Anda di halaman 1dari 3

Muffin strawberry Bahan-bahan ( 12 biji )

85 g mentega 85 g gula halus 2 biji telur Gred A 175 g tepung gandum* 10 g baking powder*(*digaul dan diayak) 80 ml susu segar 5 biji strawberry, dicincang halus 1/2 camca teh strawberry emulco BAHAN2 UTK HIASAN:6 biji strawberry, dibelah dua Krim putar secukupnya

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Masukkan strawberry emulco. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Dengan menggunakan spatula masukkan cincangan strawberry dan gaul hingga rata. 2. Masukkan kesemua adunan ke dalam piping beg (atau gunakan plastik yg bersih dan tidak bocor). 3. Gunting bucu plastik (jgn terlalu besar), paipkan ke dalam acuan muffin berlubang 12 yg telah dilapik dgn paper cup. Isikan 3/4 penuh. 4. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak sejukkan muffin diatas redai. Hiaskan dgn krim putar dan belahan strawberry.

RESEPI 2

Bahan-Bahannya:- (Mat buat 1/2 dari adunan dibawah, dapat 15 biji muffin) 170 g mentega 170 g gula halus (castor sugar) 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) 350 g tepung gandum* 20 g baking powder*(*disatukan dan diayak) 160 ml susu segar 1 camca teh esen vanilla Strawberry filling secukupnya (atau guna apa filling kegemaran) Bahan Hiasan:100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!) Cara membuatnya:-

1. Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. 2. Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata. 3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan. 4. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).

RESEPI 3

Bahan-Bahannya :-) 180 g mentega 140 g gula halus 2 biji telur gred A 100 ml susu segar 220 g tepung gandum) 2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 1 camca teh strawberry emulco Cara membuatnya :-)

1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata. 2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh. 3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...