Anda di halaman 1dari 2

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (Kanak-kanak) Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh diajar bermain

alat-alat muzik dan aktivitiaktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permainan dan latihanlatihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (Awal Remaja) Guru boleh merancang dan melaksana aktivit seperti ceramah atau kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. Selain daripada itu, guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih sensitive terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan, senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah. Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki. Cuba kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman. Perubahan peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan penambahan koordinasi. Akil baligh juga menandakan kematangan dariada segi seksual. Maka guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan. Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja membincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat. Peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza untuk setiap individu. Jika perubahan yang berlaku pada setiap peringkat tidak mengikut jadual atau harapan masyarakat, maka ia boleh menimbulkan masalah untuk individu tersebut. Guru perlu sensitive dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak di dalam pembelajaran di sekolah.