Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Objektif Kuliah
Memberi takrifan kepada konsep bimbingan, kaunseling dan psikoterapi Menjelaskan matlamat bimbingan dan kaunseling Menghuraikan prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling Membincangkan keperluan bimbingan dan kaunseling
Hubungan antara individu amat penting. Hubungan yang baik akan memupuk kesejahteraan mental, psikologi dan fizikal. Amalan dan tingkah laku akan mencerminkan suatu nilai. Falsafah utama bimbingan dan kaunseling ke arah kesejahteraan manusia.
Manusia Mesti Mengenali Dirinya. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap diri, tindakan dan tingkah lakunya. Tingkah lakunya ini akan mempengaruhi orang lain. Setiap individu harus bertingkah laku mengikut pandangan subjektifnya terhadap realiti. Matlamat bimbingan dan kaunseling ke arah membina konsep-konsep nilai peribadi klien. Oleh itu bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan menolong terjadinya sesuatu perubahan pada diri klien.
Individu Mahukan Kebebasannya. Manusia mahukan kebebasan dalam hidupnya. Kebebasan akan membentuk kepercayaan dan kesedaran dirinya. Kaunselor perlu memberikan kebebasan kepada klien. Klien merasakan ia terbuka, rela dan bersedia menceritakan masalahnya jika klien diberikan satu situasi yang sesuai. Berdasarkan falsafah, manusia boleh melakukan banyak perkara yang dapat membahagiakannya.
KESIMPULAN
RASIONAL
Guru biasa tidak mempunyai cukup masa untuk memberi bantuan menyeluruh kepada individu. Kesedaran tentang perbezaan individu menjadi lebih utama. Perkembangan pendidikan begitu pesat, ibu bapa tidak berupaya membimbing pelajar dengan baik dan bermakna. Membantu pelajar membuat pilihan kerjaya selaras dengan keupayaan dan minat. Perubahan nilai dan rombakan sistem keluarga menyebabkan timbulnya pelbagai gejala sosial.
Definisi Bimbingan
Kamus Dewan bimbingan sebagai perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yg terlibat dlm perbuatan membimbing dikenali sbg pembimbing. Crow dan Crow (1960)- bimbingan sbg bantuan yg diberikan oleh seseorang utk menolong mengarahkn kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.
DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan merupakan satu proses menolong individu untuk memahami dirinya dan dunianya. Proses ini menunjukkan satu masa yang berpanjangan, berlanjutan dan berterusan bagi mencapai matlamat tersebut. ( Shertzer B dan Stone S. C, 1980 )
Proses profesional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan dan membuat interprestasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral. ( Mathewson. 1962 )
Rumusan bimbingan adalah satu proses pendidikan yg berterusan dan sistematik utk memberi pertolongan secara positif kepada seseorang individu memahami diri, menggunakan potensi dan peluang yg ada.
DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling sebagai satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya dapat disesuaikan dengan diri seseorang. ( Carl Rogers, 1976 )
DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling adalah satu proses di mana seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan masalah atau kesusahan bagimya, ( Corey, 1977 )
DEFINISI PSIKOTERAPI
secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan : a.peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang, b celik akal lebih baik daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar.
DEFINISI PSIKOTERAPI
Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun
TUJUAN/MATLAMAT BIMBINGAN
Menolong pelajar mempelajari memahami pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk Malaysia. Menyelam keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Mendorong pelajar memahami diri sendiri dan orang lain dengan mendalam dan seterusnya menjelajah tujuan hidup mereka. Mewujudkan kesepaduan dan pengetahuan psikofizikal pelajar. Menolong pelajar menyedari kekuatan dan kelemahan mereka.
TUJUAN/MATLAMAT KAUNSELING
Menolong individu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain. Memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif. Mengajar individu kemahiran tertentu serta membantu perkembangan minat dan bakat. Membantu individu berfungsi dengan pengaruhnya. Membantu individu bertanggung jawab ke atas diri sendiri dan perbuatannya sendiri
PRINSIP BIMBINGAN
Bimbingan adalah untuk semua pelajar. Bimbingan menyediakan satu sistem tanggung jawab bersama di antara guru bimbingan, guru biasa, pentadbir, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli komuniti. Bimbingan adalah tentang perkembangan peribadi individu secara sistematik dan tersusun. Cara utama bimbingan dikendalikan adalah berasaskan Proses Perlakuan Individu
PRINSIP BIMBINGAN
Orientasi Bimbingan mestilah ke arah bekerjasama dan bukan paksaan. Bimbingan ialah suatu proses yang bersambungan mengikut susunan dan bersifat mendidik. Bimbingan berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mempunyai kebolehan dan kesanggupan untuk perkembangan. Bimbingan dipraktikkan berdasarkan etika bimbingan dan kaunseling yang baik
PRINSIP KAUNSELING
Kaunseling mesti berdasarkan etika kaunseling yang baik. Kaenselor perlu percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu harus mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidup masing-masing. objektif kaunseling haruslah berdasarkan keperluan kilen dan bukan keperluan kaunselor. Kaunseling menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku klien
PRINSIP KAUNSELING
Diberikan kepada individu yang normal yang sedang menghadai masalah atau kerunsingan. Interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dengan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan tersebut. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukan paksaan. Kaunselor menggunakan sesuatu kaedah / pendekatan kaunseling berdasarkan teori kecenderungan sendiri.
Ada berbagai-bagai kaedah atau teknik boleh digunakan bagi mengenal pasti dan mengumpul maklumat tentang individu yang ingin mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah:Teknik ujian Teknik temu bual Teknik soal selidik(teknik lapor diri) Teknik sosiometrik Teknik skala pemeringkatan