Anda di halaman 1dari 13

AMALI 1 : EKOSISTEM TANAH-BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN Objektif : Untuk menyiasat tentang kehidupan makrofauna yang ada

pada kepelbagaian jenis tanah Teori: Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya. Tanah merupakan sebahagian daripada ekosistem terrestrial yang di dalamnya dihuni oleh pelbagai organisma yang disebut sebagai biodiversiti tanah. Ekosistem tanah terdiri daripada dua komponen yang penting iaitu komponen biosis dan komponen abiosis. Komponen biosis termasuk segala benda hidup dalam persekitaran yakni haiwan dan tumbuhan. Manakala komponen abiosis termasuk segala benda bukan hidup dalam persekitaran seperti pH tanah atau air, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi dan iklim mikro. Makrofauna juga boleh didapati dalam ekosistem tanah. Makrona dapat mempercepatkan kadar pereputan bahan organic. Mereka berperanan memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Selain itu, dalam dekomposisi bahan organik, makrofauna tanah lebih banyak berperanan dalam proses fragmentasi serta memberikan elemen baik bagi proses dekomposisi lebih lanjut yang dilakukan oleh kelompok mikrofauna tanah serta berbagai jenis bakteri dan fungi.

Hipotesis: Makrofauna tanah mempunyai populasi yang banyak pada tanah yang lembap dan lembut.

Pembolehubah Dimanipulasi Bergerakbalas Malar : Jenis tanah : Bilangan makrofauna tanah : Teknik pengumpulan makrofauna

Bahan/ Radas : Sampel tanah,kertas putih, kanta pembesar, corong turas, kain kasa, kaki retort, bikar , air, lampu,mikroskop, spatula, piring petri, larutan alkohol Prosedur : 1. Satu sampel tanah dikumpul daripada beberapa lokasi yang berbeza 2. Sampel-sampel dimasukkan ke dalam beg plastic, dimeterikan dan dilabelkan nama lokasi kutipan. 3. Bagi setiap lokasi, jenis tanaman direkodkan dalam jadual 1. 4. Ciri-ciri tanaman direkodkan dan dibandingkan habitat tanah dari lokasi yang berbeza 5. Sampel tanah dikeluarkan daripada beg plastic dan diletakkan pada satu kertas putih. 6. Organisma yang boleh dilihat menggunakan mata kasar dikenal pasti dan direkodkan pada jadual 2. 7. Setiap sampel tanah dimasukkan ke dalam corong Tulgren seperti pada rajah 1. Sampel tersebut dbiarkan selama 1 hari.

8. Selepas 1 hari, sampel tanah dituangkan ke dalam piring petri yang mengandungi alcohol 9. Setiap sampel tanah diperiksa dengan menggunakan mikroskop atau kanta tangan dan direkodkan dalam jadual 2. 10. Organisma yang dikenalpasti dikelaskan pada kumpulan yang berlainan dalam jadual 3. Jumlah individu dikumpulkan pada setiap kumpulan. Jumlah yang banyak dianggarkan pada jumlah sepatutnya. 11. Bilangan order atau kumpulan dikira berdasarkan jadual 2 iaitu bilangan kumpulan seliter tanah dan bilangan individu seliter tanah.

Rajah 1 Data Ciri-ciri lokasi Tempat Lokasi 1 Lokasi 2 Lokasi 3 Dalam asrama Lokasi 4 Luar bilik kuliah

Bukit Keluang, Perpustakaan Besut

Jenis tanaman Warna tanah Kelembapan/ kekeringan tanah Kemampatan tanah Tekstur tanah

Rumput Coklat gelap Lembap

Rumput Merah Kering

Rumput Coklat muda Kering

Rumput Coklat muda Kering

Mampat

Kurang mampat

Kurang mampat Keras

Kurang mampat Keras

Lembut

Keras Jadual 1

Makrofauna terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Cacing besar (Megadrilacea) 2 Semut (Hymenoptera) Cacing kecil ( Megadrilacea) Belalang (Caelifera) Lipan (Scolopendra sp) Makrofauna terkecil Tiada makrofauna terkecil yang dapat dikenal pasti Jadual 2 0 0 1 0 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 1 Bilangan lokasi 1 3 Bilangan lokasi 2 2 Bilangan lokasi 3 0 Bilangan lokasi 4 0

Makrofauna Bilangan order/kumpulan seliter tanah Bilangan individu tanah Semut Cacing kecil Cacing besar seliter

Lokasi 1 2

Lokasi 2 3

Lokasi 3 0

Lokasi 4 1

Lokasi 1

Lokasi 2

Lokasi 3

Lokasi 4

2 0 3

1 1 2 Jadual 3

0 0 0

1 0 0

Cacing

kaki belalang

hasil pemerhatian

Perbincangan Sesuatu ekosistem mesti mempunyai organisma hidup. Organisma hidup iaitu tumbuhan dan haiwan tidak wujud secara terasing, sama ada secara individu mahupun sebagai satu kumpulan. Semua organisma saling bertindak antara satu dengan yang lain sama ada di kalangan spesis yang sama ataupun di kalangan spesis yang berlainan. Dalam alam semula jadi, setiap organisma memerlukan keperluan asas tertentu untuk kemandiriannya. Tumbuhan memerlukan cahaya, air, garam mineral dan ruang

