Anda di halaman 1dari 16

Tenun Patani

Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan Email: nikrakib@gmail.com Pengenalan Patani adalah sebuah kerajaan Melayu lama yang terletak di Selatan Thailand. Kawasan kerajaan Melayu Patani lama merangkumi 3 wilayah dominant Melayu sekarang. Wilayah tersebut terdiri dari Wilayah Pattani, Wilayah Narathiwas (Menara) dan Wilayah Yala (Jala). Di Selatan Thailand terdapat satu lagi wilayah dominant Melayu iaitu Wilayah Setol. Wilayah ini sedikt berbeza dari 3 wilayah tersebut, baik dari segi loghat pertuturan dan latar belakang sejarah. Kerana wilayah ini asalnya adalah sebahagian dari jajahan negeri Kedah. Dizaman lampau, pelabuhan Patani adalah sebuah pelabuhan perdagangan yang pesat sekali. Perdagangan tersebut baik diantara Patani dengan pedagang-2 dari negara barat dan Asia barat seperti dari Arab dan Parsi. Ataupun diantara Patani dengan pedagang2 dari Alam Melayu. Dalam catatan sejarah perdagangan Patani menyatakan Patani berada dikemuncak dalam bidang perdagangan dizaman pemerintahan Raja Patani bernama Raja Kuning. Baginda memerintah Patani pada tahun 1635-1651. Raja Kuninglah dapat menjadi symbol hubungan yang rapat diantara Patani dengan Alam Melayu. Kerana baginda adalah anakanda kepada Raja Patani yang bernama Raja Ungu (memerintah Patani pada 16241635) dengan Sultan Pahang yang bernama Sultan Abdul Ghafur. Seterusnya Raja Kuning bersuamikan Yam Tuan Muda negeri Johor. Pelabuhan Patani dapat memainkan peranan penting dalam perdagangan barangan keperluan di zaman lampau. Tenunan kain dari Patani juga salah satu dari barangan perdagangan tersebut (Jurirat, 2000:50)

Tenun Patani Penduduk masyarakat Melayu Patani di zaman lampau seperti juga penduduk Melayu di negeri-2 Melayu lain. Sebahagian dari mereka mempunyai pekerjaan sebagai penenun kain. Setelah tentera Siam menguasai Patani mereka membawa orang Patani dari bumi Patani ke Ayudhya, ibu kota Siam waktu itu. Sebahagain dari orang Patani itu ada yang mempunyai kemahiran dalam bidang tenunan kain. Ini dapat digambarkan seperti mana dalam catatan sejarah Siam bernama Catatan Khun Luang Ha Wad. Catatan tersebut menggambarkan situasi masyarakat Melayu Patani di Ayudhya. Catatan tersebut adalah seperti berikut : rumah-2 di tepi sungai Gelong Wad Lod Chong, yang didiami oleh orang Patani Mereka menenun kain sutera Ini dapat membuktikan bahawa masyarakat Melayu Patani dizaman itu baik yang dibawa ke Ayudhya ataupun yang masih menetap di bumi Patani. Mereka masing-masing mempunyai kemahiran dalam tenunan kain. Tenunan kain di Patani juga terdapat dalam lagu dodoi Melayu Patani. Lagu dodoi tersebut berbunyi : Ayong lamak laju Tenun kain baju Menikah Che Mek Dewi Sarat batang nipah Harap hendak menikah Pakai kial limau purut

Cincin penuh jari

Lekat hutang berkarut-karut

Anant Wattanayakorn (Jurirat, 2000: 80) menyatakan penduduk sekitar Kampung Keresik dan Kampung Tanjung Luluk, Mukim Bandar, Wilayah Pattani pernah menjalankan perusahaan tenunan kain Patani. Tetapi perusahaan tenunan kain telah hilang dari kampong-kampung tersebut.

Kain Tenunan Patani Terdapat beberapa jenis kain tenunan Patani. Kain tersebut dijeniskan seperti berikut : 1. Kain Karat Dua Kain ini diperbuat dari benang kapas atau sutera. Warna kain biasanya warna merah, oren, bunga jambu dan kuning. Kain ini dijadikan pakaian perempuan dan lelaki 2. Kain Karat Tiga Kain ini diperbuat dari benang sutera. Warna kain biasanya warna hitam, bunga jambu bercampur merah. Kain ini dijadikan pakaian bangsawan. Kainnya agak tebal. 3. Kain Karat Empat Kain ini diperbuat dari benang atau sutera. Warna kain biasanya warna merah, bunga jambu, biru, hijau dan kuning. Kain ini dijadikan pakaian kemban perempuan. 4. Kain Songket Kain songket adalah salah satu dari tenunan Patani. Walaupun begitu pada saat sekarang tenunan kain songket di Patani telah pupus. Mereka beli kain songket dari negeri jiran seperti Trengganu dan Kelantan yang lebih berkualiti.

