Anda di halaman 1dari 19

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (Kanak-kanak)

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring.
Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (Awal Remaja)


Guru boleh merancang dan melaksana aktiviti seperti ceramah atau kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. Selain daripada itu, guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan, senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah.

Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki. Cuba kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman.

Perubahan peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan penambahan koordinasi. Akil baligh juga menandakan kematangan dariada segi seksual. Maka guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja membincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

Peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza untuk setiap individu. Jika perubahan yang berlaku pada setiap peringkat tidak mengikut jadual atau harapan masyarakat, maka ia boleh menimbulkan masalah untuk individu tersebut. Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak di dalam pembelajaran di sekolah.

Dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melaksanakan latihan fizikal. Mengelolakan Kanak-kanak dapat memahami tahap fizikal dan bakat mereka aktiviti yang sendiri. sesuai

Permainan yang sesuai

Menguruskan pengajaran dan permainan serta kerja pratik mengikut perkembangan fizikal murid.

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan. Menggunakan Akan mempunyai sikap ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru. alat bantu mengajar

Membantu muridmurid yang bermasalah

Memberi perhatian kepada murid-murid yang lebih pasif dan tidak berkemampuan untuk menjalankan latihan fizikal.

Sediakan aktiviti senaman/permainan

Aktiviti senaman atau permainan dapat menarik minat murid-murid untuk bergerak bersama-sama dengan orang lain.

Kanak-kanak

oMelatih kanak kanak supaya mempunyai keyakinan terhadap ketahanan fizikal sendiri. o Mengikis sifat malu dan sikap rendah diri dalam diri kanak-kanak. o Mengajar kanak kanak supaya pandai bergaul melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. o Memupuk sifat kepimpinan dalam diri kanakkanak. dan o Memberikan pengetahuan tentang perubahan fizikal. o Mengetahui bakat remaja sendiri. o Menimbulkan suasana yang seronok dalam kalangan murid-murid semasa belajar. o Membina daya pemikiran yang kreatif dalam diri murid-murid.

Awal remaja remaja

PERINGKAT KANAK-KANAK

UMUR 6-12 Tahun

PERKEMBANGAN TUGASAN Belajar kemahiran fizikal untuk bermain. Membentuk konsep diri yang sihat. (Cara menjaga kesihatan dan kekuatan fizikal sendiri) Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mempunyai ketahanan fizikal. (aktiviti fizikal-permainan bola sepak/badminton dan sebagainya) Menggunakan fungsi badan dan deria dengan berkesan. (Ceramah/kursus tentang perubahan fizikal) Belajar tanpa bantuan. (Aktiviti kokurikulum yang memanfaatkan) Kecerdasan fizikal. (Sukan dan rekreasi)

AWAL REMAJA 12-18 Tahun DAN REMAJA

BAHAN BANTU MENGAJAR

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik


BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, papan pengajaran, gambar, grafik, model, surat khabar, lukisan, majalah, risalah, kad imbasan, kad cantuman, peta, glob, boneka, bahan-bahan permainan seperti sahibba,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik


Contohnya: Filem tayangan, filem jalur, filem slaid, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, TV, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar


Contohnya: Lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan sebagainya.

Bahan bantu mengajar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti ialah:

Alatan muzik Gitar, seruling dan lain-lain. Alatan sukan Bola, gelung rotan, tali dan lain-lain. Alatan permainan Congkak, dam, catur dan lain-lain.

KESAN MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM P&P


Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan. Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru. Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik. Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan.

Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah.


Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.