hidup yang mencukupi. Haiwan pula memerlukan makanan, pasangan pembiakan dan ruang hidup. Sesuatu organisma akan hidup sekirannya suatu tempat tersebut mempunyai keperluan yang cukup untuk hidup. Jadi, boleh dikatakan populasi sesuatu organisma di suatu tempat bergantung kepada beberapa faktor iaitu cahaya matahari, iklim, ciri tanah, sumber makanan dan lain-lain. Berdasarkan data yang telah dikumpul, makrofauna yang paling banyak boleh didapati pada lokasi 1. Antaranya ialah 3 ekor cacing dan 2 ekor semut. Hal ini kerana keadaan tanah di lokasi 1 ialah lembap dan berbau masam. Makrofauna yang dijumpai ini adalah besar dan boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar. Makrofauna di lokasi 2, 3 dan 4 adalah kurang berbanding dengan lokasi 1. Makrofauna belalang dan lipan dijumpai di lokasi tempat 3, iaitu di tepi kolam kecil dalam asrama. Ini adalah kerana lokasi tempat tersebut sesuai untuk pembiakan kedua-dua makrofauna tersebut. Corong Tulgran yang dipasangkan telah dibiarkan selama 1 hari untuk memerangkap sebarang makrofauna yang kecil. Walaubagaimanapun, makrofauna yang didapati dalam bikar tidak dapat dikenalpastikan. Hanya terdapat bangkai-bangkai serangga kecil yang kemungkinan besar tertarik pada lampu cahaya yang disuluhkan sepanjang satu hari.

Kesimpulan Makrofauna tanah banyak hidup pada kawasan tanah yang lembap, lembut dan mampat. Hipotesis diterima.

SOALAN 1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari pelbagai lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut? Kepelbagaian makrofauna tanah dari pelbagai lokasi yang berbeza kerana setiap lokasi mempunyai keadaan yang berbeza dari pelbagai segi, contohnya nilai PH, suhu, kemampatan tanah dan sebagainya. Ini akan mempengaruhi makrofauna yang boleh didapati. adanya perbezaan dari segi faktor-faktor keadaan di lokasi tersebut. Cacing boleh didapati di lokasi 1 dan 2 sahaja manakala belalang dan lipan hanya boleh didapati di lokasi 3. Ini mungkin disebabkan keperluan dan kesesuaian jenis tanah bagi kedua-dua makrofauna adalah berbeza.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Makrofauna Cacing Peranan Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang dapat

menyuburkan tanah Semut Berfungsi sebagai pengembur tanah Berfungsi sebagai pengurai bahan organik Berfungsi sebagai pengawal populasi serangga lain

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota, apa yang mereka lakukan dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan

dimanakah ianya berakhir. Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrient apabila organisma pada puncak rantai makanan mati?

Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama.

Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus.Dengan itu,mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup dalam ekosistem marin dimana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar

bawahan. Jika organisma dibahagian atas iaitu burung dan tikus telah mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan penting dimana mereka sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga

akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari

4. Apakah kumpulan organism yang membentuk mesofauna dan mikrofauna? Apakah fungsi-fungsi utama dua kumpulan tersebut? Meso fauna adalah semua haiwan tanah yang berukuran lebih kecil berkisar antara 0,2 mm s/d 10 mm, sehingga dapat dilihat jelas dengan bantuan kaca pembesar. Makro fauna tanah terdiri dari: Collembola, Acari, Enchytraeida, Protura, Diplura, Paraupoda, dll. Makro fauna adalah semua hewan tanah yang dapat dilihat langsung dengan mata tanpa bantuan mikroskop dan berukuran lebih dari 10 mm. Makro fauna tanah terdiri dari: (a) hewan-hewan besar pelubang tanah seperti: tikus dan kelinci, (b) cacing tanah, (c) Arthropoda, meliputi: Crustacea (kepiting tanah dan udang tanah), Chilopoda (kelabang), Diplopoda (kaki seribu), Arachnida (lebah, kutu, dan kalajengking) dan Insekta (belalang, jangkrik, semut, dan rayap), Fungsi utama kedua- dua organisma ini adalah untuk mengurai kebanyakkan benda hidup secara semula jadi

5. Jaringan makanan boleh menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ianya sihat. Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang

menunjukkankerumitan biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau Sebagai populasi contoh, organisma semut lain yang dapat

mendatangkan

kerosakkan.

merah

menghindarkan tanaman daripada serangan serangga perosak yang lain seperti hama. 6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang berfungsi. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah?

Biota

tanah

menyumbang

kepada

kesihatan

tanah.

Tanah

yang

mengandungikandungan oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian.Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makananmikro web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagainutrien akibat dikitar semula melalui persekitaran tanah

RUJUKAN http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/ekosistem.html http://bioryzarticle.blogspot.com/2011/03/makro-fauna-tanah.html http://renny-ambar.blogspot.com/2012/04/makrofauna-tanah.html http://romatechagro.blogspot.com/2011/08/semut-perosak-dan-pelindung-tanaman.html http://science-cermin.blogspot.com/2011/03/i.html

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI (SCE 3107) AMALI 1 EKOSISTEM TANAH BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Nama Unit Ambilan Nama Pensyarah

: Jessie Yeo Chi Wei : 4PISMP-SAINS : Januari 2012 : Encik Zakaria binti Sulaiman

Anda mungkin juga menyukai