Anda di halaman 1dari 2

KECERGASAN FIZIKAL Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa

merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakitpenyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Falls (1980)

Definisi Kecergasan Fizikal

Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh manakala kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu.

Clarke (1997), dalam Baumgartner (1995) mendefinisikan kecergasan fizikal adalah kemampuan melakukan kerja harian dengan kesungguhan sepenuhnya tanpa lesu dan mempunyai baki tenaga untuk digunakan semasa

kesenggangan dan ketika kecemasan. Menurut Prentice (1994), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas

tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah. Menurut Prentice (1994), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan fizikal. Charles Corbin dan Ruth Lindsey (1997) menyatakan kecergasan fizikal adalah kemampuan tubuh badan untuk berfungsi secara effisien dan efektif. Ia mengandungi kemahiran. Menurut Dr. Wildor Hollman (1991), beliau mendefinisikan kecergasan sebagai suatu keadaan fizikal dan mental, di mana seseorang itu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu tugasan oleh individu lain. Sementara itu, Clarke (1976) mendefinisikan kecergasan sebagai kemampuan seseorang melakukan aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa berasa letih serta mampu lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kecergasan merupakan kemampuan paru-paru, jantung, saluran darah, serta otot tubuh badan dapat berfungsi pada tahap yang optimum (Sheikh Kamaruddin 1987). . . kecergasan berlandaskan kesihatan dan berlandaskan