Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Minggu 1 (Tony Kong Sing Ann) Pada minggu ini, saya telah mengimbas kembali tentang segala

ciri baik dan ciri buruk yang dimiliki oleh guru yang pernah mengajarkan saya. Dengan itu, ciri-ciri yang saya bentangkan telah mengingatkan saya jangan mencontohi ciri-ciri buruk guru pada masa depan. Selepas itu, saya juga mempelajari beberapa ciri baik daripada rakan-rakan sekelas saya iaitu unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.unsur tersebut boleh menghiburkan proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menumpukan terhadap pengajaran guru. Kemudian, saya juga menyedarkan bahawa ciri buruk seperti berat sebelah, malas, kurang mengawal emosi dengan baik dan sebagainya dapat memberikan kesan kepada pelajar dan mengakibatkan mereka hilang minat untuk belajar. Oleh itu, saya sedang cuba melatih diri untuk memupuk ciri baik guru dan menjadikan ciri buruk guru sebagai sempadan.