Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/ POLITEKNIK PREMIER MELALUI SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (ONLINE APPLICATION) 1.

Calon Lepasan SPM/setaraf dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam Talian mulai 20 Januari hingga 07 April 2014. 2. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/MyKad sahaja. Calon yang mempunyai kelayakan minimum dan kriteria yang

ditetapkan perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli melalui pembelian secara individu di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau ATM atau SMS atau Online Banking untuk mengemukakan permohonan. 3. Calon dikategorikan kepada empat (4) kategori, iaitu : (i) Kategori A Pemohon menggunakan SPM 2013 Kategori B Pemohon Lepasan SPM tahun 2012 atau 2011 Kategori C Pemohon Lepasan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA Kategori D Pemohon menggunakan keputusan SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2013 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 20123

(ii)

(iii)

(iv)

4.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Syarat Am dan Syarat Khas ke IPTA/ Politeknik Premier bagi program pengajian yang ditawarkan, calon boleh

melayari laman web http://upu.moe.gov.my sebelum mengemukakan permohonan. 5. Langkah ini adalah untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam serta kelancaran proses permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier. 5. Maklumat lanjut beserta Panduan mengisi permohonan kemasukan ke /Politeknik Premier secara Aplikasi Dalam Talian adalah seperti di lampiran. IPTA

1/4

LAMPIRAN
PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/ POLITEKNIK PREMIER MELALUISISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (ONLINE APPLICATION) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2014/2015

Tatacara mengemukakan permohonan : Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier http://upu.moe.gov.my PERMOHONAN Login Klik butang permohonan pada menu utama i. Masukan butiran berikut (muka depan): Nombor Kad Pengenalan/ MyKad; Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan; Nombor Unik ID; Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.00 sahaja dengan mengkreditkan terus ke Akaun UPU 14100-29-83030691-5 di Kaunter atau ATM atau SMS atau Online Banking Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan tambahan RM0.60 sebagai bayaran perkhidmatan bank. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran berserta Nombor Unik ID. Nombor Unik ID perlu disimpan dengan baik dan tidak perlu didedahkan kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT. Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan; Nama Ibu Kategori Permohonan; dan Kod Imej.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.


2/4

A. MAKLUMAT PERIBADI No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit. Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal. Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

D. MAKLUMAT KOKURIKULUM KATEGORI C DAN D CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil. Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM i. ii. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian. Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya satu (1) pilihan program pengajian yang berlainan.

3/4

iii.

Program Pengajian Bertemuduga Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.

iv.

Pernyataan Ya atau Tidak Menerima Tawaran Luar Pilihan

v.

KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/METrO, KOLEJ KOMUNITI & ILKA Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA. Jika Ya, pemohon dibenarkan memilih lima (5) pilihan program pengajian.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN Pernyataan Ya atau Tidak bagi maklumat berikut: i. ii. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT

Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan i. Pastikan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. ii. Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem iii. Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem dan maklumat keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan. iv. Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

4/4

Anda mungkin juga menyukai