Anda di halaman 1dari 1

Kong Jen Soon (PISMP PC1) ISL Minggu 2 : Perkembangan Kanak-kanak

Pertumbuhan ialah: Perubahan dalam saiz dan kematangan. Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang.) Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik. Contoh : munculnya gigi baru, bertambah tinggi badan, bertambah panjang rambut.

Konsep Asas

Perkembangan ialah: Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya. Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban). Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.