Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti 1.2 : Kesan merokok terhadap peparu.

Tujuan : Memerhatikan dan mengenal pasti bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok Radas : Tiub-U, kelalang kon, penyumbat getah, pam turas, tiub getah dan tiub kaca Bahan : Rokok, kapas, larutan penunjuk hidrogen karbonat dan mancis atau pemetik api Prosedur:

1. Radas seperti rajah di atas disediakan. 2. Warna kapas dan larutan penunjuk bikarbonat diperhatikan dan direkodkan. 3. Suis pam penapis dihidupkan selama setengah minit. 4. Suis pam dimatikan. 5. Perubahan warna kapas dan larutan penunjuk bikarbonat diperhatikan dan direkodkan dalam jadual di bawah. Pemerhatian : Bahan Kapas Larutan penunjuk hidrogen karbonat

Awal eksperimen Putih Merah

Akhir eksperimen Keperangan dengan titik hitam Kuning

Kesimpulan : Asap rokok mengandungi HABA yang boleh menaikkan suhu peparu, TAR yang menghitamkan peparu dan GAS BERASID yang mengakis sel peparu. Soalan : 1. Sebutkan nama bahan dalam asap rokok yang terenap pada kapas. Apakah warna bahan itu?

TAR. KUNING KEPERANGAN DENGAN TITIK HITAM.


2. Adakah asap rokok mengandungi bahan yang berasid atau beralkali? Terangkan. BERASID. KERANA PERUBAHAN WARNA LARUTAN PENUNJUK HIDROGEN KARBONAT DARI WARNA MERAH KE KUNING. 3. Sebutkan dua bahan berbahaya yang lain dalam asap rokok yang tidak dikenal pasti dalam aktiviti ini. NIKOTIN DAN KARSINOGEN.