Pakaian orang Melayu di zaman Rama V

Pakaian orang Melayu Patani di zaman lampau

Bahagian depan perempuan Melayu Patani berpakaian lama

Bahagian belakang perempuan Melayu Patani berpakaian lama

Kain Tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain Batik Sarong

Kain batik Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain Tenun Patani

Kain Tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun bercorak aksara arab

Kain Sapu Tangan

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Kain tenun Patani

Seorang penenun kain yang telah meninggal Kemerosotan Tenun Patani Setelah Patani menjadi sebahagian dari negara Thailand. Perusahan tenunan kain Patani berada dalam kemerosotan. Keadaan in amat berbeza dari negeri Melayu jirannya. Baik negeri Kelantan ataupun negeri Terengganu. Perusahan tenunan kain Patani hampir pupus. Perusahaan tenunan kain di Selatan Thailand tidak dapat diteruskan baik untuk mengekal identity tenunan Melayu Patani ataupun untuk diperdagangkan. Punca kemerosotan ini adalah seperti berikut : 1. Perubahan teknologi tenunan kain, setelah negara eropah mengadakan revolusi industri dengan mengeluarkan alat-alat tenunan moden. Alat-alat tenunan kain tersebut dapat mengeluarkan hasil tenunan yang sangat banyak dan kos pengeluaran yang rendah. Kain-kain tersebut kemudian dieksport ke Thailand seterusnya ke Selatan Thailand. Dengan itu ia menjejaskan perusahaan tenunan kain tradisional Melayu Patani. 2. Setelah King Mongkut (Rama IV) membuka pintu negara Thailand untuk menerima kebudayaan barat menyebabkan penduduk Thailand lebih gemar berpakaian barat. Dengan secara tidak langsung pengaruh in juga terus merebak ke Selatan Thailand. Kemudian pakaian barat ini dapat mengatasi pakai tradisional Melayu Patani. 3. Perdana Menteri Thailand yang bernama Jeneral Phibul Songkram telah menjalankan dasar Siamisasi atau dasar menyerapkan kebudayaan Siam ke dalam masyarakat Melayu Patani. Dasar ini sangat berkesan terhadap masyarakat Melayu Patani. Sehingga sebahagian pakaian masyarakat penduduk keturunan Thai dapat diterima oleh masyarat Melayu Patani. Ini termasuk pakaian di dalam majlis upacara rasmi masyarakat Melayu Patani.

4. Kos pengeluaran tenunan Patani lebih tinggi dari import kain tenunan dari luar negeri. Seperti contohnya, benang yang diimport dari luar lebih berkualiti. Dan kain tenunan Patani tidak dapat bersaing dengan kain tenunan dari negeri Kelantan dan negeri Terengganu. 5. Kilang pengeluaran kain moden baik dari luar Patani ataupun luar negeri telah memunaskan perusahaan tenunan kain Patani.

Penemuan Tenunan lama Patani Di Selatan Thailand masih terdapat simpanan tenunan kain Patani lama. Tenunan tersebut kebanyakan milik peribadi. Mengikut satu kajian yang dibuat oleh ahli akademi dari Prince of Songkla University, Kampus Pattani. Terdapat penemuan tenunan Patani yang disimpan di beberapa tempat. Kain tenunan itu bertaburan seluruh 3 wilayah dominant Melayu. Sebahagian dari kain tenunan tersebut usianya lebih dari 100 tahun.

Usaha menghidupkan Tenunan Patani Dalam keadaan tenunan Patani hampir pupus itu. Terdapat usaha dari pihak ahli akademi tempatan seperti dari Prince of Songkla University, Kampus Pattani telah menjalankan kajian untuk menghidupkan kembali corak tenunan Melayu Patani. Usaha mereka telah berjaya menyerapkan corak tenunan Patani lama ke dalam sebuah persatuan Tenun tempatan yang terdiri dari penenun keturunan Thai dan keturunan Melayu. Persatuan tersebut terletak di Daerah Khok Phoe, Wilayah Pattani.

Rujukan : Anant Wattananikorn.1982.Phleng Klom Dek Khorng Pattani Laek Melayu, dalam Lumnam Pattani.Bangkok:Rungruang. Jitima Raden Ahmad.1986.Kan Taeng Kai Khorng Chau Thai Muslim nai Changwad Chai Daen Phak Tai. Dalam majalah Ru Sembilan. Mei-Ogos. Prince of in ongkla University, Pattani Campus. Jurirat Buakeaw & parners.2009.Cloth and Muslim Thais Ways of Life five Provinces.Faculty of Humanities and Social Sciences, Prince of in ongkla University, Pattani Campus. Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan.2003. Siamisasi Masyarakat Melayu di Selatan Thailand : Satu Kajian Kes di Kg. Duku, Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas. Tesis Sarjana Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Somboon Thanasook.Chuan-Tani or Lima Cloth : Cloth in the Lower Region of Southern Thailand. Prince of in ongkla University, Pattani Campus.

Anda mungkin juga menyukai