai Yang Boleh Dihubungi> pada menu <Bantuan>, maka paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh SUP akan dipaparkan.

3.12.2 MANUAL PENGGUNA Sekiranya klik pada sub menu <Manual Pengguna> pada menu <Bantuan>, maka manual pengguna SUP akan dipaparkan.

3.13 KELUAR Apabila menu <Keluar> diklik, SUP tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. SUP perlu memulakan semula proses dengan memasukkan nama login dan kata laluan sekiranya hendak memasuki sistem.

36 / 36

Anda mungkin juga menyukai